CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, February 3, 2011

...hingga ke akhirnya......

   Kita tak boleh cakap,kita tak mungkin jatuh cinta pada 'orang itu'.Kita tak boleh berdoa supaya 'orang itu' pergin dari hidup kita dan jangan muncul-muncul lagi kerana kita tidak mahu melihatnya walau hanya sekejap.Kita tak boleh sombong diri dan berkata kita tidak kisah 'orang itu' nak cari orang lain sekalipun kita boleh cari orang lain.Kita tak boleh cakap begitu sebab kita tak tahu apa yang ada di masa akan datang.
   Mungkin sahaja terjadi 'orang itu'.....orang yang kita doakan tidak lagi muncul dalam kehidupan kita tiba-tiba sahaja menjadi begitu bermakna.Sehingga kita menangis kesepian bila doa kita benar-benar makbul.Sehingga kita sedar bahawa lebih elok dia ada daripada tidak ada.Sehingga kita tercari-cari di mana dia hanya untuk melihat dia walau untuk seketika.Kerana terlalu rindu sedangkan dahulu kita tidak pernah menghargai bila dia dia ada di hadapan kita.
   Dan mungkin sahaja 'orang itu'...orang yang tidak sepenuhnya kita sayang sehingga kita tidak pernah merasa keberatan sekiranya dia mencari yang lain tiba-tiba menjadi terlalu penting.Sehingga sampai satu tahap,kita menangis bagaikan dunia telah kiamat apabila 'orang itu' benar-benar dimiliki oleh orang lain.Setelah itu kita mula menyesali apa yang kita kataka,bisikkan dan luahkan.
   Kita akan menjadi terlalu rindu pada kenangan-kenangan bahagia bersamanya segingga terasa ingin memutarkan kembali masa yang telah lalu agar kita dapt menikmati saat itu dengan sebaik mungkin...:-)

No comments:

Post a Comment