Alangkah bagus kalau aku,
masih diri aku yang dulu
Mana langsung bebas masalah,kosong tekanan, tenang minda
Tapi, manusia membesar
belajar dari pengalaman hidup
mengambil pelajaran dari suka duka perjalanan lalu
Andai mampu aku cari
diri yang telah hilang lama
Aku mahu !!
Aku mahu tinggalkan hidup penuh kelam ini
Aku mahu kembali ke zaman dulu kala
Ada sinar walau terluka
Ada tenang walau kecewa
Dimana lagi mampu aku cari
diri yang telah lama hilang
Tunduk , lesu
Tak mungkin aku temui diri yang telah jauh hilang
Diam........
Masih aku mencari
diri yang telah lama hilang tak ketemui .....