Katanya,
Kau mengharap untuk berjaya
Tapi kau tak berusaha
Katanya,
Kau mengharap untuk lega
Tapi kau biarkan banyak tanda tanya
Katanya,
Kau mengharap bicara tenang
Tapi kau lepaskan mengikut keinginan
Seperti jua hari-hari semalam
Katanya,
Kau mengharap akan keikhlasan
Tapi kau campak semua perasaan
Katanya,
Kau mengharap untuk di suka
Tapi kau tak belajar untuk suka
Katanya,
Lagi buat kali terakhir
Kau mengharap untuk dicinta
Tapi kau tak pernah mahu menyerahkan cinta.
Lalu kesekian kali
Katanya,
Kau tunggu lah sampai saat nya tiba
Apa entah ada entah tiada
Dengar kata aku
Buat pertama kalinya,
Aku rindu saat kau berkata-kata
Aku rindu saat kau melontar tulisan dikekunci keras depan mata
Aku rindu saat kau masih ada
Buat terakhir kalinya
Biar aku berharap nanti satu hari kau akan ada
Lagi dan lagi ! !
Its simple cause u're the simple one.
No comments:
Post a Comment