CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Friday, June 17, 2016

jika benar cinta itu ada !

Mencintai itu sukar
Tapi,
Jika benar cinta itu ada
Biar ia berkembang dalam diam
Diam yang sepi 
dan bercambah jadi bunga-bunga indah yang akan mengisi hati

Jika benar cinta itu ada
Biar ia mekar selamanya
Dalam malam sunyi
yang membisikkan cinta itu sempurna

Dan biar yang tinggal
hanya aku dan dia
mengecap indahnya jika benar cinta itu ada.

Tuesday, June 7, 2016

BERTAHANLAH

Kebaikan,
Entah tapi kadangkala aku rasa ia merugikan
Entah tapi kadangkala ia memakan kau dalam diam
Entah tapi kadangkala ia cuma bikin hidup kau makin berselirat

Tapi
Apa mahu kau dustakan janji Dia ?
Apa kau mahu menidakkan ketentuan Dia?
Apa mahu kau menolak tepi hebatnya perancangan Dia?

Sudahlah hati.
Allah lebih tahu apa yang kau perlu
Allah lebih tahu apa yag terbaik bagimu

Maka,
Bersabarlah
Bertahanlah

Teruslah menyebarkan kebaikan..