Aku tertarik dengan satu artikel yang mengatakan
'sendiri lebih baik daripada berpasangan tetapi sendirian'.
Jujur, sendiri itu memang lebih baik.
Siapa yang tak ingin berpasangan, tapi rasanya jika ingin berpasangan,lebih baik kiranya orang itu menjadi yang terakhir.
Yang mampu menjadi peneman sampai mati, yang akan membimbing sampai ke Syurga Dia nanti.
Siapa yang tidak terasa bila usia makin bertambah dan di provok dengan soalan-soalan bila mahu berdua.
Siapa yang akan berasa tenang bila kengkawan seusia mula berbahagia.
Tapi, jodoh itu milik Allah swt. Milik Dia.
Ada yang di percepat jodohnya, tapi ada yang terpaksa menunggu lama.
Allah swt tahu apa yang lebih baik untuk kita.
Mungkin bila jodoh lambat sikit,
Dia nak bagi kita peluang berbakti pada keluarga.
Dia nak bagi kita mendekatkan diri lebih kepadaNya.
Dia nak kita merasai indahNya aturan Dia.
Dan bagi aku,
sendirian itu memberi aku masa yang banyak dan jalan yang lebih luas untuk aku membina diri.
No comments:
Post a Comment