CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Sunday, September 23, 2012

Querida..

Seperti sudah jatuh tersungkur sekali lagi.
Terjatuh dalam lembah perasaan yang tak bertepi.
Tewas dalam perjuangan yang tak sampai seinci.
Ditindih rasa pedih luka lama yang tak terperi.
Dalam sendu ku rayu,Agar ia pergi berlalu
Jangan muncul sekadar yang ia mahu.
Kerana yang sengsara itu aku.
Ku pinta pada awan,jangan halangi bulan.
Ku minta pada bintang,jangan menyorok dari pandangan.
Walau dalam kelam, ku tetap ingin memandang.
Sejuta warna pelangi menyinar.
Kasih dalam hatiku tetap mekar.
Dalam rindu yang kian membakar.
Ku harap kasih ini tak pudar.
Tersimpan rapi segala perasaan.
Sehingga kini masih berkesan.
Membekas kemas walau dalam angan.
Memilikimu tanpa sempadan..



Saturday, September 22, 2012

ACnW

Miss this blog.. Agak lama tak menaip.. Banyak perkara da berlaku, yang sedih, yang happy, yang bahagia... fuh!!!



Saat kegilaan bersama bestfriends... Miss this moments...
Persahabatan tak sama cam cinta.
Sebab persahabatan lagi berharga.
Saat cinta buat korang nagis,lemah,sakit,
persahabatan lah pegang tangan korang.
Pinjamkan bahu dia untuk korang...
I love my bestfies..
(^_^)
Ayu,, Ct,,n Wawa


My 2nd bro da tunang.. Yeay,,, tahniah... Dapat kakak ipar lagi daku.....  (^_^)

Mr. Querida....  Ego sama-sama tinggi.. Tak tahu lah ending cerita ni macam mana... Grrr,,tiba-tiba aty menggelegak...
Gotta go...

Wednesday, August 15, 2012

Keep waiting

Still waiting,
for another 8 months,
to solve all the problems........

"mencintai seseorang yang tidak pernah mencintai kita memang amat menyakitkan. Tapi bagaimana jika dia mengaku sayangkan kita, lebih dari seorang kawan, tapi tak mampu untuk menyelesaikan perasaanya sendiri. Dilemma dia yang membuat kita merasa lebih sakit. Sakit kerana kita tidak mampu mendapat jawapan yang lebih baik.. "

p/s: kadang-kadang tak sume benda kita boleh luah,boleh cakap,boleh tulis...... Ia terpendam jauh dari hati... Bagi aku, yang pertama xde ganti,. Even 5 years da berlalu, hari-hari aku cuma dengan harapan yang kelam, ia tetap ada. segar n masih mekar....

Wednesday, July 11, 2012

MADAHAN BERSAMA




Ingin aku cOretkan sebuah cerita,yg mgkin ia hanya crita tntg p’shbtan,atau ianya crita tntg prasaan atau tntg cinta..Jika ia tntg p’shbtn,biarlah ia terus b’sma menemani hari,namun jika ia crita tntg cinta,biarlah yg pahit trus b’lalu..Jika ia tntg prasaan,kekalkan lah jika mampu buat snyuman trus mekar..Dalam melakar cOrak kehidupan,ku temui  dy..insan yg m’curi aty aku dgn ktnangan wajahny,dgn slamber snyumanny..aku jadikn ia dakwat utk ak melukis pOtret hdupku..Indah wrnany memukau atyku..Aku melakar penuh sabar,tekun n b’hati2..ingin aku jdikn wrna itu pelengkap lukisan pd kanvas hidupku..Walau dlm usaha n sabarku mgunakan wrna itu,ktekunan ku t’cabar utk trus mgnakan wrna itu atau mnukar wrna laen yg barangkali lbih indah…
Jika memilih wrna yg laen ianya mgkin tdk akn sma spt sblmny n bley melukakn skeping hati serta mgkin pd bila2 msa akn m’hilang..Jgn terus mnukar wrna tetapi ckuplah jika hanya sekadar mnmbah wrna,ianya pasti akn m’jadi lebih indah spt pelangi..Kita hnya perlu bijak dlm mainkn wrna spya ianya kelihatan lebih harmOni n hasilny akn indah spt yg kta impikn..Bagaimnakah ksdahanny nti?? Adakah ianya akn terus b’kekalan??
Atau mgkinkah wrna itu akn pudar n smakin lusuh? Menanti saat pOtret hidup t’lakar indah spt pelangi,mnunggu wrna menyinar spt mentari..Ia ibarat mimpi yg hanya mampu d’mimpikn..Walau ia xmustahil utk d’jdikn reality,risau wrna itu akn hilang n menyepikn diri..
Jika yakin dgn apa yg telah d’lakarkn..xmgkin ianya akn terus menghilang,pastiny ia akn m’jadi kenangan yg paling indah dlm hidup..t’pahat d jiwa n maknany psti akn b’beza bg stiap insane utk d’fahami..hanya kita shja yg tahu ertiny,bkn dri kata2 tp dri segumpal k’inginan dlm diri..

P/s: Hasil nukilan b’sama cik awexs b’dua,hehe…
wlpn d’laen tmpat tetap m’jadi..^_^..

Saturday, June 9, 2012

Malam Gemersik Kalbu: Beauty With Brain.

Firstly,nak cakap siap2, entry ni cerita lama.. Tapi nak post gak. Busy ngan kursus induksi menyebabkan tak sempat nak transfer gambar dari kamera..Ops..! Malam Gemersik Kalbu ni sebenarnya dinner kitorang. Farewell untuk group 2/2009 sempena da nak abes ni.. 5 days more.... Oh ye,, tema kami adalah 'evening dress with purple,black, and white' tapi kso an,,ramai yang pakai jubah.. But sume still looks sweet..

Yang sedihnya, aku and member 4 orang g terlewat pergi.. Balik lak awal.. Hoho.. So, disebabkan itu tak banyak pix yang sempat amek.. Boleh cakap, that night kami cuma g makan, tengok persembahan and balik. Tak sempat nak lepak lama-lama. And something yang sangat menyedihkan aty berlaku that night. Sib baek ley sorok keterasaan tu. 

Layan je la pix yang ada..huhu

posing b4 eat...hehe..


makan sambil menikmati persembahan...opss!!


Jangan masuk my pix..hahaha...


acara potong cake..^^

Err....cheese..

dance sem 1 kot...best.

ni our sem..sem6..:)


Ni junior sem 2 a.k.a adeq mug yg wajib 2/09 ada setiap sorang..


both princess..:) beautiful..



posing jap..huhu

With sista..:)


p/s: last dinner.........(^_^)


Tuesday, June 5, 2012

~Takde Motif.

Saat mata terbuka,
Redup terlihat langit nan indah,
Hujan pun turun membasahi bumi,
Seolah mengerti apa yang di fikiran.
Sepi dan sepi,
Mengintai di balik jendela hati,
Dalam kesunyian pelangi datang,
Menghiasi siang yang kelam,
Menerangi malam yang suram,
Membuka jalan yang kelabu,
Menghalang dari terus berdiri,
Di pintu yang sama..
Cari dan mencari,
pintu baru untuk di tujui,..


p/s: Aku tak tau ape motif aku type nie.. Arghh,,abaikan je....!


Friday, June 1, 2012

Never, Never, give Up



Pastikan memerhati, menjadi senjata utama, di rempuh ranjaunya duri yang berliku. Jalanan yang bersimpang siur bagaikan mainan, digagahkan segala halangan. Sungguh pun peritnya merasuki fikiran, ditahan segala kelukaan. Biarlah tak nampak mata memandang, lihatlah dari hati dan bukannya dengan palsu pandangan mata. Bukan sekadar memula bicara, menongkah kata biarlah kena pada dasarnya. 

Biar yang atas menjadi lebih mudah, biar dahannya terus gagah, biar batangnya berdiri megah. Diselusuri sungai yang panjang, rentaknya dilayan, walau airnya bagai ombak, walau airnya bagai gergasi menerjah bumi, usah dimata tunjukkan reasa mengalah. Teruskanlah melangkah, teruskanlah mengejar. Andai dikenalpasti itulah perhentian, berhenti seketika dan teruslah melangkah...


p/s: aku type ape tuh? Ops.... kuatkan diri ayu....(^_^)