CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, May 10, 2012

Terima Seadanya...

Nak share something bley?? Nak share gak.. Nak type gak... hehe

Macam mana kita nak harapkan orang lain terima kita, kawan dengan kita kalo kita sendiri pun tak cuba untuk menerima diri kita seadanya? Mulut kata 'yup', tapi aty tak macam tu kan.. Seolah-olah kita tak redha dengan pemberiaanNya pada kita. Kita harap untuk menjadi orang lain, sama seperti dia, atau dia atau mereka atau sesiapa saja, jadi bagaimana mereka dapat menerima kita.

Dalam hati,pasti terselit satu rasa untuk jadi yang sempurna kan. Tak kisah lah sempurna untuk diri sendiri atau sempurna buat mereka, sehingga kita terlupa bahawa ketidaksempurnaan kita itu adalah satu kelebihan dan keunikan yang terlalu indah jika dibandingkan dengan segala apa yang ada. 

Keunikan adalah sesuatu yang terlalu berharga, kerana itu, kita dan mereka berbeza. Atas nama keindahan yang diciptakan hanya untuk kita itulah, tidak perlu dikesali akan apa adanya. Terima lah diri kita seadanya, hargailah apa yang ada pada kita kerana dengan itu, kita dapat membina penerimaan orang lain terhadap diri kita..^^

p/s: Aku pun selalu ase macam nie. Saja tulis,dalam mencari sedikit keikhlasan untuk menerima diri seadanya.:)

2 comments: