CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Saturday, February 22, 2014

DIA YANG TAK PERNAH TIADA

Assalamualaikum..

Meniti hari penuh liku.penuh dugaan.penuh cubaan.penuh cabaran.kadangkala membuat aku ingin menyerah kalah. Membiarkan sahaja masa menentukan semuanya. Tapi,Allah takkan memberi sesuatu tanpa usaha hambaNya. At least kita berusaha. Kadangkala,mengikut kata hati,ingin aku ke pesisir pantai,berlari dan menangis. Mengadu pada ombak tentang luka hati aku. Menulis pada pasir tentang lara jiwa aku. Meluahkan pada alam apa yang aku tak inginkan. Allahuakbar.. Dalam tak sedar. Aku terlupa. Untuk apa ke pantai jika sejadah itu dekat sahaja. Untuk apa berlari jika Allah hanya minta kita bersujud padaNya. Untuk apa mengadu pada alam yang tak mampu melakukan apa-apa. Sedang Allah swt lah yang selayak nya kuta mengadu segala kelukaan,kelaraan dan meminta apa yang kita inginkan.
Hidup ni mudah. Kita yang merumitkan. Hidup ni indah. Kita yang merosakkab. Allah swt mencipta penuh kesempurnaan dengan cintaNya. Sedangkan kita merancang dengan cita-cita yang entah kemana halanya.
Allahu.. untuk apa aku mengejar cinta manusia,jika cintaMu pun masih aku terkapai nak menghargai. Biarlah aku mencari cintaMu sebelum menemui imam yang selayaknya untuk aku. Semoga Engkau redha dengan kami..

No comments:

Post a Comment