CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Wednesday, February 29, 2012

BILA RINDU

    Bila rindu datang menyapa, hati tiba-tiba rasa terluka.Cuaca yang terang pun kelihatan mendung, alam yang ceria pun tampak suram. Namun untuk apa terasa sakitnya luka itu, andai penciptanya diri sendiri. Untuk apa aku layani pedih luka itu, andai aku mampu mengubatinya.

    Tatkala luka itu terguris lagi, mutiara di pinggir kolam mata gugur bersama sendu. Mangsanya orang sekeliling. Gurauan bukan lagi cara membuatku tersenyum, usikan bukan lagi cara membuatku ketawa. Aku seolah hanyut dalam perasaan kecewa, sedangkan lama sudah berlalu segala memori itu. Lama aku tinggalkan rasa yang saban hari mengejar hati untuk di ingati, dan kini, aku tersungkur dalam kenangan.

    Walau sedaya aku berusaha untuk terus berlalu, memori itu singgah jua. Melekat sedikit supaya aku jadikan ingatan, dan ingatan itu yang membunuh hati dan perasaanku. Aku mahu terus berdiri, merangkak jika tak mampu melangkah, berjalan andai tak mampu berlari.

   Sudahlah hati,usah berduka lagi. Usah merindu pada yang tak sudi. Bangkitlah dari lena mimpi kenangan semalam. Berdiri demi kerjaya dan masa depan.... Andai ada lagi tangisan untuk kenangan, simpanlah kepada yang lebih berhak. Bila rindu datang menyapa lagi, usah diguris hati yang hampir sembuh. Biarlah parutnya tercantum elok... (^_^)

Ada kaetan ke ngan ayat2 xcentre aku tu????

Saturday, February 25, 2012

Bila Terkenang . .

Masa kian menginjak ke depan,
Waktu lepas berlalu terlalu jauh,
Tak lagi berdaya aku kejar,
Masa yang tiba,
Membawa sejuta perubahan,
Tak seharus ia berlaku..
Mana hilang rasa indahnya jadi wanita,
Mana hilang indahnya jadi penunggu,
Mana hilang cita-cita menjadi yang sejati,
Mana hilang impian untuk jadi yang setia...

Dalam peredaran waktu,
Ia berubah,
Melontar segala janji yang pernah di cipta,
Ya Allah,,
sedarkan aku akan janji yang pernah aku luahkan,
sedarkan aku akan tipu daya dunia,
Buka mataku tentang kepalsuan yang sementara,
Buka mataku tentang indahnya janjiMu di sana.


Monday, January 9, 2012

Andai . . .

Andai ku punya banyak pilihan,
pasti bukan ini jalan yang aku pilih,

Andai hati ini sekeras batu,
pasti airmata ini tak akan jatuh,

Andai semangat ini sekuat gunung,
pasti diri ini tak akan rebah,

Andai hidup semudah ABC,
pasti dunia tiada warnanya,

Namun semuanya di atur sempurna,
lengkap dengan segala apa yang harus ada,
suka duka nyata perlu di terima,
biar sakitnya merasa kecewa.

Kerana Dia dan mereka,
jalan yang sempit bukan halangan,
lorong yang berliku di jadikan sandaran,
dan hidup lebih indah dan bermakna...

Sungguh jalan ini ku pilih,
maka akan ku habiskan sehingga penghujung,
sungguh hati ini selembut kapas,
maka akan ku tahan perasaan,
sungguh semangat ini lemah,
maka akan ku kuatkan tekad,
sungguh hidup ini tidak mudah,
maka akan ku cuba harungi..

Demi nama Dia dan Cinta Mereka...

Tuesday, December 6, 2011

CINTA BUKAN MILIK KITA



 Sekali lagi aku ditegur kerana cinta.Kerap kali jua aku berikan jawapan yang sama.Lenguh mengungkapkan kata,kelu lidah untuk terus berbicara.Soalan-soalan yang sama terus berlegar menjadi kesukaan.Sehingga kini belum berakhir dan aku terfikir akan masa penamatnya.

   Seringkali aku ingatkan diri dan menjawab soalan yang diberi,cinta itu bukan milik aku.Cinta itu bukan kepunyaan aku.Aku hanya menumpang rasa cinta itu.Jika Dia mengambilnya kembali,aku harus pasrah dan menerima.Bukan menyesali dan mengeluh segala yang terjadi.

   Tak akan lari gunung dikejar.Ye,aku bukan mengejar gunung.Tapi itulah dia.Aku telah dijanjikan dengan apa adanya.Aku telah ditetapkan untuk si dia yang belum ku tahu namanya.Aku di ciptakan dari tulang rusuk dia yang belum ku lihat parasnya.Aku hanya perlu bersabar..Usah lagi kalian bertanya.Sejauh mana aku berlari mengejar cinta,Jika ia bukan untuk aku,ia tetap bukan kepunyaan ku..

   Bukan hanya menunggu,biarlah Dia menentukan segalanya. . . (^_^)

Sunday, December 4, 2011

Final Result . .

Mood : kecewa . . 
Semester 5 and,,
I got only 3.60 for PNGS final..
And only 3.54 for PNGK..
 I know,,how much my effort,
so that's what will i get.
I knew that i didn't need to frust,
But I still felt it.

I should smile right?
But I can't hold the feeling.
Make sure I do better next sem..


Friday, December 2, 2011

~MALAM SEINDAH FIRDAUSI~

"Malam Seindah Firdausi"
Tema bagi dinner last night tersangat indah seindah perkhabaran yang dibawa.
Seindah penampilan  si gadis-gadis jururawat.
Seindah hiburan nasyid yang bertemakan hijrah.

Dinner and the islamic theme..Becoz of Friday night..
And the most calming,,
Pengarah Chinese merujuk kepada ustazah.

Seriously,,Si gadis-gadis jururawat tersangat ayu dan sopan last night..
And,,the most happier..
68 students of 2/09 passed in a final exam.
Alhamdulillah..He's help us..
100 % and its surprised us...

About the dinner,,
tak semua boleh dungkapkan dengan kata-kata..
Jom,,let's enjoy the pix..

Heart of roommates..^^

ops...Dax bajet cun lor...(abaikan)

Ex roomate..Lovely sista..Chanteq kan dia..

S


Khusyuk je tengok nasyid..hehe

Ish,,Dax bajet comel lagi..

Nyam3..sedap..

Sup Sirip...We like it...

Dengan penuh berselera...:)

Kepala ikan jadi model jap..

Udang ni sedap..^^

Ni ex rumet..Beauty sista..Bawang merah??:)
Yang tengah is my dearest roomate..:)

Bawang Merah vs Bawang Putih...

Bila JP buat perangai..hoho

Meja 17.(^_^)

Berebut mau disuap..ish,,agak kebudakan disitu..

2/09  ...Friends forever...

Berhenti seketika...snap time..

Jom balik..:)

Ops...with sem 6 seniors...



p/s : Sem depan turns kami lak...Mahu diraikan..hehe..
By the way,memang puas hati...RM50 yang berbaloi..(^_^)

Thursday, December 1, 2011

~comey lah kucing ni kan..^^
Bukan semua dapat diungkapkan dengan kata-kata,
kadangkala butiran suara hilang bersama perasaan.

Bukan semua dapat di coretkan dengan tulisan,
kadangkala dakwatnya hilang bersama juraian airmata.

Bukan semua dapat di baca dengan pandangan mata,
Kadangkala resah dan kecewa menyembunyikannya.

Bukan semua dapat digambarkan dengan lukisan,
Kadangkala interpretasi otak berbeza dengan yang dirasa.

p/s : senyum tika terluka,biar tependam segala duka,menyembunyikan segala rasa..