Betul kata 'dia'… 'Dia' yang selalu buat aku tersenyum.Hari ini menjadi seperti katanya. Aku tidak gembira bekerja. Moodnya terasa lain.. adakah kerana aku terlewat bangun? Atau adakah kerana aku terlewat tidur. Namun,apa yang pasti,hati ini terluka. Cukup perit aku rasa. Bukan kerana aku membenci nursing world,tapi kerana sikap seseorang yang membuat hatiku sedikit terusik.Jika hari ini,kedatangan ku ke wad tidak di tulis,kerana aku terlewat,itu tidak akan pernah menjadi masalah.Salah aku.Bagaimana dengan mereka. Melayan aku seperti aku ada melakukan kesalahan. Kenapa?
Sejak dari semalam lagi kedinginannya di tunjukkan. Sedangkan,dalam perjalanan ke tempat kerja,kami bersembang seperti biasa. Selepas bed making,aku hanya bertanya apa lagi yang perlu dibuat,dan jawapannya,,buat bodoh.. namun,itu jua bukan punca kesakitan yang aku rasakan.Dengan aku dia begitu,sedangkan dengan kengkawan yang lain,dia masih dia. Lalu ,aku berdiam diri. Dengan alasan tidak mahu mencari masalah. Mulut ku seolah terkunci,tidak mahu berbicara melainkan mempunyai kepentingan. Adakah kerana aku tidak memanggil mereka ketika dressing pembuangan maggot. Aku jua hanya dipanggil oleh senior untuk melihat tanpa memberitahu apakah prosedur yangn ingin dilakukan. Yup,,memang mereka menyalahkan aku akan kes itu. Tapi,dia mula dingin dengan aku sebelum dressing itu lag. Jadi apa kah masalah dia dengan aku sebenarnya..
andai dia tahu betapa sakitnya... |
Dan hari ini,pesanan ringkasku jua tidak berbalas. Kenapa?? Aku tiada jawapannya. Kami hanya berkomunikasi untuk perkara-perkara penting sahaja. Adakah aku perlu mencari jawapannya??? Bagaimana??? Ahhhhhhhh!!!!!!!!!! Sakit nya cukup pedih dan perit. Lukanya cukup dalam dan luas. Aku benci perasaan sakit hati. Aku inginkan perasaan yang boleh membuat aku tersenyum. Aku tidak ingin membenci. Aku tidak ingin sakit hati. Aku inginkan kedamaian,aku inginkan ketenangan. Tapi,andai benar itu salahku,,aku rela menanggungnya,,tapi aku sendiri tidak mengetahui akan salahku.
Oh airmata,jangan kau menjelma.. aku tak ingin merasa kemasinan mu. Oh airmata,jangan kau muncul,aku tak ingin terus berduka.. senyum lah ayu. Walau amat payah,cubalah untuk bergembira. Walaupun amat sakit,cubalah untuk ketawa. Tak selalu kawan tu disisi kita,tak selalu perkongsian boleh dilakukan dengan mereka. Bertahanlah ayu… kamu boleh hidup tanpa mereka..
Apa lagi yang mampu aku ungkapkan tentang persahabatan,apabila ini sudah menjadi entry kedua hubungan dan cerita tentang kisah persahabatan aku dan dia… cukup memeritkan…
Hmmmkkk,,,,,teruslah tersenyum wahai Ayu….kamu gadis yang kuat..
can i,,walk alone?? |
No comments:
Post a Comment