CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, June 23, 2011

KENANGAN

   Hidup ni banyak persimpangan.Ada simpang di balik jalan yang lurus,ada simpang selepas jalan yang berliku.Di simpang itu,kita kena buat pilihan.Pilihan yang bakal menyakitkan hati kita atau tidak.Simpang kanan atau kiri,yang pasti penuh dengan sejuta misteri.Tapi di simpang itu,ada yang berhenti..Terpaku dan termenung..Berfikir jalan.Mahu mengambil salah satu simpang atau terus menanti di persimpangan.Menanti seseorang datang untuk menjemput,atau membuka hati untuk seseorang yang lain.
   Jika kita di beri akal untuk memilih.Kenapa tidak kita memilih?Kenapa perlu terus menanti?Tanpa meneruskan perjalanan di salah satu simpang di hadapan??Usah menanti sesuatu di sebalik kabus yang tebal.Andai terus menunggu kabus hilang,,adakah ia masih di situ?Yang pasti,ia bukan gunung yang statik..Fikirkanlah..Usah di harap akan tetap nya sebuah pendirian,kerana pendirian itu terlalu rapuh,serapuh hatinya manusia..Usah terus menunggu bumi berhenti berputar,kerana saat dia berhenti,nafas jua terhenti..Tiada lagi oksigen yang mampu di inhale.Tiada lagi carbon dioxide yang mampu de berikan kepada alam untuk proses fotosintesis..
   Berhenti lah untuk berharap.Kerana itu lah yang terbaik...Berputus asalah untuk menunggu,kerana itu adalah realiti hidup yang perlu di tempuh..:-)

Monday, June 20, 2011

tEars @ aiRmaTa??

Airmata oh airmata..
Hadirmu tika di perlukan,
Tak pernah meninggalkan saat kami kesedihan,
Seringkali hadir tatkala kami kegirangan,
Menemani bila kami mengakui kesalahan,
saat langkah palsu mengiringi jalan kami kepada Kekasih,
Bila kekaguman memenuhi ruang fikiran,
Bila ketakutan menghambat perjalanan kehidupan,
Dia tak pernah hilang...
   


   Betapa dia,si airmata yang setia..::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


~Bila aku sedih dek kegagalan dalam kehidupan,dek kebodohan dalam melakonkan watak yang di beri,dia peneman..Membuat aku merasa tenang.Membuat aku bangkit dari kekalahan..
~Bila aku gembira dek kemenangan dalam perjuangan,dek kemampuan yang di berikan,dia menyedarkan.Membawa pesan,jangan terlalu ghairah dengan nikmat yang diberikan...
~Bila aku melakukan kesalahan dek kerana terlampau mengikut nafsu dan fikiran.Dia datang mengiringi aku mengadu pada Kekasih,Membuat aku menyedari tentang harga sebuah pengalaman..
~Bila aku memandang kehebatan alam,,jiwa yang mula penuh dengan kekaguman.Dia hadir 'memimpin tangan'.Mengajar aku erti bersyukur dengan segala kurniaan.
~Bila ketakutan mengejar kehidupan,masih jua dia setia menemani,buat aku lebih berani...


:::::::::::::::::::::::::::::::::terima kasih wahai si air mata,,Walau bukan semua tahu akan kesetiaan engkau,tapi yang pasti,,kamu airmata,si sahabat yang setia...:-)::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sunday, June 19, 2011

BIARLAH AKHIRNYA KITA DAN DIA DI SYURGA

Seringkali manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.
Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.
Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.
Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.
Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.
Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.
Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.
Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.
Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.
Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.
Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)
Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.
Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.
Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.
Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.
Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.
Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.
Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.
Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.
Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.
Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.
Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.
Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.
Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.
Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.
Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.
Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.
Mempunyai peranan.
Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.
Banyak versi dan variasi.
Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.
Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.
Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.
Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.
Dia hamba, kita juga hamba.
Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

(petikan dari ILUVISLAM.COM)

Monday, June 6, 2011

Aku Dan KKSP..

   Hye3...Assalamualaikum wbt...Aku ni kan,,asyik mengarut je bila menaip..Ni,aku nak cita pasal KKSP boleh??Aku dan kksp..Eh jap2..taw ke kksp tu ape??KKSP stand for Kolej Kejururawatan Sungai Petani..Before ni aku dah penrnah cite kan tentang aku dan nursing??So,kali ni,ase nak bercerita tentang kksp lar pulak..Yelah,dah 2 tahun dah aku kat sini,tak pernah lak aku imbas kembali tentang KKSP ni kan..Jom travel kksp....Lets goooooo!!!!!!!!
   By the way,,kksp ni terletak dekat je dengan Hospital Sultan Abdul Halim atau hospital baru sp.Masuk gate sama,,sebelah dengan apartmen and kuarters staff...Mula-mula aku masuk kat kolej ni,,terkejut,terkedu and terpaku...Kenapa??Mak oii,,kecik giler..Hahahaha...Tapi xpe,,kelas selesa kot..:-)Then masuk hostel,,puas aty,,selesa coz 1 room only 2 pelatih jep..Masa 1st time aku masuk,,aku cari tangga tak jumpa..Nak tergelak pun ada...Ada cari tangga tak jumpa..Lawak giler beb..Masa ni,penyelia hostel ialah pn Tan....And pn Su..Eh2,jap,,lupe lol nak bagitahu,,Pengarah kami namanya Pn Wong Goot Kooi(btoi ntah aku eja nama dia)hehe
   Lets talk about peraturan hostel..Peraturan kat sini memang agak ketat sikitlah..Kami boleh keluar outing or ke mana-mana aje bermula dari pukul 0800 dan perlu pulang sebelum 1930 pada setiap hari kecuali pada hari jumaat iaitu sehingga jam 2130...So,,kalau kami terlewat masuk kami kena buat Explanation Letter (EL)..
Untuk SO lak,atau nama laen nya Sleeping Out,kami hanya di beri peluang sekali sahaja dalam sebulan..Tu pun kadang-kadang..Kalau nak exam SO memang dibekukan..:-(
   Macam rama-rama taw duk kat sini,,mula-mula memang h rasa tertekan,lama-lama,kita sendiri akan paham dan mula menyesuaikan diri,.So,akhirnya kami terbiasa dan tak kesah,malahan rasa hepy......heheheAku xde gambar kolej h nak share..Xpe lah...aku share gambar laen lah ye..Jom layan....;-)
sem 1 nye pic..hehehe

uniform lol.....


sem 2 nye posing..huhu

sem 3?????


sem 4 absolutely great..:-)

~mUka Buku~

   FB. . FB. .FB. .FB....stands or FaceBook or if we translate to malay,means muka buku...Ops...I guess,,so many people around world had it right..?Age was not the matter....:-)Even an old or children had it..Yeah,,the most famous things in the internet nowadays...Its really cool to have fb account but if we always in front of it,,it will be the most boring things.....huh....
   By the way,,aku rasa,aku nak cite pasal fb lah..Ape kata kalo aku nak bagi opinion aku sal fb nie..Aku nak type ttg kelebihan dann kekurangan fb...buley dop???Buley tak buley,aku tetap nak type..hehehe..
Alaaa....Ni aku punye opinion lar,,maybe orang len punye pendapat lain kan..The way people thinking are different right??
      KELEBIHAN FB???

  • Boleh hilangkan rasa boring absolutely...
  • Boleh dapat ramai kawan semestinya..
  • Boleh kongsi banyak perkara dengan kengkawan baru atau lama..
  • Boleh jumpa balik dengan kawan zaman dulu yg da lost contact(ni yg best)..
  • Boleh release tension dengan post kat wall..hahaha
  • Boleh cari awek atau balak...huhuhu
  • Boleh cari skandal..(Ley blanja mkn pon jadi lah..xde maruah tol)wakaka..~aku jaat cz tulis ni,,tp aku xbuat ye...hehe
  • Boleh isu masa lapang..(kan ke sme ngan ilangkan boring??haiyya..)
    KEBURUKAN FB???
  • Menggandakan rasa boring..hehehe(dah asyik ngadap je..)
  • Hilang kawan...(Da duk kutuk member kat komen)
  • Cerai berai??(haaaa,,wat skandal ramai-ramai lagi)
  • Dosa beb dosa.(gambar mcm2,,ngumpat ngata...ish3..)
  • Pijak maruah sendiri(terhegeh2)wuhuhu
  • Sakit aty coz of jeles lol....
  • Post macaam2..org laen lak xpuas aty...
Hehehe..cukup suda...Aku rasa banyak lagi..Tapi entah lah,,my mnd not really functioning right now...kekeke
Hmmkk...whats more about fb ye???Eeee,,aku xpuah aty r nge fb..xtaw nape,,seruz cam nak tutup je account,,tp sayang gak..aloha...I dont know and of coz u dont know...suda2 lar...aku da nak stat membebel dah...hehehe..Jom layan u tube..Lagu cinta muka buku...by najwa latif...:-)

Sunday, June 5, 2011

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan???

   Mustahilkah ia?Begitu susahkah??Untuk melakukan satu perubahan??Kenapa?mengapa?bagaimana?apa?Namun hakikatnya,ia bukanlah sesuau yang mustahil untuk dilakukan..
Namun bukankah perubahan itu ada dua jenis?Apa?Yup,,perubahan yang positif dan perubahan yang negatif.(nauzubillah)....
   Tiba-tiba,terdetik jauh di sudut hati ini..Mengapa begitu susah untuk melakukan perubahan yang positif,tp terlalu mudah untuk melakukan perubahan yang negatif??Apa mungkin diri kita lemah?Tewas pada godaan syaitan yang durjana??
   Menyendiri,,bersendiri..Renungi,,kenapa begitu mudah untuk kita berubah ke arah yang negatif??Kenapa begitu susah untuk kita berhijrah ke arah yang lebih positif..Sedangkan ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk di lakukan.Dan,,yang manakah lebih kita ingini??Positif atau sebaliknya...Pasti yang lebih baik bukan???
   Namun,tidak di nafikan,,terlalu banyak suara-suara sumbang kedengaran tatkala kita mahu berubah...Lihat saja contoh ini...|
"Eh,,tengok tu..dah pakai tudung dah minah tu..Bukan sebelum ni minah rempit ke??Aku rasa tak lama dah tu....."
"Eee...mamat tu,,berlagak alim lah tu..padahal dulu,,dia lah yang duk angkut anak dara orang kehulu kehilir"
   Astaghfirullahalazim....Bagaimana kita mahu berubah jika inilah persepsi orang kepada kita??Ye,,mungkin ia akan mempengaruhi etika dan tindakan kita selepas ini..Tapi,apa kita harus berhenti??Apa mereka sudah cukup baik untuk condemn orang lain..?
   Jika benar kita mahu berubah,,desas desus bukan lah masalah,suara sumbang bukanlah duri..Perubahan yang tulus ikhlas dari hati,insya Allah tak dapat digoyangkan oleh angin...Perubahan itu perlu dilatih perlahan-lahan.Mulakan dari hati sebelum perubahan fizikal...
   Marila bersama kita melakukan perubahan yang positif...Manusia selalu perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turunnya...:-)

Saturday, June 4, 2011

wHat'd hApPenEd..?

Huh..Ary blog aku tak ley bukak..sakit aty btol..Malam ni bawu ley bukak..So,,aku nak stories sikit h pasal what happened sepanjang aku tak bukak this blog ni kan..Lama kot,,so,of coz banyak benda yang da jadi..hemm2...ok,,ary2 terakhir dekat kolej kesihatan bukit selambau..memang menggila melebihi hah..hahaha...Tapi xla sampai kami ponteng keje...Juz,sambil menunggu driver kolej mai ambil,kami posing sakan kat depan kk tu hah...Dah lar ujan..Tp sib bek ujan rintik-rintik je..Kat bawah ad gambar..tengok jom.

ish..lambatnyeee....!!!

 
haha..dpn cermin pon ley tgkap gambar ye...


muka tensen tunggu van kolej..hehe
Then,abes posting kat komuniti,we got leave for 2 day...So,,ary jumaat,,kami tidoq je...Ary sabtu baru aku keluar dengan kak ziha untuk jumpa kawan kami yang cun melecun nih..Ciap tengok nur kasih g..ngantuk giler..hehehe...Aku bukan buley cte yg over touching ni....Ada gak lah amek gambo..hehe...Dinner plate share 3..Sharing is caring right..hehe
wif sis.....:-)
Then,,31/5/2011,kami adda farewell untuk senior swm 6,,iaitu batch 2/08..And aku,,masuk tarian..Nak tergelak gak,,tapi,,sib bek sume berjalan lancar..No problem at all..Means,,aku yang tak pernah-pernah masuk tarian ni,,buley lah menari walaupun tak berapa baik..hehehe...Gambo x upload masuk laptop lagi lol..sowy..hehe...
   Esok,,kami akan start our attachment iaitu praktikal kat umah orang-orang tua..Aku aand 3 orang lagi kawan aku dapat kat Pusat jagaan kalvari..So,,kami akan memulakan khidmat kami kepada orang-orang tua..:-)Semoga dalam masa seminggu ni,,kami dapat melakukan yang terbaik..ok..Pray for us ek..And,yang paling best sekali,,malam khamis nanti da naek bas nak balik kampung..seronok kan..
   oklah...penat dah menaip..Letih..Nak tidoq dah..Sebenarnya,aku banyak stories nak bagitahu,tapi,nanti-nanti lah ye....;-)Mesti aku share punya k...