Semakin aku menhindar,semakin ia menghampiri.Semakin aku cuba untuk membuang,semakin ia berusaha untuk bertapak di hati.Aku perempuan.Aku berusaha untuk menjadi kuat.Namun pada hakikatnya,aku lemah dan terlalu lemah.Aku ingin menjadi seperti bunga orkid.Kuat dan tabah.Tetap segar dan cantik walau keseorangan di belantara.Namun aku hanya bunga seri pagi yang cuma mengembang di pagi hari.Tika matahari meninggi,aku layu,lemah,tiada seri nya lagi.
Aku ingin jadi gadis yang kuat.Kalis pada dugaan,kalis pada cabaran.Tidak menangis saat bersendirian.Tapi,aku tak berdaya.Airmata ku jatuh jua.Bila dugaan datang menghempas.Bila cubaan terus-terusan menghambat.
Aku perlukan mereka,keluarga dan sahabat yang setia.Aku perlukan Dia,Yang sentiasa disampingku setiap detik.Aku perlukan dia.Dia yang aku sendiri tidak kenali.Aku perlukan mereka semua dalam menghadapi segala halangan di hadapanku.Aku perlukan mereka dalam meniti usia remajaku.
Terkadang,ingin saja aku terusan menangis,tanpa henti.Namun terkadang,saat aku sedar,tangisan tak mampu menyelesaikan apa-apa pun.Hatiku jadi kaku.Aku bangkit dan membina semangat sendiri.Tapi ia cuma seketika.
"Ya Allah,kuatkanlah hati aku.Jauhilah aku dari tipu daya duniawi.Lindungilah aku dari segala hasutan konon indah kehidupan sementara ini.Sedarkan aku bahawa Engkau sentiasa disisi.Sedarkan aku bahawa Engkau tak pernah pergi"
mood malam ni memang giles tahap gaban.Puas menyelongkar you tube,tak taw da nak tengok pe.Puas jugak menchatting dlm fb,jua xmampu nk hilangkan perasaan ntah ape-ape yang sedang aku rasakan ni.Oh My..What The Hell..Layan lagu jomm...
Ape kaitan lagu ni ngan perasaan aku malam ni??haha.ntah lol...
No comments:
Post a Comment