Bismillahirrahmanirrahim..
Demi Allah,kesunyian malam betul-betul mengingatkan aku pada Ct dan Wawa a.k.a C and W. Rindu aku pada kenangan kami. Rindu aku ingin berkongsi cerita. Rindu aku ingin meluahkan rasa. Rindu alu untuk melepak dan keluar bersama. Sungguh rasa ini memenuhi ruang dada. Gelisah dan resah. Aku mahu kami yang dulu. Namun mana mungkin. Masing-masing sedang sibuk membina masa depan.
Ingin saja ku alirkan airmata dari tubir tak bermaya. Biar berkurang rasa itu. Tapi tidak mungkin. Allah,semoga Engkau menyampaikan rindu tulusku buat mereka. Biar mereka rasa. Biar mereka terusik merinduiku. Panjangkan ikhuwah kami,ukhuwah suci yang terbina keranaMu. Jika masa tidak mengizinkan lagi pertemuan kami,semoga Engkau menitipkan segala rasa yang aku ada buat mereka.
Tenanglah sahabat.
Rasakan angin rinduku
Rasakan tulus rindu ku dari hatomu
Bertemu kita kerana Dia
Berpisah jua kita keranaNya.
Semoga Dia redha..
No comments:
Post a Comment