CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, June 23, 2011

KENANGAN

   Hidup ni banyak persimpangan.Ada simpang di balik jalan yang lurus,ada simpang selepas jalan yang berliku.Di simpang itu,kita kena buat pilihan.Pilihan yang bakal menyakitkan hati kita atau tidak.Simpang kanan atau kiri,yang pasti penuh dengan sejuta misteri.Tapi di simpang itu,ada yang berhenti..Terpaku dan termenung..Berfikir jalan.Mahu mengambil salah satu simpang atau terus menanti di persimpangan.Menanti seseorang datang untuk menjemput,atau membuka hati untuk seseorang yang lain.
   Jika kita di beri akal untuk memilih.Kenapa tidak kita memilih?Kenapa perlu terus menanti?Tanpa meneruskan perjalanan di salah satu simpang di hadapan??Usah menanti sesuatu di sebalik kabus yang tebal.Andai terus menunggu kabus hilang,,adakah ia masih di situ?Yang pasti,ia bukan gunung yang statik..Fikirkanlah..Usah di harap akan tetap nya sebuah pendirian,kerana pendirian itu terlalu rapuh,serapuh hatinya manusia..Usah terus menunggu bumi berhenti berputar,kerana saat dia berhenti,nafas jua terhenti..Tiada lagi oksigen yang mampu di inhale.Tiada lagi carbon dioxide yang mampu de berikan kepada alam untuk proses fotosintesis..
   Berhenti lah untuk berharap.Kerana itu lah yang terbaik...Berputus asalah untuk menunggu,kerana itu adalah realiti hidup yang perlu di tempuh..:-)

No comments:

Post a Comment