CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Sunday, March 18, 2012

PERJALANAN TAKDIR

Alkisahnya,, hari ni nak menaip sikit.. Borang posting dah isi. .Ada 3 pilihan negeri yang perlu di penuhkan. So,atas persetujuan family,,, pilihan aku:-
1) Kuala Lumpur
2) Pahang
3) Selangor
By the way, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan.. Mungkin aku mengharap untuk mendapat posting di salah satu negeri pilihan aku, tapi andaikata aku dapat selain darinya, itu sudah cukup dari aku menganggur tanpa kerja. .
Untuk mententeramkan hati sendiri dari terus memikirkan dapat posting di Sarawak, aku terus berfikir tentang betapa aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Aku pernah dengar kawan aku cakap :

Kisah Si Ulat yang hodoh dan kisah Si Kaktus yang berduri. Dalam satu perjalanan mencari, kita inginkan kupu-kupu yang cantik dan mengharapkan bunga ros yang menarik. Kita memohon pada Allah SWT supaya memenuhi keinginan kita. Tapi Allah memberi kita Ulat yang hodoh dan kaktus yang berduri. Kita menangis, menyalahkan Dia kerana tidak menunaikan permintaan kita. Tapi selepas itu, ulat yang hodoh mula mengeluarkan Rama-rama yang sangat cantik. Kaktus yang berduri memberi bunga yang sangat cantik. Allah tidak memberi kita kupu-kupu dan bunga ros,tapi Dia memberi kita rama-rama dan bunga kaktus dengan hanya sedikit kesabaran yang diperlukan. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Betapa indah perjalanan takdir yang dicipta untuk kita..

No comments:

Post a Comment