CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Monday, May 14, 2012

Cinta Pandang Pertama.

Aku percayakan cinta pandang pertama.

Kerana itu, cinta yang lahir dari hati sejak aku mula membuka mata dan melihat mama aku, tidak akan pernah padam. Aku percayakan cinta ini sepenuh hati aku. Aku tidak akan sesekali mengkhianati cinta yang tumbuh dalam jiwa aku dan yang telah mekar bersama aku hampir 21 tahun ini. Sesungguhnya, apa yang ada pada aku, adalah lukisan yang telah mama dan abah aku coretkan. Silapnya lakaran itu,adalah kerana kelalaian aku sendiri, kerana lukisan yang mereka ciptakan terlalu sempurna di mata aku..

Justeru, katakan apa sahaja. Meski aku ditawarkan dengan wang sejuta sebagai tukar ganti kepada cinta ini, aku tidak akan. Harga cinta ini tiada nilainya. Andai nyawa adalah tukar gantinya untuk aku mempertahankan kesetiaan cinta ini, aku akan berusaha sedaya upaya.


Aku percayakan cinta pandang pertama.

Kerana itu, aku akan terus setia. Aku berjanji akan mempertahankan segenap cinta ini dari pada cinta palsu yang nyata tak memberi makna. Mama, insan yang terlalu istimewa. Memberi aku semangat saat ku lemah, memegang erat tangan saat ku jatuh, menitiskan airmata saat ku berjaya, meniupkan kata-kata azimat saat aku hampir rabah. Kerana mama, aku masih lagi berdiri. Kerana mama aku masih berani menempuh segala perjalanan yang penuh duri ini. Kerana mama putus asa perlu aku jauhi.. Semuanya kerana mama. Cinta pandang pertamaku...

Aku percaya dan tersangat aku percaya,,
Aku sesungguhnya terlalui mempercayai Cinta Pandang Pertama..
Sayang mama.... Happy Mother's Day..
( a bit late,, tak sempat.^^.)

~Opss,,cari gmbar mama sorg xde. Cik Lappy da 'kembali ke rahmatullah',,
 adalah gambar mama nga nk ckp time nk snap..huhu2.
Anak menantu sedara sume join..
ahaaaa.. Pape jelah.. misz u mum...:)

No comments:

Post a Comment