CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Monday, May 28, 2012

Pertemuan dan Perpisahan.

Perkenalan bermula dengan pelbagai cara. Melalui berdepan, telefon, facebook, and also blog. Pasti semua mengalaminya kan, berkenalan dengan seseorang dan menjadi kawan. Dari situ mula lahir perasaan menyayangi dan tidak ingin berpisah walau dengan apa cara pun. Rasa sayang yang tercipta mula menghias wajah yang selama ini muram, emosi yang dulunya tak tentu dan pemikiran yang dulunya hanya tertumpu pada satu perkara. 

Benar,,kita terlalu mengharap agar hubungan yang telah tercipta itu akan terus mekar, semekar bunga-bunga morning glory di pagi hari,Tapi sayang, kita terlupa satu perkara, telah di janjikan oleh Allah, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Perpisahan itu akan tetap berlaku. Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan bila dan dimana. Percayalah, sebanyak mana pun kita membina dan membaja rasa sayang itu tanpa memikirkan perpisahan, kesedihan yang bakal kita tanggung adalah lebih parah. Hati akan lebih terluka, jiwa akan lebih terseksa dan emosi akan lebih mudah untuk di perdaya. 

Itu aturan dunia, bunga yang segar akan layu, matahari yang bersinar terang di siang hari akan di lindungi bulan jua pada malamnya, pokok-pokok yang gagah berdiri akan tumbang pasti di suatu hari, apa lagi kita, manusia yang pasti akan meninggalkan dunia. Ya, itulah janji Allah SWT.. Terimalah perpisahan walaupun ia terlalu menyakitkan. Bersedialah untuk di tinggalkan atau meninggalkan. Usah terlalu obses pada sesuatu pertemuan dan memuja sesuatu perhubungan secara berlebihan.

Yakinlah, dalam pertemuan itu pasti akan ada perpisahan.. Namun,jadikanlah, bertemu dan berpisah kita kerana Allah Swt. InsyAllah bertemu lagi kita di tempat yang akan kekal selamanya.



p/s: pertemuan dengan korang (semualah) adalah kenangan manis dalam hidup aku, walaupun berpisah nanti, akan aku sematkan segala memori yang pernah kita lalui bersama sebagai kenangan yang terindah.. Korang juga yea..(^_^)

5 comments:

  1. Replies
    1. baca tu Adeq ape en faiz type...:) jgn cdey2 taw..

      Delete
    2. ye..tapi ..nida tak nak ada perpisahan antara kita .:(

      Delete
  2. "the end of one thing means a start of something new"
    kuatkan semangat untuk tempuhi hari2 yang bakal mendatang..
    u can do it!! (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. I can do it,, Even I cant, I will try my bestt..(^_^)

      Delete