CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, May 19, 2011

HaRga sEbuAh aiR maTa

   Ops...hehe..actually,,aku ada hobi baru..Hobi baru itu adalah........tuttttttttttt..mendengar cerita..Boleh tak kalo aku nak type cite-cite tu n simpan kat dalam nie.Cite ni kawan aku yang bagitau,,and aku suka sangat cite ni..By the way,aku ada tokok tambah sikit pada cerita ni,,juz wanna sharing..:-).Tajuk dia adalah 'Harga Ssebuah Airmata'..
   Ada seorang perempuan,dia baru lepas break up dengan balak dia.Sudah 3tahun mereka bercinta,berkongsi kenangan manis dan pahit,berkongsi cerita suka dan duka.Mereka bahagia dan kelihatan terlalu bahagia.Sampailah satu masa,balak dia tu memutuskan perhubungan kerana balak dia telah menyintai oorang lain,dan orang itu adalah kawan baik dia sendiri,orang yang paling dia percaya.Balak dia berkata,"mngkin kita tiada jodoh,dan dari dulu,sya hanya kesiankan awak,sebab itu lah saya menerima awak menjadi kekasih saya."
   Perempuan berasa sedih sangat dan terlalu sedih.Dia tak makan,tak nak minum,tak banyak cakap.Riang ria dan kebahagian dia dulu,tiba-tiba bertukar menjadi kesedihan.Dia tidak pernah melupakan balaknya.Bila saja dia melihat apa-apa yang berkaitan balaknya,dia pasti menangiss dan terus menangis Hampir 2 minggu lamanya..Mata dia menjadi bengkak,kesihatan dia teruk sangat.Dia kelihatan tidak terurus dan jelas mempamerkan kekecewaan yang amat sangat.
   Dia terlalu menyayangi balak nya,sehingga dia terasa ingin membunuh diri..Bila bangun dari tidur,dia berharap balak dia akan datang kepada dia,tapi tak..Dia tunggu sampai senja,mengharap balak dia akan call dia,juga tak..Bila ,malam dia tunggu lagi sampai mata dia terlelap,menanti mesej dari balak dia,namun,juga tak ada.

   Sesungguhnya,penantian amat menyakitkan.Dan lagi menyakitkan kalau menanti sesuatu yang sudah pasti tak aka terjadi.Sebulan dia menunggu,setahun dia menanti,tetapi apa yang di nanti dan di tunggu olehnya hanyalah suatu seumpama mimpi.Kemudia genap 2 tahun,dia merasa terlalu terseksa dan dia terfikir ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan membunuh diri..Kemudian,kerana mengikut nafsu,dia naik ke atas bangunan flat yang dia tinggal untuk membunuh diri.Dia ingin terjun ke bawah kerana dia ingin menamatkan penderitaannya.Dia tidak inginkan perasaan kecewa itu terus bertapak dalam hatinya.
   Tanpa dia sedari,dia sebenarnya di perhatikan oleh seorang lelaki.Namun akhirnya,dia ternampak juga.Dia memberi amaran kepada lelaki itu supaya jangan menghalang nya.Namun lelaki itu hanya berkata,"saya tidak akan menghalang awak dari terjun dan menamatkan riwayat awak dengan cara ini.Tapi sebelum itu,boleh tak awak menceritakan kepada saya kenapa awak ingin membunuh diri".Lalu dia menceritakan kisah hidupnya kepada lelaki itu,bagaimana dia ditinggalkan oleh lelaki yang teramat dia sayang.Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya ditemani oleh titisan airmata dan sedu sedan turut mengiringi airmata itu.Dan lelaki itu hanya mendengar.Seusai dia menceritakan kisah hidupnya,lelaki itu akhirnya bersuara,"Boleh tak jika saya mahu menceritakan sesuatu kepada awak?"..Dia mengangguk..
   Dan lelaki itu memulakan ceritanya,,"saya rasa kisah hidup awak sangat sedih.Tapi izinkan saya berkongsi sesuatu dengan awak.Dulu,saya pernah mencintai seorang perempuan,dia juga.Kami gembira bersama-sama.Kami merangcang untuk berkahwin.Segala persiapan telah dibuat,dengan begitu sempurna.Pada hari akad nikah,Allah swt lebih menyayangi nya.Dia meninggal kerana accident semasa dalam perjalanan ke masjid.Di depan mata saya,saya melihat tubuh kecil dia di langgar oleh lori,dan saya hanya mampu melihat.Saya lihat baju putih bertukar menjadi merah.Selepas peristiwa itu,ibu saya sakit lalu meninggal dunia,dan saya di buang kerja.Hari saya hanya di temani airmata.Dan saya sama seperti awak,terfikir untuk bunuh diri,tapi kehadiran seorang lelaki tua membuatkan saya membatalkan hasrat saya.Awak nak dengar tak apa pak cik tu cakap?"..Dia hanya mengangguk tanpa suara.
   Lelaki tu meneruskan cerita,:Pak cik tu cakap,wahai anak muda!!Kenapa kamu ingin memisahkan nyawa dari badan mu?Sedangkan hidup ini adalah satu anugerah.Anugerah yang diberikan oleh Pencipta kepada kita sebagai manusia.Kamu tahu tak kenapa kamu menangis??Kerana airmata itu membuatkan kamu kuat.Bagaimana kamu boleh menjadi ku?Bila mana kamu menangis,airmata menitis,namun kamu dapat sapu airmata tersebut.Dengan kesakitan yang amat sangat,kamu bangun,bangkit berdiri,dan di saat itu kamu masih perlu membuat pilihan samada ingin memeruskan hidup atau mengalah.Anak muda!!Adakah kamu tahu apa yang paling berharga dalam dunia ini?Ia adalah airmata.Airmata yang kamu bazirkan hanya untukk sesuatu yang pasti tak akan kamu dapat lagi.Kerana ianya hanya keluar saat kita lemah dan perluka semangat baru.Saat kita tak berani melangkah..Dan airmata yang mengalir itu,memberi kamu harapan baru.Tapi,kita hanya melihat ia sebagai titisan airmata,tanpa melihat bagaimana ia berusaha membantu kamu,dengan keluar dari celah bulu mata,mengalir kepipi,lalu tumpah ketanah.Dan,seka lah airmata itu,jangan biarkan ia jatuh ketanah.Kuatkanlah diri kamu,jadilah seprang yang hebat.Manusia itu di uji dengan tahap keimanannya,dan air mata itu adalah pengukur tahap keimanan kamu.Kamu telah terlalu lama terpaku dan melihat pintu yang tertutup tanpa berani melangkah untuk membuka pintu lain yang menanti untuk di buka."

   Selepas mendengar cerita lelaki itu,dia terpaku,terdiam dan hanya mampu membisu.Dia bangun dengan semangat yang baru.Dia tidak akan mempersiakan hidupnya dan dia akan cuba membantu mereka yang dalam kesusahan dan membuka minda umum.Akhirnya,dia menjadi seorang pakar motivasi terhebat di negaranya.Dan dia berkahwin dengan lelaki yang telah memberikan semangat hidup kepadanya.

So,kesimpulannya,dont waste our tears pada sesuatu yang tak sepatutnya di tangisi lama.Hargai hidup,dan bangkitlah selepas jatuh.Setiap masalah ada jalan penyelesaian,cuma masa sahaja yang berbeza..:-)

No comments:

Post a Comment