CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Monday, May 14, 2012

Cinta Pandang Pertama.

Aku percayakan cinta pandang pertama.

Kerana itu, cinta yang lahir dari hati sejak aku mula membuka mata dan melihat mama aku, tidak akan pernah padam. Aku percayakan cinta ini sepenuh hati aku. Aku tidak akan sesekali mengkhianati cinta yang tumbuh dalam jiwa aku dan yang telah mekar bersama aku hampir 21 tahun ini. Sesungguhnya, apa yang ada pada aku, adalah lukisan yang telah mama dan abah aku coretkan. Silapnya lakaran itu,adalah kerana kelalaian aku sendiri, kerana lukisan yang mereka ciptakan terlalu sempurna di mata aku..

Justeru, katakan apa sahaja. Meski aku ditawarkan dengan wang sejuta sebagai tukar ganti kepada cinta ini, aku tidak akan. Harga cinta ini tiada nilainya. Andai nyawa adalah tukar gantinya untuk aku mempertahankan kesetiaan cinta ini, aku akan berusaha sedaya upaya.


Aku percayakan cinta pandang pertama.

Kerana itu, aku akan terus setia. Aku berjanji akan mempertahankan segenap cinta ini dari pada cinta palsu yang nyata tak memberi makna. Mama, insan yang terlalu istimewa. Memberi aku semangat saat ku lemah, memegang erat tangan saat ku jatuh, menitiskan airmata saat ku berjaya, meniupkan kata-kata azimat saat aku hampir rabah. Kerana mama, aku masih lagi berdiri. Kerana mama aku masih berani menempuh segala perjalanan yang penuh duri ini. Kerana mama putus asa perlu aku jauhi.. Semuanya kerana mama. Cinta pandang pertamaku...

Aku percaya dan tersangat aku percaya,,
Aku sesungguhnya terlalui mempercayai Cinta Pandang Pertama..
Sayang mama.... Happy Mother's Day..
( a bit late,, tak sempat.^^.)

~Opss,,cari gmbar mama sorg xde. Cik Lappy da 'kembali ke rahmatullah',,
 adalah gambar mama nga nk ckp time nk snap..huhu2.
Anak menantu sedara sume join..
ahaaaa.. Pape jelah.. misz u mum...:)

Thursday, May 10, 2012

Terima Seadanya...

Nak share something bley?? Nak share gak.. Nak type gak... hehe

Macam mana kita nak harapkan orang lain terima kita, kawan dengan kita kalo kita sendiri pun tak cuba untuk menerima diri kita seadanya? Mulut kata 'yup', tapi aty tak macam tu kan.. Seolah-olah kita tak redha dengan pemberiaanNya pada kita. Kita harap untuk menjadi orang lain, sama seperti dia, atau dia atau mereka atau sesiapa saja, jadi bagaimana mereka dapat menerima kita.

Dalam hati,pasti terselit satu rasa untuk jadi yang sempurna kan. Tak kisah lah sempurna untuk diri sendiri atau sempurna buat mereka, sehingga kita terlupa bahawa ketidaksempurnaan kita itu adalah satu kelebihan dan keunikan yang terlalu indah jika dibandingkan dengan segala apa yang ada. 

Keunikan adalah sesuatu yang terlalu berharga, kerana itu, kita dan mereka berbeza. Atas nama keindahan yang diciptakan hanya untuk kita itulah, tidak perlu dikesali akan apa adanya. Terima lah diri kita seadanya, hargailah apa yang ada pada kita kerana dengan itu, kita dapat membina penerimaan orang lain terhadap diri kita..^^

p/s: Aku pun selalu ase macam nie. Saja tulis,dalam mencari sedikit keikhlasan untuk menerima diri seadanya.:)

Tuesday, May 8, 2012

DONE

done.done.done

Alhamdulillah.
Setel sudah our final exam untuk Last Year and Last Sem.. I guess, all semak dalam otak aku about medical, surgical, obstetric, gynae, health science, community and emergency pun da semakin berkurangan.. So, habisnya paper Professional Practice hari ni, maka berakhirlah exam diploma kami..Berakhir?? Oh no !! selagi tak dapat result, selagi tu tak habis ok...!! Got it ayu.. Grrrr.....

OSCE hari tu pun, I guess berjalan lancar. So, same as theory, InsyaAllah kami dapat melepasi halangan ni.. Pray for us ye..:) So, thanks for my mum and my dad coz doakan aku dapat buat yang terbaik, my bro and my sis yang wish aku Good luck, my awex yang stand behind me masa aku giler stress coz banyak topic tak cover, my members yang banyak discuss depan aku and Mr Simple yang sentiasa bagi aku kata-kata semangat.. Tersangat lah aku hargai jasa korang.. Thanks alot all..

Right now, masa menunggu debaran result nanti,, get ready for induksi and get ready untuk EXAM Lembaga Jururawat Malaysia. Penentu hala tuju hidup kami sumer.. Hope, we can do better than today...Tak sabar nak dapat lencana Lembaga neh..^_^ ... Ameen...
Ni yang kami kejar right now..^^


By the way,, esok da start keje,, kat OT @ dewan bedah.. Agak tak suka tapi kena suka kan jugak.. Tugas... Hope berjalan lancar semuanya.


Tak nak fikir dah apa yang da jawab tadi.. Biarkan ia berlalu... sedih, tak puas aty or what so ever, tak nak ambik taw g. Tidor lagi penting sekarang.. Layannzzzz!!!!

Wednesday, May 2, 2012

EXAM AN EVE...


Besfren merangkap boyfren neh..:)


Tadi,, balik je kelas prep terus tertido.. Ops,, sebenarnya sengaja je tido.. Bangun-bangun,setel apa yang patut and terus lah kaki ni dengan penuh semangat melangkah ke bilik TV. Adeyh,, apesal tak de orang pun dalam bilik TV. Kalau tak mesti ada je sape-sape. Pas lepak ngan awex jap lam bilik TV, da bosan dah melayan TV yang tak de any rancangan menarik, kami pun decide untuk masuk bilik and sambung tido. 

Haishh,, tak termampu aku nak pejam mata lagi dah. Rasa maca dah overslept dah.
Then, aku pun mengatur langkah ke pantry, nak buat air kononnya nak study. Tapi seriously, sepanjang perjalanan aku ke pantry, hanya sunyi and sepi yang menemani. Macam pelik je. And, aku tak nampak sorang pun antara dak group aku yang ada, termasuk kaki TV yang lain (selain aku). Bilik pun nampak senyap je. Terlintas gak dalam pikiran aku neh, dorang nih tido ke? (Apa ingat dorang kaki tido cam aku ke? Ishh.. ) Study kot ye. . Tapi, macam member-member aku neh suka study lam bilik. Biasanya study lam bilik TV je. Tapi tak taw lah kan,, Final exam untuk Final sem, We need to struggle more.

Cakap sal exam ni,, Esok da start exam. Tapi OSCE lah (Praktikal punya).. Dua hari,,3 & 4 arybulan, then final teori lak 7 & 8 nanti… Nervous memang ada. Opkos,, sebab exam nie penentu whether kami ley amek exam LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) or tak. And aku lak,, still mencari mood untuk study yang aku tak jumpa lagi.. Alahai,, diri ini memang perlu dipaksa…Huhuhu.. Mata lak asyik berat je, asal tengok buku je, menguap. Godaan betul.. Kepala pun rasa kosong, bukan rasa overload. Kat kelas prep pun tadi, orang lain sibuk wat discussion, aku ley sumbat telinga ngan earphone and tido. Memang aku ni betul-betul tak nak exam ke.. Sebenarnya, risau yang buat aku buat macam tu.Hehehe.. tido and main Word Search… Macam tak de keje laen kan. Perangai tak berapa elok.( Jangan ikot please):p
Awek tangkap gambar curi..hohoho

Last entry before exam,, exam pon 4 ary je.. 8/5 karang da abes.. 2 subject je pun.. Tapi yang paling teruk, sampai member aku gelak,, tadi je baru aku tengok jadual exam and taw there’re only 2 subjects,bukan 3… what’s happen to me…??? Speechless !!!!

Pape pun, korang tolonglah doakan aku and kawan-kawan aku kat KKSP ni dapat buat yang terbaek untuk this final and layak untuk ambil LJM.. Then,, baru lah lej jadi misi yang pakai line biru..(^_^).. Pray for us ye..!! Tenkiu…

KEHILANGAN

Bila kita dapat sesuatu atau jumpa seseorang. Kita perlu bersedia dari segenap sudut untuk kehilangannya. Walau apa pun benda itu atau siapa pun orang itu, kita perlu belajar untuk menerima kenyataan dan menerima setiap rancangan perjalanan kehidupan. Sekalipun kita tidak ingin kehilangan itu berlaku, apabila telah di tetapkan kita tidak boleh untuk memilikinya, kita tetap tidak akan memilikinya. Bukankah begitu ianya terjadi. Hidup boleh dirancang, namun penentunya bukan aku, bukan kamu dan bukan mereka. Tapi DIA yang Maha segalanya..


Thursday, April 26, 2012

PEREMPUAN . .



"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya,
walaupun hatinya......
Kerana ALLAH teramat mencintainya..
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Dimana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan  kita kepada seorang manusia
yang lebih banyak mengecewakan kita"

"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA,
Mengapa masih ragu?

"Kekuatan usah ditunggu,
tapi harus di cari,
hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan...."

"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan
ketika kita rasa berdosa melakukannya "
-Imam Ghazali-

Selamatkan dirimu dari pembawa bencana,
aku tak memilihnya selagi akal masih dikepala.
Menghirup ketenangan hidup.
Kerana permulaan cinta adalah ketenangan.
Pertengahannya derita dan kesudahannya jiwa melayang..
-Syair Ibnu Farid tentang cinta terlarang-

p/s : Kredit to En Aidil zulkafli  Zulkifli... Aku slalu tetukar nme ayah anda ngan wawa.. Hehehe.. Thanks taw anta aku msg ni... Insaf jugak kejap  aty kawan anda yang tak berapa centre nih.. Nasihat anda memang berguna beb,, Doakan aku ye... Anda memang kawan yang baik...:)