CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, April 26, 2012

PEREMPUAN . .



"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya,
walaupun hatinya......
Kerana ALLAH teramat mencintainya..
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Dimana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan  kita kepada seorang manusia
yang lebih banyak mengecewakan kita"

"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA,
Mengapa masih ragu?

"Kekuatan usah ditunggu,
tapi harus di cari,
hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan...."

"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan
ketika kita rasa berdosa melakukannya "
-Imam Ghazali-

Selamatkan dirimu dari pembawa bencana,
aku tak memilihnya selagi akal masih dikepala.
Menghirup ketenangan hidup.
Kerana permulaan cinta adalah ketenangan.
Pertengahannya derita dan kesudahannya jiwa melayang..
-Syair Ibnu Farid tentang cinta terlarang-

p/s : Kredit to En Aidil zulkafli  Zulkifli... Aku slalu tetukar nme ayah anda ngan wawa.. Hehehe.. Thanks taw anta aku msg ni... Insaf jugak kejap  aty kawan anda yang tak berapa centre nih.. Nasihat anda memang berguna beb,, Doakan aku ye... Anda memang kawan yang baik...:)

Saturday, April 21, 2012

ME AND LIFE !


Tanpa mentari, siang tak bererti,
Tanpa bulan, malam tak berseri,
Tanpa bintang, langit umpama kanvas kosong,
Tiada lukisan tiada keindahan.
Tanpa tawa, hidup umpama di alam mimpi,
Tanpa tangis alam jadi sepi.
 Mengintai indahnya ciptaan yang dicipta,
Meneliti ke segenap ruang yang nyata,
Mencari jawapan yang sepatutnya ada,
Tapi nyata, ia tetap rahsia.

" I cant say I dont, cuz the true, I do,
I cant say I dont care, cuz the true is I really care,
I cant say there's no hope, cuz the true, there's much of hopes,.
I cant say that its not disturb me,
cuz the true, its burden me damn much"

Sunday, April 15, 2012

Ku ingin ...

Ku ingin biarkan hati berbicara,
relakan wajar menangkap segala kata,
dalam sendu yang tak berkesudahan,
berdiri berpura gagah sendiri,
menyeka sepi yang makin menghampiri.

Ku ingin biarkan hati terus dalam tanda tanya,
lepaskan segala kemungkinan menjadi keraguan,
dalam senyum yang sekadar lakonan,
dalam ketawa yang sekadar perhiasan.

Ku ingin biarkan hati berfikir sendiri,
menggapai warna dan melakarkan lukisan jiwa,
menyentuh rasa yang bukan sekadar propaganda,
menghalau mutiara jauh dari kemurahan,
menjemput bahagia menemani kehidupan.

Friday, April 13, 2012

Cuti lagi.. Since Ahad,1st day masuk ortho.. Keje than cuti.. Sehari keje sehari cuti.. Haish,, Banyak sangat event kot.. Esok keje than Ahad and Isnin cuti lagi ada kursus basic emergency lak. Baru je semangat nak menabur budi kat ortho.. Tapi tak pe lah, lepas ni wad medikal lak,,
OK! ni bukan tangga hostel aku. Ni En Google punya taw.

Hari ni plan nak keluar layan-layan ngan kengkawan, tapi, disebabkan semalam jatuh tangga, sakitnya masih terasa.. Huhuhu.. Cuai betul.. Jari kelingking da makin membengkak, hope, just bengkak and akan surut nanti. Lebam kat lutut lak makin ketara birunya.. Oh air, kenapalah anda menghalang perjalanan saya semalam.?


Result trial teori and trial osce da dapat. Alhamdulillah lulus, even tak cemerlang. Tunggu sesi kritik soon. So, yang tinggal sekarang just Final Theory, Final OSCE and the most important exam for us, LJM.. Mood study lak, still kat bawah.. Oh someone,, please ketuk aku....!!!!! Grrrr...............



p/s: Rajin-rajinkan diri...

Saturday, April 7, 2012

CERMIN!!

"Seronok jugak kadang-kadang jadi bahan,
Even hurting much,
at least we know 'they' keep watching us'
Seronok jugak kadang-kadang berlagak,
Berlagak untuk tidak ambil tahu,
Berlagak untuk tidak merasa sakit,
Berlagak untuk terus tersenyum,
Supaya hati tak terbuai dek emosi."

Aku memandang cermin,
terlalu sukarkah untuk di mengerti semua itu,
Biasan pada kaca tu tersenyum,
galak melihat kebodohan aku.
ketawa melihat aku terdiam membisu.

Alasan yang di tercipta walhal sengaja dicipta,
Terusan mengekori langkah aku,
Sedangkan pada realiti itu semua mainan dunia,
Dan aku tersungkur bersama luka.

Aku pandang cermin lagi,
Biasan kaca itu tersenyum lagi,
meminta aku untuk terus melupakan,
dan sungguh,
tiada sedikit pun dendam..

Aku jadi bahan,
dan kau,
tersenyum riang..
Tiba masa kau pandang cermin,
mungkin kau tahu apa itu kenyataan...

p/s: sometimes bila kita keep talking about others, hakikatnya, kita sedang bercerita tentang diri sendiri.CERMIN diri...Its better than keep talking..

Thursday, April 5, 2012

Jom sayang menyayang~




Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri



Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Di sudut hati

p/s: kelihatan mereka memandang kami dengan seribu tanda tanya..
Looks, thinks, and interpret...by urself..(^_^)

Bravo 2/09... We always the best among the best......

Wednesday, April 4, 2012

HARAPAN...

Andai hidup seindah ini...!
Fajar menyingsing,
menebar cahaya dikaki langit,
suram, namun penuh keindahan,
membawa cerita alam.....
Berteleku aku terpaku,
menahan gelora rinduku,
dalam meraih secebis kasihmu..
Ku damba bahagia,
dalam sekalung cinta yang bersisa,
dalam sejalur harapan yang ku ada...

A reason for me to smile..^^


P/S : Banyak perkara boleh buat aty jadi resah, gelisah, duka dan kecewa.. Namun berjuta sebab untuk terus tersenyum, dan merasa bahagia.. 

Monday, April 2, 2012

Erkkk,,, Ntah !!

~menung sajaaa~~

Semalam 1st day keje wad Melor 2. Baby punya wad.. Terkantoi rehat lama.. Lama?? 45 min rehat + 15 minit solat asar. Ok ngaku,, our fault. Patutlah rasa tak sedap aty.. Staffnes wad nak report kat staffnes klinikal,, ary ni get ready tadah telinga and bersedia ngan jawapan.. Kekadang, aku terpikir,, asal aku wat jahat je terkantoi.. Haishhh... Kena jadi dax baek selalu lah nie..

Petang tu dah lar ne sound ngan staffnes wad, balik bilik lak, tertekan termain amende tah, sim card ne block plak.. Sib baek Cik Maxis ada, ley kol adeq mintak PUK number. And thanks alot to my adeq coz still simpan aku punya PUK number.. Law tak, terpaksa lah pegi pejabat celcom. Dah lar aku fail bab nak berurusan formal cam gitu. Pagi nie, my sim num dah kembali sehat walafiat and ley digunakan kembali. Alhamdulillah...

Oh ya,, semalam gak kol ma, ma cakap Afiq da ley bangun berdiri and asyik ngekor my adeq yg bongsu (Fahmie). Mana Fahmie pergi, dia ikut sambil merangkak. Lagi satu, perangai Afiq masih sama, pantang tengok orang pakai tudung,mesti nak ikut. Pantang bunyi motor, mesti beria nak naek motor. Windu nya kat dia... ^^ Bila duk keje wad baby ni, lagi ingat dia.. Hehehe.
Comey3...^^
 Ops,, cakap sal baby,, kat wad, aku bahasakan diri aku akak kat baby-baby, member 1 batch aku kata aku perasan muda. Adess,, memang muda pe.. baru 20 kan  ..hehe.... So,aku pun bahasakan diri aku Achik,, macam anak2 sepupu panggil aku, budak-budak junior lak gelak.. Haish,, dah tu?? Bahasakian diri aku misi??? Ish,, tak mesra alam betul.. Arghh,, Achik pun achik lah, janji member aku tak gelak..huhu
(^_^)

Ary nie lak keje petang, hopefully, apa yang berlaku semalam tak kan berulang lagi ary nie. Semoga keje bejalan dengan lancar dan aman..