CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Friday, July 22, 2011

LUMRAH HIDUP..

   Betullah kata-kata orang,,hidup ni macam bola.Kekadang kita kat atas,,megah berada di puncak,,gembira,sehingga kita melupakan yang di bawah,bangga sekali.Tak pernah mencuba untuk pandang di bawah..Apa kerdil sangat kah mereka yang kalah?Kecil sangat kah mereka yang tersungkur di perjalanan?Atau hidup ini tidak adil??Tapi bukankah kita yang berada di atas akan merasa berada di bawah jugak.Pasti kita jua suatu hari akan di pijak oleh roda yang berputar laju.Siapa peduli??Hanya Dia..Dia yang sentiasa bersama..
   Perlu ke memperlekehkan orang lain?Perlu ke memandang rendah pada orang lain?Pasti tidakkan?Namun masih ada di antara kita bersikap demikian.Saat kita berjaya,semua kita lupa.Saat kita gagal,terdapat sejuta rasa.Aku iri hati,aku tak puas hati,aku kecil hati..Ye...itu yang sering kita luahkan.Sedangkan itu ujian.Kita gagal,,kita menangis,,berdoa pada tuhan agar di cipta satu keajaiban,perbetulkan kesilapan.Tapi tatkala kita berjaya,megah bersuka ria.Aku dapat kerana usaha ku..
   Lumrah hidup,,aku yang lemah akan di sepak-sepak,aku yang tak berdaya akan di tolak-tolak,aku yang gagal akan di nafikan kewujudan..Kamu yang kuat,meluncur laju ke atas,kamu yang hebat,akan terus melangkah,kamu yang berjaya,akan di nantikan kewujudan.Ini kah insan manusia yang di cipta tanpa sedikit pun perbezaan?Yep,,inilah dia.Manusia yang dicipta dari tanah,yang tercipta dari segumpal darah,yang di lahirkan oleh insan yang bergelar ibu,di ciptakan oleh Yang Maha Esa,yang berpijak di bumi yang sama,,,namun hanya kerana sedikit perbezaan taraf dan fikiran,,kita terlupa semuanya..
   Mungkin masa masih panjang untuk kita berubah,,tapi siapa tahu takdir Allah swt.Maafkan aku yang tak sempurna.Maafkan aku kerana tak mampu untuk terus tidak terasa,maafkan aku kerana tidak berdaya untuk melupa,maafkan aku kerana tak bisa menafikan realiti yang tercipta,namun semuanya kerana kita.Keegoaan yang meranapkan semua...:-(

p/s: Aku syg ampa.Aku tak taw kenapa pengakhirannya macam ni.Aku tak mampu untuk terus mengalah berulangkali,pada sesuatu yang aku tidak tahu mulanya.

No comments:

Post a Comment