CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Tuesday, May 6, 2014

Suara malam

Assalamualaikum..

Dalam sepi yang tak terucap satu rasa
Bagai Dia menagih janji yang aku lafazkan
Bagai Dia tak nak aku jatuh lagi
Dan ya.
Tak ingin aku terduduk sekali lagi
Berjalan di landasanNya
Aku mahu..
Hati oh hati
Duhai hati
Wahai hati
Istiqamahkan
Tolonglah istiqamahkan
Dah jauh kau tersasar
Dah jauh kau menyimpang
Jalan lurus terbentang luas
Kenapa mahu lagi kau masuk simpang kecik tak berlampu jalannya..

Dalam sepi yang tak terungkap sunyinya
Bagai Dia tarik aku bangun
Jangan pejam mata selagi kau tak tunaikan janjimu
Jangan bersenang selagi kau tak langsaikan hutangmu
Bangkit aku
Menyempurnakan apa yang aku minta dengan bantuan Dia
Allah.Allah.Allah
Engkau Ar Rahman
Engkau Ar Rahim
Semua tahu
Dan tanpa walau sedikit pun penafian
Engkau Maha Sempurna

Syukran syukran
Alhamdulillah..
Semoga aku biar ia jadi kebiasaan
Semoga aku tak tersungkur lagi
Semoga tak luka dan berdarah lagi
Engkau Ada
Engkau Ada
Tiada pernah keyakinanku hilang
Apalagi untuk berkata Kau memilih hamba
Kami sama
Sama selagi amalan kami Engkau redha dan terima..

Thursday, May 1, 2014

Dataran Putrajaya

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lalu,my dearest mother with my counsin's wife and her son datang KL. Untuk ambik my cousin daripada thailand yang tinggal kat rumah my brother sempena dia cuti sekolah. It just only for 4days 3 night. Kebetulan I got owing for my hk,so,dapatla join depa untuk 2hari 2 malam coz 29 da masuk keje malam. Tak dapat nak melepak ke mana mana because siang hari hujan lebat. Dengan airnya takde disebabkan catuan air. How hard it was..even xde la hard sangat sebenarnya..
Masa mula-mula balik ampang balik,ya Allah,sayu sangat rasa. Dah sunyi balik dah . Housemate lak keje tak sama syif.. Jadi lone ranger jap. Then,airmata keep running over. Balik keje pagi je lena dalam tangisan. Bangun bangun mata da bengkak. Nasib baik keje malam. Boleh jugak jadi excuse. Then bila habis keje malam ,hati lak ragu ragu nak balik rumah my bro kat subang. Dah la cuti 3 hari, tak pernah rasanya rasa berbagi hati nak balik. But at last balik subang gak. Taoi,rasa sunyi lain macam. Sebelum ni ada my cousin yang akan lepak lepak sekali. Mengemas sekali. Tengok tv sekali. Masak masak sekali. Pastu mesti ada yang ajak pegi kedai runcit semata mata nka beli roti gardenia. Then malam je mesti ajak pegi karaoke. Kononnya nak dengar kakak kakal sepupu ni nyanyi. Oh, I really miss that. Rasa nak balik kampung and ajak my mum balik thai. Menikmati hubungan dengan saudara mara kat sana.. huhhh.. crazy miss... Thailand,wait for me. I will come to you again...

Thursday, April 10, 2014

SUPERHERO

Abah,
Selalu aku terlupakanmu
Terlupakan untuk mendengar suaramu
Terlupakan untuk berkongsi masalah denganmu
Ma yang lebih aku cari bila hati dan jiwa aku kacau
Tapi Abah
Kau superhero dalam hidupku
Engkau sentiasa ada saat aku terkapai dalam masalah kewangan
Engkau sentiasa ada saat aku merengek inginkan sesuatu
Engkau sentiasa tak sanggup melihat susah anak2mu biar engkau sendiri dalam kesusahan
Engkau tak sanggup melihat sakit anak2mu biar engkau sendiri dalam kesusahan
Engkau tak sanggup melihat anak2mu menangis lapar biar engkau sendiri menahan kelaparan

Abah
Engkau superhero hati kami
Siapa pun di dunia ini takkan mampu menjadi engkau
Siapqpun didunia ini takkan sanggup menjadi seperti engkau
Siapapun yang mengaku sayangkan kami takkan terganti dengan kasih sayangmu

Abah
Memang tak pernah terucap oleh bibirmu sayang kepada kami
Tapi perlakuanmu cukup membuktikan
Pertama kali engkau lepaskan anakmu pergi mencari ilmu jauh
Engkau menangis
Sayangnya mu abah pada kami

Abah
Engkau superhero tak terungkap kami
Siapa dan seberjaya mana pun kami
Takkan terbalas jasamu pengorbananmu
Sayang kami pada mu takkan terucap jua abah
Tapi percayalah
Engkau segala galanya buat kami
Satu tak terganti..
Abah,superhero yang kekal selalu.

Monday, April 7, 2014

A.C.W

Bismillahirrahmanirrahim..

Demi Allah,kesunyian malam betul-betul mengingatkan aku pada Ct dan Wawa a.k.a C and W. Rindu aku pada kenangan kami. Rindu aku ingin berkongsi cerita. Rindu aku ingin meluahkan rasa. Rindu alu untuk melepak dan keluar bersama. Sungguh rasa ini memenuhi ruang dada. Gelisah dan resah. Aku mahu kami yang dulu. Namun mana mungkin. Masing-masing sedang sibuk membina masa depan.

Ingin saja ku alirkan airmata dari tubir tak bermaya. Biar berkurang rasa itu. Tapi tidak mungkin. Allah,semoga Engkau menyampaikan rindu tulusku buat mereka. Biar mereka rasa. Biar mereka terusik merinduiku. Panjangkan ikhuwah kami,ukhuwah suci yang terbina keranaMu. Jika masa tidak mengizinkan lagi pertemuan kami,semoga Engkau menitipkan segala rasa yang aku ada buat mereka.

Tenanglah sahabat.
Rasakan angin rinduku
Rasakan tulus rindu ku dari hatomu
Bertemu kita kerana Dia
Berpisah jua kita keranaNya.
Semoga Dia redha..

Sunday, March 2, 2014

Suara tatihan janji

Assalamualaikum..
Bertatih masih aku dalam mencari redhaNya.. Mencuba masih aku untuk menguatkan diri dalam menunaikan janjiku padaNya.. Konon aku terkapai dalam ketidaktahuan,walhal aku yang menutup mata. Berpura-pura minda kosong,sedang aku tahu apa yang perlu.Sedang aku tahu,janji aku sematkan akan Dia tuntut.. Tapi masih lagi aku terbuai dalam asyiknya dunia ciptaan terindah,masih jua aku terbuai dalam nyanyian hidup yang pasti berpenghujung, jua masih aku terkapai kelemasan dalam janji duniawi lalu sampai teralpakan janji ku sendiri.
Allahurabbi,betapa tiada syukurnya aku padaMu. Betapa aku seringkali mengeluh dengan perancangan Mu. Sedangkan,Engkau tahu apa yang terbaik untuk kehidupanku. Memohon aku dariMu satu kekuatan. Kuatkan aku berjalan kearahMu.Tuntunlah aku mencari redhaMu. Suluhlah cahaya terang ke dalam hatiku. Supaya tak lagi aku lupa perjanjianku denganMu. Supaya tak lagi aku lupa qada dan qadarMu. Supaya aku sentiasa ingat,perancanganku tak seindah dan sesempurna perancanganMu. Berikan aku peluang menjadi yang lebih baik dari semalam. Berikan aku peluang menjadi apa yang seharusnya aku jadikan.

Tuesday, February 25, 2014

MENCARI CINTA

Assalamualaikum..
Allahuakbar. Cinta aku padaNya pun masih macam ombak. Sekejap naik sekejap turun. Mampu ke aku nak jaga cinta pada manusia,sedang cinta aku pada Pencipta pun aku tak mampu nak istiqamah. Sekejap tinggi terbang macam burung. Sekejap menjunam macam roket kertas. Mahu..Mana mungkin hati menolak terus cinta manusia yang menyempurnakan kekurangan,yang melengkapkan fittah seorang insan,yang memenuhi segala tanggungjawab pada Dia. Tapi dalam hati yang masih tak istiqamah,pasti cinta itu tak terjaga.
Menyelongkar kealpaan diri,jelas yang baik tentang hidup itu dari Allah. Yang jadi buruknya bila kita tak berjalan di atas landasan sebagai khalifah bumi. Yang jadi masalahnya bila kita terpelecok jatuh daru landasan yang dah sememangnya lurus. Allahuakbar,selurus-lurus jalan Allah swt pun kita tergelincir. Doakan lah agar di istiqamahkan hati tentang hidup. Di tetapkan pendirian tentang hidayah yg diterima. Berdoa dalam dalam sujud.pohon di kurniakan yang terbaik. Cinta manusia yang hilang,insyaAllah,jika telah tertulis di luh mahfuz nama kita di atas sehelai daun yang sama,akan tetap bersama jua kita. Terpisahlah walau seribu tahun..
#ingatwahaidiri

Saturday, February 22, 2014

DIA YANG TAK PERNAH TIADA

Assalamualaikum..

Meniti hari penuh liku.penuh dugaan.penuh cubaan.penuh cabaran.kadangkala membuat aku ingin menyerah kalah. Membiarkan sahaja masa menentukan semuanya. Tapi,Allah takkan memberi sesuatu tanpa usaha hambaNya. At least kita berusaha. Kadangkala,mengikut kata hati,ingin aku ke pesisir pantai,berlari dan menangis. Mengadu pada ombak tentang luka hati aku. Menulis pada pasir tentang lara jiwa aku. Meluahkan pada alam apa yang aku tak inginkan. Allahuakbar.. Dalam tak sedar. Aku terlupa. Untuk apa ke pantai jika sejadah itu dekat sahaja. Untuk apa berlari jika Allah hanya minta kita bersujud padaNya. Untuk apa mengadu pada alam yang tak mampu melakukan apa-apa. Sedang Allah swt lah yang selayak nya kuta mengadu segala kelukaan,kelaraan dan meminta apa yang kita inginkan.
Hidup ni mudah. Kita yang merumitkan. Hidup ni indah. Kita yang merosakkab. Allah swt mencipta penuh kesempurnaan dengan cintaNya. Sedangkan kita merancang dengan cita-cita yang entah kemana halanya.
Allahu.. untuk apa aku mengejar cinta manusia,jika cintaMu pun masih aku terkapai nak menghargai. Biarlah aku mencari cintaMu sebelum menemui imam yang selayaknya untuk aku. Semoga Engkau redha dengan kami..