CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Tuesday, May 6, 2014

Suara malam

Assalamualaikum..

Dalam sepi yang tak terucap satu rasa
Bagai Dia menagih janji yang aku lafazkan
Bagai Dia tak nak aku jatuh lagi
Dan ya.
Tak ingin aku terduduk sekali lagi
Berjalan di landasanNya
Aku mahu..
Hati oh hati
Duhai hati
Wahai hati
Istiqamahkan
Tolonglah istiqamahkan
Dah jauh kau tersasar
Dah jauh kau menyimpang
Jalan lurus terbentang luas
Kenapa mahu lagi kau masuk simpang kecik tak berlampu jalannya..

Dalam sepi yang tak terungkap sunyinya
Bagai Dia tarik aku bangun
Jangan pejam mata selagi kau tak tunaikan janjimu
Jangan bersenang selagi kau tak langsaikan hutangmu
Bangkit aku
Menyempurnakan apa yang aku minta dengan bantuan Dia
Allah.Allah.Allah
Engkau Ar Rahman
Engkau Ar Rahim
Semua tahu
Dan tanpa walau sedikit pun penafian
Engkau Maha Sempurna

Syukran syukran
Alhamdulillah..
Semoga aku biar ia jadi kebiasaan
Semoga aku tak tersungkur lagi
Semoga tak luka dan berdarah lagi
Engkau Ada
Engkau Ada
Tiada pernah keyakinanku hilang
Apalagi untuk berkata Kau memilih hamba
Kami sama
Sama selagi amalan kami Engkau redha dan terima..

No comments:

Post a Comment