CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Wednesday, February 9, 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT HARIBULAN

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Monday, February 7, 2011

CiNta kAmI..:-)

   At first,we dont know each other.And i,dont expect can know her..27/3,,1st day we met..At Hosp. Tengku Anis,Pasir Puteh..Go there with same pupose but different course..Interview,,she as a staffnurse,and me as a PPKP...Both of us,reached there so early..I dont know her,she dont know me.I dont chat with her,she also even dont chat with me.Only her grandpa and my father chatting each other.Maybe we are in same district..PASIR MAS...So,when the time came for exam and single interview,,we still dont chat each other,even to say hi...Huhuhu..I am arrogant?Or her was arrogant..But the true,we were same..And,lastly,,its began..After interview,,we talk..(becoz she was the 2nd and i am 3rd)..Nothing much to say..Just about the question asked by the interviewer.And we walked together to the car..We even dont asked for name,,so far for phone number..Of course,i never think that we will meet again..
   And its started again for a month later..I was selected to go to smk Kubang Bemban,a science stream course for form 6..And i met her there..I asked her wether we had met before,,and yup,,we were.So,since there,,we became best friend.Very close each other..Our new friends there also weird when saw us always be together..Sometimes,they called us lesbian,because we were so close together..Wherever she are..i also there..So,how can they uncurious..Hahaha..The truth is not..We are just friend..But,we were together at same school just for a while..Both of us was succed in interview at last month..She was so happy coz she can be a staff nurse,..But i....:-(..I got staff nurse???????how can it be?? I never go to interview as a stuffnurse,but as PPKP and MLT..She gave me alot of advise..Go as a staff nurse..I can learn slowly..Emmk..
   I was pray for solat sunat isytikharah..Ask for GOD's helping,,and in my dream i dreamed of her..We studied together and share same room..I dont know wether its really a way for me,or i dream it becoz i'm thinking of her..Yup,,lastly,,i choose nursing and leave form 6 and also neglect kolej matrikulasi..We need to separated here..so sad for us..She got Sg Buloh,KL,,and i got Sg Petani,kedah..But it doesnt mean our relationship break there,..Every time break for holiday,,we must date..A beautiful date.So many things about study,our life,and must have her boyfriend...And we shared it together......
   She is my lovely lover..My partner that i always prayed that will be side of me until she get her own life with her beloved future family..I really luv u sis..Cinta kamu selamanya.................:-)

Thursday, February 3, 2011

...hingga ke akhirnya......

   Kita tak boleh cakap,kita tak mungkin jatuh cinta pada 'orang itu'.Kita tak boleh berdoa supaya 'orang itu' pergin dari hidup kita dan jangan muncul-muncul lagi kerana kita tidak mahu melihatnya walau hanya sekejap.Kita tak boleh sombong diri dan berkata kita tidak kisah 'orang itu' nak cari orang lain sekalipun kita boleh cari orang lain.Kita tak boleh cakap begitu sebab kita tak tahu apa yang ada di masa akan datang.
   Mungkin sahaja terjadi 'orang itu'.....orang yang kita doakan tidak lagi muncul dalam kehidupan kita tiba-tiba sahaja menjadi begitu bermakna.Sehingga kita menangis kesepian bila doa kita benar-benar makbul.Sehingga kita sedar bahawa lebih elok dia ada daripada tidak ada.Sehingga kita tercari-cari di mana dia hanya untuk melihat dia walau untuk seketika.Kerana terlalu rindu sedangkan dahulu kita tidak pernah menghargai bila dia dia ada di hadapan kita.
   Dan mungkin sahaja 'orang itu'...orang yang tidak sepenuhnya kita sayang sehingga kita tidak pernah merasa keberatan sekiranya dia mencari yang lain tiba-tiba menjadi terlalu penting.Sehingga sampai satu tahap,kita menangis bagaikan dunia telah kiamat apabila 'orang itu' benar-benar dimiliki oleh orang lain.Setelah itu kita mula menyesali apa yang kita kataka,bisikkan dan luahkan.
   Kita akan menjadi terlalu rindu pada kenangan-kenangan bahagia bersamanya segingga terasa ingin memutarkan kembali masa yang telah lalu agar kita dapt menikmati saat itu dengan sebaik mungkin...:-)

Monday, January 31, 2011

Ancaman dari segenap sudut

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "
" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "
" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."
" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan. "

Musuh itu pasti menyerang daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupakan nafsu yang ada di dalam dirimu atau godaan daripada luar.
Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita untuk melemahkan dan menghancurkan kita.
Hanya dengan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tidak berniat untuk melakukan kemungkaran. Apabila memandu melalui jalan-jalan di kota, kita terus dapat melihat serangan itu terpapar besar di papan-papan iklan. Wanita-wanita mendedahkan bahagian tubuhnya yang merangsang pemikiran lelaki.
Hanya dengan berjalan di sebuah pasaraya untuk memberi barangan keperluan, kita akan terlihat begitu banyak bentuk rangsangan yang merosakkan kekhusyukan ibadah kita. Bahkan hanya dengan memiliki sebuah telefon bimbit, sekian banyak 'SMS' yang masuk menawarkan aksi-aksi panas.
Serangan-serangan yang sedang kita hadapi ini bukanlah sesuatu yang biasa dan sangat menyesakkan dada. Setiap hari kita berhadapan dengannya tanpa diminta. Kita merasakan selamat kerana kita telah sebati di dalamnya. Boleh jadi juga kita sebenarnya telah kalah dan mungkin telah menjadi agen dalaman yang menyerang orang lain.
Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.
Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud. Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaparkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.
Ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.
"Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat."
" Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka? "
Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.
" Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok engkau kita terkandas jua."
Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah.
" Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan. Bersedialah. "

Sunday, January 30, 2011

~wiNdu nyEr......!!

   Almost 7 years...that time,1998..7 tahun..Hehehe..muda lagi..Baru je nak kenal ABC,123..Really miss that time..Dont know why..I still remember,and i guess,i will never forget it..Year 1,,,aku di letakkan kat kelas yng paling bawah..huhuhu...Tapi xkisah..Syok,,aku kawan nge assistant kelas lagi..Time exam to tentukan kelas yang betul,,aku ciap buat kat dia lagi..Tup-tup dia naik 1 kelas..So sad..She leaves me aline..sob3...A month later,aku pon naik kelas first..Yes..berjaya....Maklum lah,,masa tu kan kecik lagi..Duk kelas number 1,,memang hepy giler...Hehehe..1 Dahlia..Ramai kawan kat sini..Men kejar-kejar..haha..miss that time..In this class,there are 2 person that hav buffday same with me..Hehehe..3kembar buffday...Tapi masa nie,no best friends,coz for us,,all friends......
   I think,,year 4,,i know this girl,,Marhaini ab.llah..Pretty gurl,,Rough outside,but soft inside..Why i said like that???Yeah,,we are best friends..So close..We known each other very much..Dia kasar,,suka gaduh ngan boys,,tapi,when boys mengata kat dia,she will cry..Aku lah yang selalu jadi tukang pujuk...(hehe,,macam lah aku terer bab memujuk)..And,i also yang tolong setelkan budak-budak tu..Walau pon i look slow outside,,ahem2,,ganazz ugak nie...Hahaha..Lynie..I call her lynie..Kami close together,,tapi selalu gak gaduh..Benda kecik pon boley jadi big problem..But,when i'm sad,,she will help me..And,when she gotta problem,i will be side her..
   2003...I will never ever forget this....Kami gaduh masa kelas malam..Tak ingat becoz of what,,bertekak,,and,,she cry,,,,First-first,i dont care..Let her..Padan muka..Nak gaduh sangat..But,xsampai hati,,so aku gak pegi pujuk dia..(nasib baik aku nie baik,,selalu je mengalah..hehe)...Satu lagi pergaduhan,,masa time usual class..Dalam classroom kami ni duk menyebelah...Satu hari kami gaduh..Masing-masing tak nak mengalah...Meja pon kami jarakkan..Kengkawan tanya nape jarak,,dia cakap,,xleh,,nnt meja nie terbakar...Hahahaha,,xley blah betul..Meja bertemu meja ley terbakar ke????Lawak kot...
   The next day,,our classroom sir,cikgu Roslan,,asked us to make it like before,,but we said not..How dare we are..Cikgu pun tanya kengkawan whats happen..Mana taknya,,kami da maca rupa belangkas,,tiba-tiba gaduh..Mau tak pelik cikgu....And,,tanpa disangka-sangka,cikgu suruh kami bersalam n mintak maaf..Oh no..Mana boleh,,nanti tangan kami terbakar..Hahaha,,one more stupid reason..Setelah di pak sa-paksa,and we still taknak bersalaman,,cikgu ambil jalan mudah..Nak taw apa..????Dia pegang tangan lynie,and may hand,,dan salam kan kami..Dia cakap,,cepat mintak maaf,,kalau tak dia takkan lepas..Hahaha..Dengan nada meluak dan menyampahnya,,kami pon bemaafan..tu pon banyak kali ulangan..coz cikgu kata tak ikhlas..hahaha..Padan muka...Yang memang tak ley blah nya,,Masa rehat tu pergi rehat sekali..Aik,,dah kawan balik dah...
   Zaman budak-budak...Memang windu sangat,,but,we cant turn back the time..Sekarang pon kami masih kawan..but not so close like before..wE have gang at high school..Hehehe...Tak de pon gambar masa skola rendah,..Hilang..huhuhu...Tak lama lagi,dia dah nak jadi cikgu...Tu cita-cuta dia sejak dulu lagi..Semoga dia berjaya..Ok cayang..hehehe...Jauh dimata,dekat dihati...........
  

Maka jgnlah ditangisi apa yang bukan milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Monday, January 24, 2011

Dari Mata Turun Ke Hati

   Ramai yang bertanya,,"kenapa kamu minat nurse?","kenapa kamu jadi nurse?","tak letih ke jadi nurse?","gelinya jadi nurse"..Banyak yang diperkatakan tentang dunia nursing.Kebaikak,kelebihan malah tak kurang juga yang menghulurkan kejian dan umpatan.Ramai juga yang berminat dengan dunia ini,mana tak nya,uniform cantik,baju body shaped dan berjumpa pula dengan orang ramai..Tapi,,majoriti orang ramai menganggap dunia nursing merosakkan akhlak..Bebas dalam pergaulan,walhal,hanya segelintir yang bersikap seperti itu.Namun,,seluruh dunia nursing tercemar namanya..Nursing itu indah..Terlalu indah...Mulia dan terlalu mulia..Tinggi martabatnya disisi pencipta..Mengapa harus di rendah-rendahkan martabat jururawat.Duhai hati,tak kenal maka tak cinta..Terjunan tanpa sengaja membuka mata dan hatiku yang selama ini tertutup rapat tentang dunia ini nursing ini.
   Aku???Bukanlah peminat nursing yang azali.Aku benci semuanya tentang perubatan.Doktor yang tak mampu menyelamatkan nenek yang paling aku sayang,nurses yang suka marah-marah bila aku masuk wad tengok ayah chik aku(masa skola rendah),MA kat klinik yang just tanya sakit kat mana dan terus preskrip ubat tanpa memahami sakit yang terpaksa dirasai..Aku benci semuanya...Namun,bila mendapat offer dalam bidang ni(berjaya dalam temuduga walau aku tak pernah pergi interview untuk nursing),terpaksa aku terima.Satu bidang yang aku langkah masuk apabila mendapat petunjuk melalui solat sunat isytikarah.Bantuan dari keluarga,cikgu fizik dan cikgu kaunselor..Mungkin ini adalah yang terbaik buat aku..
   Tahun pertama bagaikan satu kesakitan.Pedih dan perit..Melakukan sesuatu yang tidak pernah di impikan.Melihat pesakit yang terbaring tidak berdaya,melihat kematian yang setiap hari berlaku,melihat bagaimana pengorbanan seorang ibu,,,menjadikan aku seorang gadis yang sangat bertuah.Mampu melihat kebesaran Yang Maha Esa di depan mata sendiri..Yang sakit tenat boleh sembuh kembali dan yang sihat kembali kepada penciptanya..Aku bangga,teramat bangga dapat membantu mereka yang di dalam kesusahan.Mata mereka yang penuh sinar pengharapan untuk sembuh dan bibir mereka yang mengucapkan terima kasih mencairkan hati ku..Hilang sudah segala kepenatan yang dirasai,,yang ada rasa tenang,puas dan damai..
   Persepsi pertama tentang nursing berubah 90 peratus.Nursing adalah bidang yang terlalu indah dan mulia,suci dan bersih,,sebersih warna uniformnya...Bangga aku di sini..Pilihanku tak salah mungkin..Ini ketentuannya,,..Dari mata dulunya,,rasa sayang pada kerjaya ini mula menular kedalam hati...Nursing duniaku kini...........:-)semoga aku bisa menjadi nurse muslimah yang tidak akan pernah lupa padaNya.....