Seperti sudah jatuh tersungkur sekali lagi.
Terjatuh dalam lembah perasaan yang tak bertepi.
Tewas dalam perjuangan yang tak sampai seinci.
Ditindih rasa pedih luka lama yang tak terperi.
Dalam sendu ku rayu,Agar ia pergi berlalu
Jangan muncul sekadar yang ia mahu.
Kerana yang sengsara itu aku.
Ku pinta pada awan,jangan halangi bulan.
Ku minta pada bintang,jangan menyorok dari pandangan.
Walau dalam kelam, ku tetap ingin memandang.
Sejuta warna pelangi menyinar.
Kasih dalam hatiku tetap mekar.
Dalam rindu yang kian membakar.
Ku harap kasih ini tak pudar.
Tersimpan rapi segala perasaan.
Sehingga kini masih berkesan.
Membekas kemas walau dalam angan.
No comments:
Post a Comment