CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Friday, November 11, 2011

Ada Apa Dengan 11.11.11


  Ada apa dengan 11.11.11???
Bagi aku,,maybe satu kelegaan becoz today last paper untuk final.Mental Health Nursing at 11 am.
Nothing more than that..
Ada apa dengan 11.11.11???
Hari ni hari jumaat.
Penghulu segala hari.
Hari dimana kiamat akan berlaku.
Hari Allah ciptanya Nabi Adam.
Allah turunkan Nabi Adam ke bumi.
Allah matikan Nabi Adam.
Allah akan memperkenankan doa selagi ia tidak haram..

Date is nothing..
Apa yang berlaku di hari tu adalah penting..
So,,nasihat untuk diri sendiri,,
Please not so obsess with the beauty numbers..
It will give me nothing..(^_^)

Monday, November 7, 2011

Seorang Gadis Itu . .


Seorang Gadis Itu......
teman yang setia,buat Adam dialah Hawa,
tetap disini...dari indahnya Jannah,
hatta ke medan dunia,hingga kembali mengecap nikmatNya...

Seorang Gadis Itu......
bisa seteguh Khadijah,yang suci hatinya,
tabah dan tenang sikapnya,temanlah-Rasul,
pengubat duka dan laranya...
Bijaksana ia,menyimpan ilmu,si teman bicara,
dialah Aishah,penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,penyimpan mashaf pertama Kalamullah.

Seorang Gadis Itu......
bisa setabah Maryam,meski dicaci,meski di keji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya Allah memuji....
Seperti Fatimah kudusnya,meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah,kesayangan ayahandanya,
suaminya si panglima agama,dibelakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda.
Bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bersemadi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
dyahid menyahut panggilan Allah...


p/s:Seorang gadis itu,bisa jadi selembut kapas,namun mampu jua menjadi sekeras bata..^^

Sunday, November 6, 2011

Eidul'Adha tanpa keluarga.


"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"
Alhamdulillah,syukur sangat kat Our Creator,after 20 years aku diberi nafas untuk menhirup oksigen ni,aku masih lagi di beri kesempatan untuk merayakan Hari Raya Korban,dan masih jua mampu untuk menunaikan solat sunat hari raya.Lama da terlepas,,akhirnya,kali ni...I can..(^_^)

But,yang agak menyedihnya is,aku beraya bersama kengkawan saja di Kolej Kejururawatan Sungai Petani.Kami tak ley balik kampung.Windu kot kat family.1st time after 20 years aku beraya without family.Nasib baik Raya Korban je,macam takde lah terasa sangat kesedihannya.My first bro pun balik umah mentua dia.Just second bro and adeq2 je kat umah.


Opkos,aku bangun awal pagi ni.Awal lah sangat.Pukul 6pagi je pun.Buat ape yang patut and get ready untuk pergi solat raya.Ngantuk ler..Habes2 je solat tu,kami terus balik.Pas bersembang ngan family(fon lah),,mata terus je tertutup..Sedar2 da dekat kul 1.Hehehe

Oh ye,pasal kami tak balik,,we just anggap je ni sebagai ujian kami.Last year kami kat sini.Lagi pun,kerjaya cam kami ni memang selalu akan tidak beraya dengan family.So,,better we learn from now kan.At least,lepas ni,kami da terbiasa sedikit walaupun tak banyak.

Alaaa,,apa salahnya kami berkorban cket sempena nak exam ni kan..:) Bukan selalu.Nabi Ibrahim AS pun sanggup korbankan anak baginda bila di suruh oleh Allah SWT..


Ok lah,,tak de ape dah nak tulis.By the way,,Hopefully aty ni terbuka sikit nak study..Final exam da dekat sangat dah..Jom....blahh....=.=

Saturday, November 5, 2011

Impian 1

Lamanya tak update blog..:)
Malas lor..Masa lapang tu banyak,,tp asyik duk ngadap FB je..

Hari tu,2 November 2011..Aku da laksanakan my 1st impian..Best woo...Kegembiraan dan kepuasan yang tak mampu untuk di ungkapkan dengan kata-kata.Terlalu puas dan puas.hehehe...Ish,,apa kena lah ngan aku ni.Cam pelik je kan..(^_^)

Tak de lah,hari tu,aku pegi derma darah.Ops,,derma darah je pun.Tapi ni impian aku.Sebabnya aku ni takut sangat ngan jarum tu.Hohoho..Cucuk orang aku berani.By the way,300cc blood B+ve telah aku dermakan.Aku rasa terlalu bahagia.Bahagia beb,even its only 300cc.Nanti aku nak donate g.KOnfem tak takut dah..


Tapi kan,hari tu,aku pening kepala pas donate,,nak ne stay kat ctu dlm 10 minit.Malu kot.Dak nurse takut darah..Hahahaha..Tapi ada aku kesah,yang penting,impian aku nak donate darah da terlaksana...:)

Korang pun,meh lah donate blood..We give the others a life..:) Bantu merka yang memerlukan..Its fun dan berbaloi taw...


Aku ada impian kedua.Tapi impian ni agak berat cket.Nak ne discuss ngan family lu..Hope my family merestuinya..:)

Oh ya,,esok raya beb...:( And aku masih di Sg Petani.Beraya kat sini..Tapi tak pe,,this lappy will accompany me..Yang penting,,pagi sok tak sabar nak pegi Solat Sunat Hari Raya..

Tuesday, October 25, 2011



"saat menciptakanmu,, 
Allah tidak pernah COPY-PASTE,
DIA buat SETTINGS hidupmu indah,
DIA pilih MINIMIZE kelemahan dan MAXIMIZE kelebihanmu.
semua yg baik DIA INSERT ke dalam hidupmu,
DELETE semua kesalahan dan SAVE masa depanmu. 
DIA akan selalu membawamu NEXT tanpa BACK dalam masa lalu.
bahkan SKIP saat kecelakaan akan menimpammu.
saat kau perlu, 
menyediakan HELP untuk QUIT dari masalahmu,
DIA selalu setia tunggu hatimu OPEN dan siap untuk DIA EDIT.
DIA takkan mau EXIT dari hidupmu.
sebab engkaulah FILE berharga sebagai PRINT kasihNYA.
bahkan DIA rela CLOSE maut untuk menjadi OPTIONS keselamatanmu.
jangan lupakan DIA.."




~~Teramat di rasakan bertuah bila di lahirkan sebagai seorang khalifah.Dijadikan dengan kesempurnaan oleh Allah SWT sehingga mampu meneruskan kehidupan.

->Dia menjadikan hidup penuh warna,memberikan kesempurnaan melebihi kekurangan,terus menjalankan masa ke depan supaya lupa segala penderitaan,Tiap kali dalam kesusahan,Dia pasti disisi,mendengar setiap keluhan dan tidak pernah pergi.Dia membuat ketenangan itu dapat dimiliki.Dia setia memaafkan tiapkali salah dilakukan walau ia tak mampu dimaafkan manusia,Dia takkan pernah menjauh.Dia mengambil nyawa dan diri lalu ditempatkan disatu tempat yang indah.Betapa Dia menyayangi...

Lalu mengapa perlu mengeluh saat ditimpa kesusahan,kenapa meraung disaat kesakitan,kenapa menyalahkan orang lain saat diri di uji.

Walau letih,walau sakit.Jangan LUPAKAN DIA.Kerana DIA tidak pernah MELUPAKAN....


Wednesday, October 19, 2011

Ini JURURAWAT!!

Aku jumpa ni lam notes seorang insan~nurse to be i guess...Thanks for her..So,aku tertarik and berminat ngan fakta2 ni.Yelah,,aku pun nurse to be gak.Aku copy paste je nie..Its really interesting and made me bangga as a nurse..^^

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?


Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.


Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.

Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.

Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?

Hargailah jasa mereka.

~~Cukup membuatkan kami,STUDENT NURSES merasa bangga sebagai bakal jururawat.
Thanks a lot kepada yang men'tag'kan notes ni pada aku..(^_^)

Monday, October 17, 2011

Ops !! Nescafe . .

Motivation session kat kolej tadi menyebabkan aku balik bilik,and terus je buka blog ni.Nak tulis entry baru sementara idea tengah mencurah-curah ni.Coz,kaunselor tadi xgalakkan minum nescafe..Jap gi,takde idea susah...:)
My Feveret....(^_^)

Aku nie antoo nescafe.Thats what kengkawan aku kol me.Memang lah sejak dari skola menengah g,aku akan minum nescafe,lebih-lebih g time exam.Wajib lah minum nescafe before pegi exam di pagi hari.Ada lah aku stop jap minum nescafe,tu pun lepas kena marah ngan ma and abah.Yelah,nescafe kan bahaya.

But sejak masuk kolej balik ni,aku da start balik da.Bosan-bosan layan FB tu,aku pun search lah internet sal nescafe ni.Adesss,,baru ku sedar betapa BAHAYA nya nescafe ni.(Taw da lama,malas nak amek pusing,,benda feveret kan.Da macam ketagih da rasa)
Jom kita tengok kebaikan dan keburukan Nescafe nie...:

KEBAIKAN..
1)Sedap..Bagi aku,,nescafe mmg sedap...Tapi depend pada individu...
2)Membuatkan kita terus berjaga.Lebih-lebih lagi time nak study untuk exam..
3)Kafein adalah sumber antioksida..(wow...)
4)Membakar lemak(hebat bukan?)But just thermo based supplements only.
5) Kafein nie akan bagi kesan diuretik,so,akan kerap ke toilet.
6)Boleh meningkatkan mental performance dan kebolehan untuk fokus..(ye ke?) Aku jumpa lam internet nih..


KEBURUKAN..
1) Boleh menyebabkan irritable Bowel Syndrome.
2)Disebabkan ia adalah stimulant,ia akan menyebabkan restlessness and insomnia.
3)Dalam jangka masa panjang,ia boleh menyebabkan osteoporosis.
4)Diuretik akan menyebabkan dehydrasi jika kurang pengambilan cecair.

5)Ia akan menyebabkan withdrawal symptom atau ketagihan seperti sakit kepala atau lethargic.