CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Wednesday, April 4, 2012

HARAPAN...

Andai hidup seindah ini...!
Fajar menyingsing,
menebar cahaya dikaki langit,
suram, namun penuh keindahan,
membawa cerita alam.....
Berteleku aku terpaku,
menahan gelora rinduku,
dalam meraih secebis kasihmu..
Ku damba bahagia,
dalam sekalung cinta yang bersisa,
dalam sejalur harapan yang ku ada...

A reason for me to smile..^^


P/S : Banyak perkara boleh buat aty jadi resah, gelisah, duka dan kecewa.. Namun berjuta sebab untuk terus tersenyum, dan merasa bahagia.. 

Monday, April 2, 2012

Erkkk,,, Ntah !!

~menung sajaaa~~

Semalam 1st day keje wad Melor 2. Baby punya wad.. Terkantoi rehat lama.. Lama?? 45 min rehat + 15 minit solat asar. Ok ngaku,, our fault. Patutlah rasa tak sedap aty.. Staffnes wad nak report kat staffnes klinikal,, ary ni get ready tadah telinga and bersedia ngan jawapan.. Kekadang, aku terpikir,, asal aku wat jahat je terkantoi.. Haishhh... Kena jadi dax baek selalu lah nie..

Petang tu dah lar ne sound ngan staffnes wad, balik bilik lak, tertekan termain amende tah, sim card ne block plak.. Sib baek Cik Maxis ada, ley kol adeq mintak PUK number. And thanks alot to my adeq coz still simpan aku punya PUK number.. Law tak, terpaksa lah pegi pejabat celcom. Dah lar aku fail bab nak berurusan formal cam gitu. Pagi nie, my sim num dah kembali sehat walafiat and ley digunakan kembali. Alhamdulillah...

Oh ya,, semalam gak kol ma, ma cakap Afiq da ley bangun berdiri and asyik ngekor my adeq yg bongsu (Fahmie). Mana Fahmie pergi, dia ikut sambil merangkak. Lagi satu, perangai Afiq masih sama, pantang tengok orang pakai tudung,mesti nak ikut. Pantang bunyi motor, mesti beria nak naek motor. Windu nya kat dia... ^^ Bila duk keje wad baby ni, lagi ingat dia.. Hehehe.
Comey3...^^
 Ops,, cakap sal baby,, kat wad, aku bahasakan diri aku akak kat baby-baby, member 1 batch aku kata aku perasan muda. Adess,, memang muda pe.. baru 20 kan  ..hehe.... So,aku pun bahasakan diri aku Achik,, macam anak2 sepupu panggil aku, budak-budak junior lak gelak.. Haish,, dah tu?? Bahasakian diri aku misi??? Ish,, tak mesra alam betul.. Arghh,, Achik pun achik lah, janji member aku tak gelak..huhu
(^_^)

Ary nie lak keje petang, hopefully, apa yang berlaku semalam tak kan berulang lagi ary nie. Semoga keje bejalan dengan lancar dan aman..

Saturday, March 31, 2012

Kenapa Begini?

 Hilang sudah rasa hormat saya pada awak. Sungguh dulu saya terlalu menghormati awak. Saya admire awak dari setiap sudut. Saya mengagumi manisnya tingkah laku awak, saya dengkikan keteguhan iman awak, saya tercabar dengan lembut dan manjanya tutur kata awak..

Makin lama, awak makin berubah. Awak makin mengekor ke penghujung masa. Awak mula inginkan perhatian, mencari cara untuk diperhatikan. Terlalu ekstrovert, dengan mudah memberikan kepada sesiapa sahaja nombor telefon awak,dengan senang menerima tawaran untuk keluar dengan siapa sahaja lelaki. Manja suara awak pada lelaki semakin menjadi-jadi. Saya sedih,, kenapa awak jadi macam ni.

Demi lelaki, sanggup awak salahgunakan kawan awak kan. Saya sangat terasa dengan permintaan awak tu pada kami. Dan itu, benar-benar membuatkan saya terfikir,, adakah boy lagi penting dari kawan-kawan. Awak, hari ni, kisah awak dan dia jadi bualan. Ramai yang bercerita tentang tu. Saya tak bagitahu pun mereka, ia rahsia antara saya, awek dan rumet nya.

Saya dah tak tahu perlu kah lagi saya menghormati awak. Kerana sudah hilang rasa hormat saya untuk awak. Saya tak tahu, adakah mampu untuk saya menyemai kembali rasa hormat itu untuk awak..:( 

Macam laut,, aty kita tak selalu tenang. ^^ But,berusaha menenangkan diri..

Tuesday, March 27, 2012

Mid Term Exam yang ...???


My friends said : Ayu, jiwang nya blog.....
 Gulp....!!! Hanya mampu menelan air liur.. Terpaku... hahaha... Tapikan,, baru aku perasan, giler jiwang blog aku.. Ntah pape.. Memalukan aje... Hohoho..
Tapi,aku malas nak ambik port, jiwang ke, apa ke.. Yang penting,, I can write anything that comes out from my mind.. Jiwang ke, sedih ke, geram ke, marah or kecewa.. Because its mine... !!! This made me still smile and laugh today when i stayed away from my family..:)





Eh,, exam da abes tadi.. Alhamdulillah,, lega coz berakhirnya fasa pertama. But,, aku amatlah berasa tak yakin dengan jawapan yang aku tulis tu.. Yang paling membuatkan keyakinan aku berganda down adalah disebabkan kehadiran 'kekasih aty' semasa tengah jawab soalan MEQ.. Sakitnya terpaksa gak tanggung. Even ase macam nk berguling-guling and nangis,, aku teruskan jugak jawab exam sampai habis.. Nasib baik lah sakit yang melanda aku tidak seteruk member aku yang giler pale muka, sampai ne postpone exam MCQ jam 1200 lepas abes MEQ.. Seriously,, jujur and ikhlas,, masa jawab MEQ tu, aku cuba nampak katil je.. Terasa macam oksigen sume pegi kat tempat sakit tu, tak pegi kat otak pun.. Haish... ntahlah,, macam mana ngan keputusan exam........... and kekasih aty,,1st time sepanjang hampir 9 tahun dia setia ngan, dia hadir salah masa... Tapi tulah,, nak tak nak ne accept jugak.



By the way, let bygone be gone. Usah dikenang g apa yang da berlaku. Pasni,, niat kat aty xnak study last minit dah.. Nak start awal-awal.. OSCE trial coming soon di ikuti final teori and osce final,, the last one is LJM... (^_^) Chaiyyok ayu..:)

Saturday, March 24, 2012

AWEKKU 1




Ehem-ehem...malam ni mood aku serabai + bahagia cket.... So i would like to cerita about my awek.. Ops awek ???? Yup,, aku ada sorang awek.. Nama dia Syud... Nama glemer tu.. Orang perlis kot... jauh-jauh dari aku.. Aku kan orang Pantai Timur... Lawa beb orangnya... Ala-ala chinese lak tu... Nak tengok muka dia tak?? Jom-jom :: Layan de pitcha...
~bulat eh mata awak..hehe




Uit,,, korang jangan nak ngorat awek aku neh... Hahaha... Sayang kot awek aku neh.... Lupa nak bagitau anniversary ... Its 1July 2010... Dah lama kan... :) Tapi study Dip dah nak abes,, means, aku ngan dia pun da tak lama dah bakal berpisah...
Tapi kan, harap-harap lah kami punya posting place sama... Kan menarik... Eh jap... Ada ag pitcha neh...::-
Muka xley blah sume...time dating semalam..:)
By the way,, banyak cite pasal my luvely awek ni,, tp tak tertaip... So laen kali aku sambung.. Just nak perkenalkan awek aku je.. (^_^)

P/S :: WATCH OUT KAY. . .WE'RE NOT LESBIAN KAY... MASING2 ADA PERASAAN YG BERBEZA TP SAJA BECOZ OF OUR SINGLE STATUS....

Thursday, March 22, 2012

Bila Aku Jatuh Cinta

Ya Allah,
Andai benar aku adalah tulang rusuk dia yang hilang,
Dekatkanlah hatinya padaMu,
Agar nanti,
dia boleh mencintaiku keranaMu.

Andai ruangan dijarinya,
adalah untuk melengkapkan ruangan dijariku,
Dekatkanlah perasaannya kepadaku,
Agar dapat disemai satu perasaan,
Saling menyempurnakan keranaMu.

Ya Rabbi,
andai hatinya yang bakal menyempurnakan hatiku,
tetapkanlah antara kami jodoh yang kuat,
Agar dapat kami membina satu masjid yang indah keranaMu.


Sunday, March 18, 2012

PERJALANAN TAKDIR

Alkisahnya,, hari ni nak menaip sikit.. Borang posting dah isi. .Ada 3 pilihan negeri yang perlu di penuhkan. So,atas persetujuan family,,, pilihan aku:-
1) Kuala Lumpur
2) Pahang
3) Selangor
By the way, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan.. Mungkin aku mengharap untuk mendapat posting di salah satu negeri pilihan aku, tapi andaikata aku dapat selain darinya, itu sudah cukup dari aku menganggur tanpa kerja. .
Untuk mententeramkan hati sendiri dari terus memikirkan dapat posting di Sarawak, aku terus berfikir tentang betapa aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Aku pernah dengar kawan aku cakap :

Kisah Si Ulat yang hodoh dan kisah Si Kaktus yang berduri. Dalam satu perjalanan mencari, kita inginkan kupu-kupu yang cantik dan mengharapkan bunga ros yang menarik. Kita memohon pada Allah SWT supaya memenuhi keinginan kita. Tapi Allah memberi kita Ulat yang hodoh dan kaktus yang berduri. Kita menangis, menyalahkan Dia kerana tidak menunaikan permintaan kita. Tapi selepas itu, ulat yang hodoh mula mengeluarkan Rama-rama yang sangat cantik. Kaktus yang berduri memberi bunga yang sangat cantik. Allah tidak memberi kita kupu-kupu dan bunga ros,tapi Dia memberi kita rama-rama dan bunga kaktus dengan hanya sedikit kesabaran yang diperlukan. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Betapa indah perjalanan takdir yang dicipta untuk kita..