CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Monday, May 23, 2011

DO I CARE?

   Such a wasting precious time if still like that..Same thing every day..Every night..Keep repeating..Saying the same,doing the same,talking the same and arguing the same..Huh..It will be more good if we doing,talking and being together with the things that can give us alot of benefit..Haish,,seems like the patience had been challenge after i keep quite for long time.
   If open our mouth and said bla bla bla,they wiil have a lot of reason to defent themself and we will be fault..So,it's better to shut up and say,,do i care...hahaha..Coz i really dont want to care..:-)

Saturday, May 21, 2011

DIA DAN AIR..

   Aku ada kawan..Alaa,,kawan yang suka bercerita kat aku tu.Ishh,,cite yang aku duk type lam ni lah..Yang before2 nie..Sebelum aku final OSCE,dia ada tanya aku,"boleh tak owang hadir dalam hidup dia and buat dia hepy?Dan boleh tak owang jadi air dalam dia.?"..Emmk..sebenarnya aku tak paham,and aku cakaplah.."Boleh je,,tapiiiii............kenapa mesti air??" And,dia tak nak bagitahu.Dia just cakap,dia akan bagitahu lepas aku abes exam..And,,bila lepas abes exam,,dia pun bagitahu..Nak tahu apa jawapan dia???
   "Taw tak sebab apa air??Sebab air tu baik.Sentiasa memberi dan tak pernah minta apa-apa sebagai balasan.Owang nak jadi macam tu lah.Memberi tanpa harap dia balas apa-apa.Air dapat buatkan pokok yang layu.kembali berbunga mekar.Membuatkan sang pengembara yang kehausan kembali bersemangat.Owang nak jadi air,di saat dia kehausan,saat dia tak tahu untuk melangkah,owang nak teman dia,sementara dia peroleh semngat baru.Dari gunung air datang,kemudian ke pantai.Sepanjang laluan tu,tak pernah sape pun tanya ke mana air nak pergi,tapi air sentiasa mbantu..Owang nak jadi sifat air buat dia..Jadi ketenangan dia.Walaupun owang tak mampu bagi dia cahaya macam matahari,tapi owang leh memantulkan cahaya buat dia.Owang nak ada setiap kali dia sedih,ada masalah,sebab owang taknak airmata mengalir dari mata dia tapi owang yang mengalir menjadi air,lalu buat dia menguntum senyum.Air tu anugerah,jadi owang pun nak jadi anugerah buat dia.Owang nak dia hepy,sentiasa ada time dia susah..Dan tu lah maksud air bagi owang..."
Damai je kan..:-)




   Tu lah jawapan dia..Thank fwenz..Kamu memang kawan yang hbat..Always make me smile...Hehe..Kawan aku ni pemuitis cket..Suka wat ayat sastera..Nama je duk kls science dulu..Bila aku tanya,,katanya dah ada dalam jiwa..huhu..Pape pon,,great dear...Aku pon nak jadi air buat family and kengkawan aku..:-)

Friday, May 20, 2011

ERTI SAHABAT!!

   Emk,,kawan aku penah tanya aku,,nak dengar cita x?So,bila aku cakap nak,dia suruh aku pilih tajuk.And i just say,aku nak cerita tentang friendship..And,dia bagitahu aku cerita ni...:
          "Berilah aku masa,supaya aku menghargai dia,
            Berilah aku waktu,agar aku dapat kenang dia,
            dan Berilah aku peluang,untuk aku mengulanginya...."
   'Di tepian pantai,aku duduk terpaku,melihat kaki air dan anak ketam bermain,dari kejauhan itu,hati ini penuh dengan kerinduan..Ku merenung jauh kekaki langit,mengenang seseorang.Andai dapat ku ulang waktu itu dan andainya aku lebih menghargainya..Airmata ku tiba-tiba mengalir..Ku merenung lagi,kali ini lagi jauh.Merenung ke arah horizontal,kaki langit seolah melambai pada ku,ombak pula seakan mengerti perasaan ini.Iya,akan ku ceritakan buat alam.Biar ia menjadi pengajaran dan renungan buat insan yang bersahabat,,agar tidak menjadi seperti aku.
   Aku mengenali dia,mungkin jua takdir yang menemukan kami.Saat aku mendaki bukit,tiba-tiba kaki ku terseliuh,aku tak mampu berjalan,hari pula tika itu semakin gelap.Aku jadi takut,namu Allah swt datangkan aku seorang penyelamat,yang menjadi sahabat aku kemudiaannya.Masih aku ingat,bagaimana dia memapah aku menuruni bukit itu.Walaupun dia tidak segagah mana,namaun di gagahkan jua dirinya untuk memapah aku.Aku jadi terharu di saat itu.Sudah tidak mengenalinya,lalu itu bantuan yang dihulurkannya.Selepas peristiwa itu,aku menjadi sahabatnya.Dia menjadi temanku yang paling baik.
   Hampir dua tahu kami berkawan,dan dia banyak mengajar aku tentang hidup.Keputusan yang dia buat selalunya tepat,dan kadang-kadang ak mina nasihat darinya.Dan kadang-kadang dia juga meminta nasihat dari aku.Walaupun aku tahu,dia mampu membuat keputusan itu sendiri.Tapi aku tetap suka berkawan dengan nya.Kami berkongsi suka-duka,dan dia banyak membantu.
   Namun petah melayu ada menyatakan,"ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari"...Peristiwa itu berlaku di atas kesilapan ku jua.Aku mengenali seorang lelaki,lalu hubungan aku dan kawanku menjadi renggang.Banyak masa aku habiskan bersama lelaki itu.Ku ketepikan kawanku.Bila kawan ku meminta tolong,aku selalu berdalih,kerana ku ingin keluar bersama lelaki itu.Namun,kawanku tak pernah mengeluh,apalagi marah.Dia sentiasa tersenyum.Namu,pada suatu petang,selepas aku bali dari keluar dengan lelaki itu,kawanku datang dan menceritakan sesuatu yang aku tidak dapat terima.Katanya,lelaki itu mempunyai perempuan lain.Aku memarahinya dan mengatakan dia kawan tak guna.Masih terbayang di ruang ingatanku,bagaimana aku memakinya,dengan kata-kata pedas tanpa usul periksa.
   Selepas itu,hubungan kami aku putuska.Ya,,hanya kerana seorang lelaki aku menninggalkan seorang sahabat sejati.Sehinggalah suatu petang yang mendung,selepas pulang dari berjogging,sedang aku melintas jalan,aku terpaku.Aku melihat lelaki yang aku sayang itu bersama perempuan lain.Kelihatan sungguh mesra.Aku terdiam,kaku di tengah jalan,aku mendengar bunyi hon.Aku menoleh,kelihatan sebuah lori.Namun aku tak tergerak,kaki aku seolah terpaku disitu,tapi,tiba-tiba tubuh ku di tolak oleh seseorang.Ya,seseorang telah menyelamatkan ku.Namun malangnya,orang itu tidak bernasib baik,lori itu melanggarnya.Darah terpercik ke mukaku.Lori itu terus mengheret orang itu hampir 50m jauh nya.Aku cepat berlari ke arah lori itu.Aku melihat orang yang menyelamatkanku.Kawan baik ku dulu.Kawan yang telah aku maki dulu hanya kerana seorang lelaki.Darah memenuhi badan dan mukanya.Aku meriba dia sambil tersedu sedan..Sebelum dia meninggalkanku,dia menyatakan,"aku sangat suka berkawan denganmu,dan sampai mati,aku tetap ingin menjadi sahabatmu".
   Dipangkuan ku,dia menghembuskan nafas yang terakhir.Baru hari itu aku tahu kebenarannya.Namu masa tidak mampu ku ulang.Dia kawan terbaikku.Aku menyesal.Namun sesal hanya tinggal sesalan.Lelaki yang dulu aku sayangi,kini sudah pergi jauh dari hidup aku bersama wanita lain.Sahabat yang pernah aku buang dulu pula telah pergi menemui Allah swt,mengorbankan nyawanya untukku.Kini baru aku sedar erti sahabat.
   Sudah 3 tahun peristiwa itu berlalu,namun mimpiku sering dihantui peristiwa itu..Bunyi hon,lori,bau darah,tak pernah lekang dari ingatanku...Sahabat,andai kau mendengar kali ini,aku ingin katakan padamu,,Aku terlalu menyayangimu...Moga arwah di tempatkan bersama golongan yang beriman...'

Habis sudah..Walaupun cerita ni agak familiar buat aku dan mungkin juga kalin,tapi layan je lah ye.Oh ya,aku da ubah kata-kata sikit,nak bagi jadi ayat..And watak utama yang kawan aku cerita kat aku tu ada lah lelaki,BUt di sebabkan aku pompuan,so,aku jadikan watak tu pompuan.Wat kawan aku tu,,jangan marah ye..Saya pinjam..Sharing is caring kan..hehe
AKU SAYANG SANGAT KAWAN AKU!
  p/s: moral value; hargai kawan anda sebelum anda kehilangannya.Jangan suka menuduh tanpa usul periksa...:-)

BILA SAJA AKU RINDU..

   When i miss my family,i'll feel so sad.I can do nothing.I just can keep quiet and thinking alone.And,one night,i'm really miss my family damn much.And i message my friend,told that i badly miss my family and i feel like want to fly to my hometown.Dan dia,bagitahu aku sesuatu..Nak tahu tak apa dia???
   "Pejam mata.Kemudian,tarik nafas perlahan-lahan..Then bisik lah kat angin,,wahai angin,sampaikan pesanan rindu aku pada family aku..Nanti angin tu akan sampaikan pada awan,awan pula berarak mengikut arah angin ke rumah awak.Kemudian,dengan air hujan,pesanan rindu awak akan sampai.Bukan saja kat rumah awak,tapi buat tunas pokok yang tak pernah kenal awak akan rasainya,bercambah dan tunggu awak time cuti.Bagi pokok pula,pesanan rindu dia akan buatkan pokok berbunga..Mekar dan indah..And terakhir untuk family awak.Hujan tu akan buatkan diorang ingat pada awak...So,sampaikan je pesanan buat angin,,nanti angin akan sampaikan pesanan awak..:-)senyummm!!!!!"
   Walaupun ia cuma rekaan,tapi bila di fikirkan balik ada logik nya juga..So,if korang rindu kat family korang,atau rindu kat sape-sape je lah,korang boleh samapikan pesanan tu kat angin..Angin pasti tak akan mensia-siakan pesanan korang..Thats make me feel better....

Thursday, May 19, 2011

HaRga sEbuAh aiR maTa

   Ops...hehe..actually,,aku ada hobi baru..Hobi baru itu adalah........tuttttttttttt..mendengar cerita..Boleh tak kalo aku nak type cite-cite tu n simpan kat dalam nie.Cite ni kawan aku yang bagitau,,and aku suka sangat cite ni..By the way,aku ada tokok tambah sikit pada cerita ni,,juz wanna sharing..:-).Tajuk dia adalah 'Harga Ssebuah Airmata'..
   Ada seorang perempuan,dia baru lepas break up dengan balak dia.Sudah 3tahun mereka bercinta,berkongsi kenangan manis dan pahit,berkongsi cerita suka dan duka.Mereka bahagia dan kelihatan terlalu bahagia.Sampailah satu masa,balak dia tu memutuskan perhubungan kerana balak dia telah menyintai oorang lain,dan orang itu adalah kawan baik dia sendiri,orang yang paling dia percaya.Balak dia berkata,"mngkin kita tiada jodoh,dan dari dulu,sya hanya kesiankan awak,sebab itu lah saya menerima awak menjadi kekasih saya."
   Perempuan berasa sedih sangat dan terlalu sedih.Dia tak makan,tak nak minum,tak banyak cakap.Riang ria dan kebahagian dia dulu,tiba-tiba bertukar menjadi kesedihan.Dia tidak pernah melupakan balaknya.Bila saja dia melihat apa-apa yang berkaitan balaknya,dia pasti menangiss dan terus menangis Hampir 2 minggu lamanya..Mata dia menjadi bengkak,kesihatan dia teruk sangat.Dia kelihatan tidak terurus dan jelas mempamerkan kekecewaan yang amat sangat.
   Dia terlalu menyayangi balak nya,sehingga dia terasa ingin membunuh diri..Bila bangun dari tidur,dia berharap balak dia akan datang kepada dia,tapi tak..Dia tunggu sampai senja,mengharap balak dia akan call dia,juga tak..Bila ,malam dia tunggu lagi sampai mata dia terlelap,menanti mesej dari balak dia,namun,juga tak ada.

   Sesungguhnya,penantian amat menyakitkan.Dan lagi menyakitkan kalau menanti sesuatu yang sudah pasti tak aka terjadi.Sebulan dia menunggu,setahun dia menanti,tetapi apa yang di nanti dan di tunggu olehnya hanyalah suatu seumpama mimpi.Kemudia genap 2 tahun,dia merasa terlalu terseksa dan dia terfikir ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan membunuh diri..Kemudian,kerana mengikut nafsu,dia naik ke atas bangunan flat yang dia tinggal untuk membunuh diri.Dia ingin terjun ke bawah kerana dia ingin menamatkan penderitaannya.Dia tidak inginkan perasaan kecewa itu terus bertapak dalam hatinya.
   Tanpa dia sedari,dia sebenarnya di perhatikan oleh seorang lelaki.Namun akhirnya,dia ternampak juga.Dia memberi amaran kepada lelaki itu supaya jangan menghalang nya.Namun lelaki itu hanya berkata,"saya tidak akan menghalang awak dari terjun dan menamatkan riwayat awak dengan cara ini.Tapi sebelum itu,boleh tak awak menceritakan kepada saya kenapa awak ingin membunuh diri".Lalu dia menceritakan kisah hidupnya kepada lelaki itu,bagaimana dia ditinggalkan oleh lelaki yang teramat dia sayang.Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya ditemani oleh titisan airmata dan sedu sedan turut mengiringi airmata itu.Dan lelaki itu hanya mendengar.Seusai dia menceritakan kisah hidupnya,lelaki itu akhirnya bersuara,"Boleh tak jika saya mahu menceritakan sesuatu kepada awak?"..Dia mengangguk..
   Dan lelaki itu memulakan ceritanya,,"saya rasa kisah hidup awak sangat sedih.Tapi izinkan saya berkongsi sesuatu dengan awak.Dulu,saya pernah mencintai seorang perempuan,dia juga.Kami gembira bersama-sama.Kami merangcang untuk berkahwin.Segala persiapan telah dibuat,dengan begitu sempurna.Pada hari akad nikah,Allah swt lebih menyayangi nya.Dia meninggal kerana accident semasa dalam perjalanan ke masjid.Di depan mata saya,saya melihat tubuh kecil dia di langgar oleh lori,dan saya hanya mampu melihat.Saya lihat baju putih bertukar menjadi merah.Selepas peristiwa itu,ibu saya sakit lalu meninggal dunia,dan saya di buang kerja.Hari saya hanya di temani airmata.Dan saya sama seperti awak,terfikir untuk bunuh diri,tapi kehadiran seorang lelaki tua membuatkan saya membatalkan hasrat saya.Awak nak dengar tak apa pak cik tu cakap?"..Dia hanya mengangguk tanpa suara.
   Lelaki tu meneruskan cerita,:Pak cik tu cakap,wahai anak muda!!Kenapa kamu ingin memisahkan nyawa dari badan mu?Sedangkan hidup ini adalah satu anugerah.Anugerah yang diberikan oleh Pencipta kepada kita sebagai manusia.Kamu tahu tak kenapa kamu menangis??Kerana airmata itu membuatkan kamu kuat.Bagaimana kamu boleh menjadi ku?Bila mana kamu menangis,airmata menitis,namun kamu dapat sapu airmata tersebut.Dengan kesakitan yang amat sangat,kamu bangun,bangkit berdiri,dan di saat itu kamu masih perlu membuat pilihan samada ingin memeruskan hidup atau mengalah.Anak muda!!Adakah kamu tahu apa yang paling berharga dalam dunia ini?Ia adalah airmata.Airmata yang kamu bazirkan hanya untukk sesuatu yang pasti tak akan kamu dapat lagi.Kerana ianya hanya keluar saat kita lemah dan perluka semangat baru.Saat kita tak berani melangkah..Dan airmata yang mengalir itu,memberi kamu harapan baru.Tapi,kita hanya melihat ia sebagai titisan airmata,tanpa melihat bagaimana ia berusaha membantu kamu,dengan keluar dari celah bulu mata,mengalir kepipi,lalu tumpah ketanah.Dan,seka lah airmata itu,jangan biarkan ia jatuh ketanah.Kuatkanlah diri kamu,jadilah seprang yang hebat.Manusia itu di uji dengan tahap keimanannya,dan air mata itu adalah pengukur tahap keimanan kamu.Kamu telah terlalu lama terpaku dan melihat pintu yang tertutup tanpa berani melangkah untuk membuka pintu lain yang menanti untuk di buka."

   Selepas mendengar cerita lelaki itu,dia terpaku,terdiam dan hanya mampu membisu.Dia bangun dengan semangat yang baru.Dia tidak akan mempersiakan hidupnya dan dia akan cuba membantu mereka yang dalam kesusahan dan membuka minda umum.Akhirnya,dia menjadi seorang pakar motivasi terhebat di negaranya.Dan dia berkahwin dengan lelaki yang telah memberikan semangat hidup kepadanya.

So,kesimpulannya,dont waste our tears pada sesuatu yang tak sepatutnya di tangisi lama.Hargai hidup,dan bangkitlah selepas jatuh.Setiap masalah ada jalan penyelesaian,cuma masa sahaja yang berbeza..:-)

Saturday, May 14, 2011

LIFE IS LIKE DRIVING A CAR !!!!




Life is like driving a car???Aiks,,macam mana tu..Mula-mula aku pun tak faham..Ada ke di sama kan hidup ni macam bawak kereta…Pelik-pelik..Tapi cuba korang fikir and hayati or renungi,,,Then u will get the answer..Hehehe..Aku nak type pasal pendapat aku tentang tajuk ni boleh??Tak boleh….arghhhh(marah),,Suka ati aku lah blog aku…Ade sape kesah????huhuuhu…
            Life is like driving a car..Seriusly,,1st time aku dengar ayat ni,aku rasa tertarik sangat..Menarik and give a thousand of meaning…Bagi aku,,kita macam kereta,pengalaman adalah jalan yang kita lalui semasa memandu…Side mirror and cermin pandang belakang ibarat kenangan lalu,gear adalah tindakan kita,samada nak terus pecut ke depan atau reverse ke belakang.And signboard lak macam impian dan cita-cita kita..
SITUATION A:
Kereta tu bergerak dan meluncur laju ke depan.Satu demi satu jalan yang dilaluinya.Jalan kampong yang sempit atau jalan highway yang luas giler..Kalo jalan kampong yang agak sempit,kadang-kadang kereta tu boleh calar,samada sikit atau banyak,tapi kalo kat highway pun,bila laju sangat boleh kena speedtrack…(Hehehe)Then,,kereta tu terus meredah jalan-jalan kat depan..Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu,sebabnya,pemandu tak tengok depan..Selepas da settle dengan orang yang di langgar,dia pon terus meluncur..Kali ni,kereta tu pulak yang di langgar,sebab dia lupa nak tengok cermin pandang belakang and side mirror and lupa nak bagi signal masa nak masuk lorong..Urmm,,Nasib baik sikit je.Pemandu masih meneruskan pemanduan..Tapi kali ni terdengar bunyi dentuman,,,”dummm”…Bumper kereta tu kena langgar lagi..Salah sape,,,pemandu tu lah..Dia lupa lagi nak bagi signal and tengok cermin sisi dan pandang belakang.Alahai tak serik betul…Naib baik dia tak ape-ape.Lepas baiki kerosakan kereta,,dia terus menuju ke destinasi berdasarkan signboard yang ada kat tepi-tepi jalan tu…Kali ni,dia lebih berhati-hati dan mula belajar tengok cermin sisi dan pandang belakang bila perlu..Dia pun da pandai bagi signal dah…J
So,,ape yang korang paham melalui situasi kat atas ye….???????????Yang aku paham….

.tekan bawah ye..
.lagi lah
.
.
.
.lagiiiiii
.
.cepat lah…
.
.
.penat da tunggu..
.
.
.Eh men-men ye..
.ok
.tekan lagi sikit
.
.hahaha
.jom
.
.
SITUATION B:
Ada sorang hamba Allah swt ni,dia duduk kat satu planet yang bernama bumi..Negeri manaw2 pon tak kisah ye.Dalam hidup ni,kita akan melalu banyak peristiwa,samada manis atau pahit,gembira atau menyakitkan.Kadang-kadang yang menyakitkan tu,ada hikmah ye kan.And sometimes yang menggembirakan tu,,ada dukanya…Tiba-tiba,kita dapat masalah,tak lah teruk sangat sampai takde jalan penyelesaian kan.Boleh setel punye..Sebab masalah tu berpunca dari kita jugakan.And tanpa di sangka,we get 2nd problem..How can??Becoz,kita tak berhenti and try to muhasabah ourself.Tak tengok balik,masalah lepas,tak cuba ambil pengajaran dari masalah lalu..Salah sape???So,,sometimes,kita kena jugak imbas masa lalu supaya ia ley jd pengajaran untuk masa depan..



Haish…tak mau da menaip,,nanti macam2 keluar..Next time lak lah..Ni pun 
coz mata nix mo tido..Sesak btoi lah….huhuhu…Jom nyanyi……whats hurt thr most,was being so close…lalalalala


TEKANAN=STRESS

            Tekanan dan stress…same thing actually..They make us restless,tak tentu arah,jiwa kacau and banyak jenis penyakit yang konfem-konfemnye buat kita rasa tak selesa sangat..Tak lalu makan and tak lena tidur.Thats for some people lah,,some people terbalik lak jadinya…Lets talk about tekanan=stress dalam kontek yang berlawan..Tajuknye tetap sama ye..
            As example,kita ambik contoh exam..Yeah,,,sume yang bergelar student kena hadapi ni kan,.And ni yang paling mentensionkan.Tanya lah sape-sape pon,budak skolah ke,budak pre-u ke,budak sijil ke,budak dip ke,budak ijazah either budak master and phd pon akan stress..Y??WHY???Kenapa agaknya ye..Ye lah,preparation takde or tak cukup adalah factor utama.Alaa,,yang da prepare pon akan rasa x ready gak,,maybe isebabkan TAKUT..yEp,,takut..Ish,aku bukan nak cakap pasal what stress are or apa factor yang mendorong stress coz aku taw tajuk ni memang popular giler and semua orang taw…Jom ke point utama…
            Bagi some people,bila depa stress nak exam,,depa bukan boleh study.Kacau..kalo tanya depa,konfem-konfem depa cakap,baca awai mana masuk..hUhuhu..Lagu tu noo…Jadi,disebabkan stress,and becoz of depa taknak pK pasai paper tu,or lebih elok lagi as a divertional therapy,depa tidoq and makan.Yes,,sleep and eat..Believe me,,ia adalah terapi yang paling berkesan untuk hilangkan stress coz I did it too..(alamakkk,,kantoi,,,,,)Malam exam baru study,,kalo Tanya awat baru study?Jawab depa,,time macam ni baru ilmu tu nak masuk..Lekat skit..Amboi,,pelik-pelik je jawapan depa.So,,bila ampa stress,konfem senang tido and cepat lapaq kan..??keja asyik nak makan jaaa….
waa!!!sok exam..xstdy pe ag nie...ahhhh

~lapo3..asal serabut je lapo~hehe

            Tapi,,yang jadi masalah,,bila exam abeh ja,,rasa restless gak.Awat jadi lagu tu..The reasons was,,Ampa tak stress,xde mende nak pikiaq,otak ampa kosong,jadi bila takde tekanan untuk otak,,ampa tak taw nak buat apa..Serius,,abey exam,,cuba pejam mata,bergolek ataih katil p mai p mai tak lena jugak….Eh,,tekanan jugak tu..Tapi tekanan ni memang tak ley bantu untuk tidoq…(Aku tengah mengalaminya…waaaaaaa)
tido3...mata xmo tdoq..sob3

            Aduh,,jadi,,sebenarnya,,kadang-kadang stress itu elok untuk kesihatan..Bagi pendapat aku yang memang suka mengarut nil ah..Hehehe……For me…..STRESS+EXAM=TIDO MEMANJANG..
And I like the formula….yeahh….:-)

Sunday, May 1, 2011

Bunga Yang Cantik Jarang Harum.



Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!