CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Tuesday, April 30, 2013

TEMU KAN

Mengikhlaskan diri bukan lah sesuatu yang mudah. Mencuba tapi kadang-kadang kita tetap tak mampu, sebab sememangnya kita tak sempurna. Hati yang sentiasa berbolak-balik dalam membuat keputusan, keyakinan yang turun naik dalam meneruskan perjalanan akan sentiasa membawa kita kepada rasa tak ikhlas.

Bergerak,sebaris dengan minda, seharusnya kita perlu membawa kemahuan tu terus ke depan. Berjalan perlahan even tak mampu nak berlari,dan kita akan meninggalkan masa lalu itu. Jika perlu merangkak sekali pun,sepatutnya kita mencuba,asal jangan statik. Asal jangan terus termenung pada tempat yang sama.

Pandang lah ke depan, itu hala tuju yang perlu di fokuskan. Pandang lah kiri kanan, risau nanti terlebih laluan. Dan kadang-kadang, toleh lah ke belakang,, bukan untuk mengenang,, tapi untuk menjadikan itu sebagai pengajaran..

 Mencari keikhlasan perlukan usaha yang banyak. Meminta orang lain untuk ikhlas menerima sedangkan diri sendiri tidak mampu untuk mengikhlaskan diri melepaskan..


p/s: kala aty maC lemah,semoga suasana persekitaran mampu menguatkannya. Temukan keikhlasan,biar aku harus merangkak dengan sangat perlahan..

Monday, April 15, 2013

Lepaskan Apa Yang Bukan Milik Kita.

Bismillahirramanirrahim,,

Saat tangan menaip patah-patah perkataan ni,serius,jantung aku berdegup laju. Betul ke keputusan yang ingin aku buat. Melepaskan apa yang bukan milik aku. Satu impian yang dah lama tersimpan. Satu harapan yang tak pernah hilang,walau dalam kesabaran yang aku tahan,hanya airmata je jadi teman setia.

Otak aku seolah tak dapat mencerna apa yang aku mahu.. Melepaskan apa yang bukan milik aku itu perlu, tapi tabahkah hati ini?kuatkah perasaan ini? Berkata-kata tak semudah melakukan. Banyak mana semangat yang aku bagi pada bffs aku,,aku tetap tak mampu menempuhinya,bila ia datang kepada aku.

Bila ini keputusan yang aku ambil,,tetapkah pendirian ku? Atau mungkinkah aku akan terjatuh lagi? Jika aku terus menahan,pasti sakitnya lebih pedih kan.. Menahan sesuatu yang bertegas untuk pergi..Bukan kuasa ku untuk melakukan itu,...

"Pergilah,,jika itu yang awak mahu. Jangan pernah kembali. Bahagialah awak bersama kehidupan awak.Semoga tenang jiwa awak. Jangan pernah berpaling ke belakang.. Saya akan menerima hakikat, tak semua yang kita mahu kita akan dapat.."

Dan aku,akan terus melangkah. Membina hidup baru,mencari kebahagiaan yang baru. Dan akan aku cuba sedaya upaya untuk tidah menoleh ke belakang lagi..

Thanks to all supporters... Membuat aku mengambil keputusan ini..

MELEPASKAN SESUATU YANG KITA SAYANG MEMANG MENYAKITKAN
TAPI LAGI MENYAKITKAN BILA KITA MENGHALANG DAN DIA BERKERAS MAHU PERGI...