CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, December 17, 2015

Terus Hidup

Semakin menginjak kedewasaan
Semakin aku belajar banyak perkara

Terlampau banyak

Dan yang paling ketara

"Untuk meneruskan hidup,
teruskan hidup untuk sesuatu yang lebih bermakna,
Jika ditidak pedulikan pun,
tolong berlagak biasa.
Jadi diri kau yang seadanya.. "

Kalau nak kekal dengan aku,
silakan, aku hargai

Kalau nak pergi dari sini
silakan, aku relakan .

Tapi yang pasti
Yang pernah datang dan pergi

Mengajar terlalu banyak erti hidup
Terima kasih . . .

Saturday, November 21, 2015

Hanya Dia

Kacau bilau
fikiran
Terbagi dua tiga empat
mencari jawapan

Tapi hanya pada Dia tempat menyandarkan segala harap
Hanya Dia yamg mampu memberikan jawapan terbaik
Hanya Dia
Buka siapa-siapa .

Thursday, November 12, 2015

KAKU

terdiam . . .
kaku .
Rupanya mimpi itu hanya sekadar saja . .
arghhh,,
persetankan .
izinkan aku untuk terus hidup !!!

Tuesday, November 3, 2015

RASA GILA

Gila !
Rasa apa seperti ini ?
Bagai merosak seluruh rasa hati
Aku lemas,
Jujur . .
Aku sangat rimas.

Rasa apa yang segila ini ?
Menyentuh segala keabnormalan yang aku sekat lama
Benar . .
Aku terkena .

Kegilaan apa ini ?
Aku ! !
Aku yang rasa tak terluah kata-kata

Benar,
Ia terlalu gila
Dan menyesak dada !

Sungguh
Rasa ini terlalu gila !

Monday, June 15, 2015

Sampai Mati

Jika kau fikir
mencari redha manusia itu satu keperluan
maka pergi mati
kau takkan pernah mampu puaskan hati mereka
sampai mati !!!

Jika kau fikir
betapa kau butuh kawan yang sekadar saja
maka teruslah bermimpi
kau takkan pernah punya kebaikan
sampai mati !!!

Cari redha DIA
Jangan menangis semata tak punya ramai kawan
bangun . . . 
terus positif dengan hidup kau

Sebab
Sampai mati , sampai mati
tak semua kau mahu kau akan dapat
Manusia, Dunia
Persinggahan semata..

Thursday, June 4, 2015

Tentang semalam

Ter'stalk' kisah silam.
Lalu ter ingat kisah2 lama.
saat ter jatuh cinta sampai lupa langit tu tinggi
saat ter sengaja biar perasaan di main2
saat ter biar rasa sayang di pijak2
saat ter buat hati ikhlas di henyak2
saat ter sengaja biar diri didua tiga kan
saat ter lukakan hati sendiri dengan positifkan diri
saat ter biar kan hati menderita lama
saat ter buat airmata mengalir tanpa tujuan
saat ter simpan harapan agar kembali kebodohan.
'TER' maksudnya tak sengaja kan. .?
tak sengaja bila difikir balik itulah kebodohan yang nyata.
saat kau serah hati kau pada yang tak layak
bukan kerana Dia.
kecewa kau lama.
kecewa kau dalam.
itu kisah lama.
teringat lagi . .
dan itu kisah lama
yang dah lama agaknya aku lupakan..
tapi kawan tu tetap kawan
mana mungkin kerana dikecewakan aku mau putus kawan.
'dia' tetap ada tika kau perlu kawan.
dan kisah cinta aku tu kisah silam.
lama tersimpan.
lama baru boleh buang. ��

Saturday, May 23, 2015

Jika Kau Menyangka

Jika kau menyangka
hebat hidup mu tak butuh sesiapa
maka pergi
pergi mengejar cita mu tanpa bantuan sesiapa

Jika kau menyangka
Matang kau tak perlu nasihat mereka
maka silakan
silakan melaku apa yang kau mahu

Jika kau menyangka
Sepi itu indah tanpa suara
maka kejar
kejar kesepian yang kau dambakan..

Silakan
jika itu sangkaan mu.