CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Tuesday, January 5, 2016

SINGLE ?

Assalamualaikum wbt

Aku tertarik dengan satu artikel yang mengatakan 
'sendiri lebih baik daripada berpasangan tetapi sendirian'.

Jujur, sendiri itu memang lebih baik. 
Siapa yang tak ingin berpasangan, tapi rasanya jika ingin berpasangan,lebih baik kiranya orang itu menjadi yang terakhir.
Yang mampu menjadi peneman sampai mati, yang akan membimbing sampai ke Syurga Dia nanti.
Siapa yang tidak terasa bila usia makin bertambah dan di provok dengan soalan-soalan bila mahu berdua.
Siapa yang akan berasa tenang bila kengkawan seusia mula berbahagia.
Tapi, jodoh itu milik Allah swt. Milik Dia.
Ada yang di percepat jodohnya, tapi ada yang terpaksa menunggu lama.
Allah swt tahu apa yang lebih baik untuk kita.

Mungkin bila jodoh lambat sikit,
Dia nak bagi kita peluang berbakti pada keluarga.
Dia nak bagi kita mendekatkan diri lebih kepadaNya.
Dia nak kita merasai indahNya aturan Dia.

Dan bagi aku,
sendirian itu memberi aku masa yang banyak dan jalan yang lebih luas untuk aku membina diri.

Yang single, jangan sedih-sedih,
kita geng . . . eh tetiba. ok bai.

Monday, January 4, 2016

TAHUN BARU

Bismillahirrahmanirrahim . . . 

Alhamdulillah, Demi nama DIA yang Maha Segala. .

2016. .
Dan aku masih di beri peluang untuk menghirup segar nyaman udara ciptaan-Nya, 
masih mampu melihat betapa indahnya dunia.
Masih di beri peluang kedua untuk berlari-lari kejalan-Nya.

2015. .
Tinggalkan aku dengan begitu cepat sekali,
dengan banyaknya cerita-cerita suka duka
dengan banyaknya pengajaran dan pengalaman
semoga ia mampu menjadikan aku lebih dewasa dan bersyukur.

Impian, harapan, azam . .
Biarlah ia terus menjadi rahsia kita dengan Dia

Hari ini,
aku masih lagi seorang hamba yang ingin terusan mencari redha-Nya
aku masih lagi seorang anak yang ingin terus berbakti kepada keluarga
aku masih lagi seorang perempuan yang ingin mencari syurga cinta Dia
aku masih lagi seorang sahabat yang ingin pergi ke syurga Allah bersama mereka
dan,aku masih lagi seorang jururawat yang ingin memberikan yang terbaik kepada pesakitnya.

Banyak,
terlalu banyak yang ingin aku tulis
mungkin tentang sahabat
mungkin tentang tanggungjawab
atau mungkin tentang kerjaya
ia membeban berat di kepala

dan akhirnya,
biarkanlah 
Cukup ia menjadi rahsia
antara aku dengan DIA.

Selamat tahun baru dan mohon bahagia-bahagia selalu. :)