CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, April 10, 2014

SUPERHERO

Abah,
Selalu aku terlupakanmu
Terlupakan untuk mendengar suaramu
Terlupakan untuk berkongsi masalah denganmu
Ma yang lebih aku cari bila hati dan jiwa aku kacau
Tapi Abah
Kau superhero dalam hidupku
Engkau sentiasa ada saat aku terkapai dalam masalah kewangan
Engkau sentiasa ada saat aku merengek inginkan sesuatu
Engkau sentiasa tak sanggup melihat susah anak2mu biar engkau sendiri dalam kesusahan
Engkau tak sanggup melihat sakit anak2mu biar engkau sendiri dalam kesusahan
Engkau tak sanggup melihat anak2mu menangis lapar biar engkau sendiri menahan kelaparan

Abah
Engkau superhero hati kami
Siapa pun di dunia ini takkan mampu menjadi engkau
Siapqpun didunia ini takkan sanggup menjadi seperti engkau
Siapapun yang mengaku sayangkan kami takkan terganti dengan kasih sayangmu

Abah
Memang tak pernah terucap oleh bibirmu sayang kepada kami
Tapi perlakuanmu cukup membuktikan
Pertama kali engkau lepaskan anakmu pergi mencari ilmu jauh
Engkau menangis
Sayangnya mu abah pada kami

Abah
Engkau superhero tak terungkap kami
Siapa dan seberjaya mana pun kami
Takkan terbalas jasamu pengorbananmu
Sayang kami pada mu takkan terucap jua abah
Tapi percayalah
Engkau segala galanya buat kami
Satu tak terganti..
Abah,superhero yang kekal selalu.

Monday, April 7, 2014

A.C.W

Bismillahirrahmanirrahim..

Demi Allah,kesunyian malam betul-betul mengingatkan aku pada Ct dan Wawa a.k.a C and W. Rindu aku pada kenangan kami. Rindu aku ingin berkongsi cerita. Rindu aku ingin meluahkan rasa. Rindu alu untuk melepak dan keluar bersama. Sungguh rasa ini memenuhi ruang dada. Gelisah dan resah. Aku mahu kami yang dulu. Namun mana mungkin. Masing-masing sedang sibuk membina masa depan.

Ingin saja ku alirkan airmata dari tubir tak bermaya. Biar berkurang rasa itu. Tapi tidak mungkin. Allah,semoga Engkau menyampaikan rindu tulusku buat mereka. Biar mereka rasa. Biar mereka terusik merinduiku. Panjangkan ikhuwah kami,ukhuwah suci yang terbina keranaMu. Jika masa tidak mengizinkan lagi pertemuan kami,semoga Engkau menitipkan segala rasa yang aku ada buat mereka.

Tenanglah sahabat.
Rasakan angin rinduku
Rasakan tulus rindu ku dari hatomu
Bertemu kita kerana Dia
Berpisah jua kita keranaNya.
Semoga Dia redha..