CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Monday, May 28, 2012

Pertemuan dan Perpisahan.

Perkenalan bermula dengan pelbagai cara. Melalui berdepan, telefon, facebook, and also blog. Pasti semua mengalaminya kan, berkenalan dengan seseorang dan menjadi kawan. Dari situ mula lahir perasaan menyayangi dan tidak ingin berpisah walau dengan apa cara pun. Rasa sayang yang tercipta mula menghias wajah yang selama ini muram, emosi yang dulunya tak tentu dan pemikiran yang dulunya hanya tertumpu pada satu perkara. 

Benar,,kita terlalu mengharap agar hubungan yang telah tercipta itu akan terus mekar, semekar bunga-bunga morning glory di pagi hari,Tapi sayang, kita terlupa satu perkara, telah di janjikan oleh Allah, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Perpisahan itu akan tetap berlaku. Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan bila dan dimana. Percayalah, sebanyak mana pun kita membina dan membaja rasa sayang itu tanpa memikirkan perpisahan, kesedihan yang bakal kita tanggung adalah lebih parah. Hati akan lebih terluka, jiwa akan lebih terseksa dan emosi akan lebih mudah untuk di perdaya. 

Itu aturan dunia, bunga yang segar akan layu, matahari yang bersinar terang di siang hari akan di lindungi bulan jua pada malamnya, pokok-pokok yang gagah berdiri akan tumbang pasti di suatu hari, apa lagi kita, manusia yang pasti akan meninggalkan dunia. Ya, itulah janji Allah SWT.. Terimalah perpisahan walaupun ia terlalu menyakitkan. Bersedialah untuk di tinggalkan atau meninggalkan. Usah terlalu obses pada sesuatu pertemuan dan memuja sesuatu perhubungan secara berlebihan.

Yakinlah, dalam pertemuan itu pasti akan ada perpisahan.. Namun,jadikanlah, bertemu dan berpisah kita kerana Allah Swt. InsyAllah bertemu lagi kita di tempat yang akan kekal selamanya.



p/s: pertemuan dengan korang (semualah) adalah kenangan manis dalam hidup aku, walaupun berpisah nanti, akan aku sematkan segala memori yang pernah kita lalui bersama sebagai kenangan yang terindah.. Korang juga yea..(^_^)

Thursday, May 24, 2012

Mr Simple

Korea? Aku tak suka sangat pun layan lagu korea.. Tapi kan,,satu ary,aku terdengar satu lagu ni kat radio.. And suddenly fall in love with that song.. Terus je message my awex tanya ada tak lagu tu.. Ahaa,,mengejutkan dia je..Tak percaya aku mintak that song.. Best kot lagu nie.. Layan jom...:)


Mr. Simple!!

p/s : seruz lagu ni layan.. Tapi aku tak paham pun maksud dia..

Monday, May 21, 2012

Smile please.

Mood: Sedih yang teramat...:(

Susah nak menerima hakikat kan? Bila benda yang kita sayang tiba-tiba hilang. Sekelip mata, tak sempat nak bersedia. Sedih kan bila apa yang kita harapkan tak dapat? Pernah tak korang rasa? Opkos kan pernah. Mustahillah kalau tak pernah.

What regret me so much, aku tak study betul-betul kah? Atau memang di takdirkan pointer aku down? Tak,!!!banyak mana aku usaha,banyak tu je lah yang akan aku dapat. So,aku seharusnya bersyukur sebab still lulus even pointer tak melepasi target yang diharapkan.

Ada lagi yang menyedihkan aku,bila my 2nd phone ter'meninggal dunia' ..Dengan simcard sekali..Dah lar sim card tu di guna untuk pendaftaran exam dengan permohonan tempat posting. Kena lah pergi celcom centre nak dapatkan balik num tu...1st phone lak mmg da rosak skrin. Pegi baiki pon still same. Software problem kah?? 

Ok lah,, I dont wanna things anymore.. Aku yakin untuk terus tersenyum.. Err... InsyaAllah.. Pasti akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Allah takkan menguji seseorang jika dia tidak mampu untuk menghadapinya. Ujian tu kan tanda Dia sayang..

p/s: err,,!senyumlah ayu..thinks positif...^^

Saturday, May 19, 2012

Tegurlah Secara Berhikmah.

Agak sepi. Agak sunyi. 
Kita memohon sedikit pengertian dari mereka namun tak siapa sudi memberi. Riak muka menjadi saksi, betapa  perasaan tak puas hati itu memenuhi setiap pandangan yang mengiringi. Bukan soalan yang di ajukan malah bicara yang penuh tajam menjadi teguran. Terkadang,perasaan tidak adil bertandang, namun,di kuatkan semangat,di positifkan fikiran agar hati tak menyimpan dendam...

Setiap orang ada hak untuk menegur dan ada hak untuk menerima teguran asalkan ianya tak bercanggah dengan hukum Islam. Bukannya teguran yang hanya akan menambahkan perasaan sakit hati pada orang yang di tegur. Menegurlah dengan cara berhikmah. Islam ada caranya. Andaikata tidak mengetahui caranya, tidak salah rasanya jika melayari internet. En Google ada jawapannya.

1. Niat kena betul
Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

2. Baca doa
a. Doa Nabi Musa
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)
b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat kita.
Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.

c. Surah Taha (1-5)
Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

3. Belai dengan puji-pujian
Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Seorang jururawat pun sebelum nak cucuk jarum untuk ambik darah kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.

"Abdullah pandai masak, sedap apa yang Abdullah masak ni, tapi kalau Abdullah lebihkan minyak ketika menumis sambal ni,lagi sedap rasanya, tambah garing."
"Ummi tahu Umar memang pandai, kalau Umar tambah lagi baca buku dan ulang kaji, Umar akan dapat lagi baik selain periksa dapat nombor 1, Umar juga dapat tambah dan dalami ilmu."
4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)

Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contohnya , kalau hari ni isteri kita buat air tidak sedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.

5. Jangan tinggikan suara

Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul tolakkan dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita. Contoh macam, aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

6. Doa supaya dia berubah

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,

“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
 (Shahih Muslim no. 2733)

Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik. Tak kisahlah bagaimana kita ditegur, bersangka baiklah pada yang menegur dan terimalah dengan hati yang terbuka. Bila ada yang menegur, maknanya ada ruang untuk kita perbaiki diri. Hargailah ia. Sesungguhnya peringatan ini adalah buat diri saya sendiri. Semoga dapat menjadi orang yang sabar dan tidak menjadi fitnah kepada Islam.



(Sumber: http://luqmankhairi.blogspot.com/2010/04/tips-menegur-dengan-berhikmah.html )

p/s: Aku suka no 5. Janganlah tinggikan suara,rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Penerimaan Orang berbeza.....
  (tiba-tiba je terasa,kenapa tak tanya,tak tegur elok2. Kenapa guna konsep perli dan 'sound'. Saya salah,tegurlah saya dengan baik agar saya boleh berubah jadi lebih baik. Jangan lah perli sangat,walau pedas,saya paham,tapi orang lain??)

Thursday, May 17, 2012

Closing The Gap: From Evidence to Action

.. Mulakan dengan senyuman.. (^_^) ( Basmalah itu pasti kan..)..

12 May actually Nurse's Day. Tapi tak ramai yang tahu kan? Kami tak dapat cuti pun. Ahaa,ape lah,, kalau nurses semua cuti hari tu,agak-agak sape eh nak jaga patient..? Adeyh,, Tak ley-tak ley,misi xley cuti semua.Kena gilir-gilir..:)

Aaahh,, hari ni,kolej wat sambutan nurses day, State matron and ada some matron dari HSAH datang.Banyak gak persembahan menarik yang dipersembahkan by Student Nurses, nampak sangat enjoy..........:) Temanya adalah  "Closing The Gap: From Evidence to Action".. Tapi this is not what I want to tell about.

Let's get started,, Puan Pengarah dijemput naik ke atas stage untuk merasmikan majlis, but before that,beliau mengumunkan dengan senyuman,,'congratulations to all JP from group 2/2009 for being pass in final examination KKM.' Wow,thats great for us, Alhamdulillah, laluan untuk kami ke LJM dipermudahkan. Dia benar-benar membantu meringankan langkah kami.  And we're so happy for hear that news at the Nurse's Day event.

And suddenly,one of the tutors asked us to present one song. Its really surprised us. We have no time to get ready and we know nothing. 68 of us, stand up and go to the stage. We have no song to sing, but the ilham to sing came when we saw both of our 'mums' smile to us. And we select a song, 'Kau Ilhamku' by Man Bai. Our mums cry, and same to us. Thanks to all of our tutors for being patient to all of our behaviour since sem 1 until now,sem 6.

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...



p/s: thanks puan-puan.. My lovely family opkos..(^_^) Tahniah gak kawan-kawan sume ye...

Monday, May 14, 2012

Cinta Pandang Pertama.

Aku percayakan cinta pandang pertama.

Kerana itu, cinta yang lahir dari hati sejak aku mula membuka mata dan melihat mama aku, tidak akan pernah padam. Aku percayakan cinta ini sepenuh hati aku. Aku tidak akan sesekali mengkhianati cinta yang tumbuh dalam jiwa aku dan yang telah mekar bersama aku hampir 21 tahun ini. Sesungguhnya, apa yang ada pada aku, adalah lukisan yang telah mama dan abah aku coretkan. Silapnya lakaran itu,adalah kerana kelalaian aku sendiri, kerana lukisan yang mereka ciptakan terlalu sempurna di mata aku..

Justeru, katakan apa sahaja. Meski aku ditawarkan dengan wang sejuta sebagai tukar ganti kepada cinta ini, aku tidak akan. Harga cinta ini tiada nilainya. Andai nyawa adalah tukar gantinya untuk aku mempertahankan kesetiaan cinta ini, aku akan berusaha sedaya upaya.


Aku percayakan cinta pandang pertama.

Kerana itu, aku akan terus setia. Aku berjanji akan mempertahankan segenap cinta ini dari pada cinta palsu yang nyata tak memberi makna. Mama, insan yang terlalu istimewa. Memberi aku semangat saat ku lemah, memegang erat tangan saat ku jatuh, menitiskan airmata saat ku berjaya, meniupkan kata-kata azimat saat aku hampir rabah. Kerana mama, aku masih lagi berdiri. Kerana mama aku masih berani menempuh segala perjalanan yang penuh duri ini. Kerana mama putus asa perlu aku jauhi.. Semuanya kerana mama. Cinta pandang pertamaku...

Aku percaya dan tersangat aku percaya,,
Aku sesungguhnya terlalui mempercayai Cinta Pandang Pertama..
Sayang mama.... Happy Mother's Day..
( a bit late,, tak sempat.^^.)

~Opss,,cari gmbar mama sorg xde. Cik Lappy da 'kembali ke rahmatullah',,
 adalah gambar mama nga nk ckp time nk snap..huhu2.
Anak menantu sedara sume join..
ahaaaa.. Pape jelah.. misz u mum...:)

Thursday, May 10, 2012

Terima Seadanya...

Nak share something bley?? Nak share gak.. Nak type gak... hehe

Macam mana kita nak harapkan orang lain terima kita, kawan dengan kita kalo kita sendiri pun tak cuba untuk menerima diri kita seadanya? Mulut kata 'yup', tapi aty tak macam tu kan.. Seolah-olah kita tak redha dengan pemberiaanNya pada kita. Kita harap untuk menjadi orang lain, sama seperti dia, atau dia atau mereka atau sesiapa saja, jadi bagaimana mereka dapat menerima kita.

Dalam hati,pasti terselit satu rasa untuk jadi yang sempurna kan. Tak kisah lah sempurna untuk diri sendiri atau sempurna buat mereka, sehingga kita terlupa bahawa ketidaksempurnaan kita itu adalah satu kelebihan dan keunikan yang terlalu indah jika dibandingkan dengan segala apa yang ada. 

Keunikan adalah sesuatu yang terlalu berharga, kerana itu, kita dan mereka berbeza. Atas nama keindahan yang diciptakan hanya untuk kita itulah, tidak perlu dikesali akan apa adanya. Terima lah diri kita seadanya, hargailah apa yang ada pada kita kerana dengan itu, kita dapat membina penerimaan orang lain terhadap diri kita..^^

p/s: Aku pun selalu ase macam nie. Saja tulis,dalam mencari sedikit keikhlasan untuk menerima diri seadanya.:)

Tuesday, May 8, 2012

DONE

done.done.done

Alhamdulillah.
Setel sudah our final exam untuk Last Year and Last Sem.. I guess, all semak dalam otak aku about medical, surgical, obstetric, gynae, health science, community and emergency pun da semakin berkurangan.. So, habisnya paper Professional Practice hari ni, maka berakhirlah exam diploma kami..Berakhir?? Oh no !! selagi tak dapat result, selagi tu tak habis ok...!! Got it ayu.. Grrrr.....

OSCE hari tu pun, I guess berjalan lancar. So, same as theory, InsyaAllah kami dapat melepasi halangan ni.. Pray for us ye..:) So, thanks for my mum and my dad coz doakan aku dapat buat yang terbaik, my bro and my sis yang wish aku Good luck, my awex yang stand behind me masa aku giler stress coz banyak topic tak cover, my members yang banyak discuss depan aku and Mr Simple yang sentiasa bagi aku kata-kata semangat.. Tersangat lah aku hargai jasa korang.. Thanks alot all..

Right now, masa menunggu debaran result nanti,, get ready for induksi and get ready untuk EXAM Lembaga Jururawat Malaysia. Penentu hala tuju hidup kami sumer.. Hope, we can do better than today...Tak sabar nak dapat lencana Lembaga neh..^_^ ... Ameen...
Ni yang kami kejar right now..^^


By the way,, esok da start keje,, kat OT @ dewan bedah.. Agak tak suka tapi kena suka kan jugak.. Tugas... Hope berjalan lancar semuanya.


Tak nak fikir dah apa yang da jawab tadi.. Biarkan ia berlalu... sedih, tak puas aty or what so ever, tak nak ambik taw g. Tidor lagi penting sekarang.. Layannzzzz!!!!

Wednesday, May 2, 2012

EXAM AN EVE...


Besfren merangkap boyfren neh..:)


Tadi,, balik je kelas prep terus tertido.. Ops,, sebenarnya sengaja je tido.. Bangun-bangun,setel apa yang patut and terus lah kaki ni dengan penuh semangat melangkah ke bilik TV. Adeyh,, apesal tak de orang pun dalam bilik TV. Kalau tak mesti ada je sape-sape. Pas lepak ngan awex jap lam bilik TV, da bosan dah melayan TV yang tak de any rancangan menarik, kami pun decide untuk masuk bilik and sambung tido. 

Haishh,, tak termampu aku nak pejam mata lagi dah. Rasa maca dah overslept dah.
Then, aku pun mengatur langkah ke pantry, nak buat air kononnya nak study. Tapi seriously, sepanjang perjalanan aku ke pantry, hanya sunyi and sepi yang menemani. Macam pelik je. And, aku tak nampak sorang pun antara dak group aku yang ada, termasuk kaki TV yang lain (selain aku). Bilik pun nampak senyap je. Terlintas gak dalam pikiran aku neh, dorang nih tido ke? (Apa ingat dorang kaki tido cam aku ke? Ishh.. ) Study kot ye. . Tapi, macam member-member aku neh suka study lam bilik. Biasanya study lam bilik TV je. Tapi tak taw lah kan,, Final exam untuk Final sem, We need to struggle more.

Cakap sal exam ni,, Esok da start exam. Tapi OSCE lah (Praktikal punya).. Dua hari,,3 & 4 arybulan, then final teori lak 7 & 8 nanti… Nervous memang ada. Opkos,, sebab exam nie penentu whether kami ley amek exam LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) or tak. And aku lak,, still mencari mood untuk study yang aku tak jumpa lagi.. Alahai,, diri ini memang perlu dipaksa…Huhuhu.. Mata lak asyik berat je, asal tengok buku je, menguap. Godaan betul.. Kepala pun rasa kosong, bukan rasa overload. Kat kelas prep pun tadi, orang lain sibuk wat discussion, aku ley sumbat telinga ngan earphone and tido. Memang aku ni betul-betul tak nak exam ke.. Sebenarnya, risau yang buat aku buat macam tu.Hehehe.. tido and main Word Search… Macam tak de keje laen kan. Perangai tak berapa elok.( Jangan ikot please):p
Awek tangkap gambar curi..hohoho

Last entry before exam,, exam pon 4 ary je.. 8/5 karang da abes.. 2 subject je pun.. Tapi yang paling teruk, sampai member aku gelak,, tadi je baru aku tengok jadual exam and taw there’re only 2 subjects,bukan 3… what’s happen to me…??? Speechless !!!!

Pape pun, korang tolonglah doakan aku and kawan-kawan aku kat KKSP ni dapat buat yang terbaek untuk this final and layak untuk ambil LJM.. Then,, baru lah lej jadi misi yang pakai line biru..(^_^).. Pray for us ye..!! Tenkiu…

KEHILANGAN

Bila kita dapat sesuatu atau jumpa seseorang. Kita perlu bersedia dari segenap sudut untuk kehilangannya. Walau apa pun benda itu atau siapa pun orang itu, kita perlu belajar untuk menerima kenyataan dan menerima setiap rancangan perjalanan kehidupan. Sekalipun kita tidak ingin kehilangan itu berlaku, apabila telah di tetapkan kita tidak boleh untuk memilikinya, kita tetap tidak akan memilikinya. Bukankah begitu ianya terjadi. Hidup boleh dirancang, namun penentunya bukan aku, bukan kamu dan bukan mereka. Tapi DIA yang Maha segalanya..