CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Monday, January 31, 2011

Ancaman dari segenap sudut

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "
" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "
" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."
" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan. "

Musuh itu pasti menyerang daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupakan nafsu yang ada di dalam dirimu atau godaan daripada luar.
Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita untuk melemahkan dan menghancurkan kita.
Hanya dengan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tidak berniat untuk melakukan kemungkaran. Apabila memandu melalui jalan-jalan di kota, kita terus dapat melihat serangan itu terpapar besar di papan-papan iklan. Wanita-wanita mendedahkan bahagian tubuhnya yang merangsang pemikiran lelaki.
Hanya dengan berjalan di sebuah pasaraya untuk memberi barangan keperluan, kita akan terlihat begitu banyak bentuk rangsangan yang merosakkan kekhusyukan ibadah kita. Bahkan hanya dengan memiliki sebuah telefon bimbit, sekian banyak 'SMS' yang masuk menawarkan aksi-aksi panas.
Serangan-serangan yang sedang kita hadapi ini bukanlah sesuatu yang biasa dan sangat menyesakkan dada. Setiap hari kita berhadapan dengannya tanpa diminta. Kita merasakan selamat kerana kita telah sebati di dalamnya. Boleh jadi juga kita sebenarnya telah kalah dan mungkin telah menjadi agen dalaman yang menyerang orang lain.
Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.
Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud. Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaparkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.
Ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.
"Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat."
" Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka? "
Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.
" Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok engkau kita terkandas jua."
Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah.
" Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan. Bersedialah. "

Sunday, January 30, 2011

~wiNdu nyEr......!!

   Almost 7 years...that time,1998..7 tahun..Hehehe..muda lagi..Baru je nak kenal ABC,123..Really miss that time..Dont know why..I still remember,and i guess,i will never forget it..Year 1,,,aku di letakkan kat kelas yng paling bawah..huhuhu...Tapi xkisah..Syok,,aku kawan nge assistant kelas lagi..Time exam to tentukan kelas yang betul,,aku ciap buat kat dia lagi..Tup-tup dia naik 1 kelas..So sad..She leaves me aline..sob3...A month later,aku pon naik kelas first..Yes..berjaya....Maklum lah,,masa tu kan kecik lagi..Duk kelas number 1,,memang hepy giler...Hehehe..1 Dahlia..Ramai kawan kat sini..Men kejar-kejar..haha..miss that time..In this class,there are 2 person that hav buffday same with me..Hehehe..3kembar buffday...Tapi masa nie,no best friends,coz for us,,all friends......
   I think,,year 4,,i know this girl,,Marhaini ab.llah..Pretty gurl,,Rough outside,but soft inside..Why i said like that???Yeah,,we are best friends..So close..We known each other very much..Dia kasar,,suka gaduh ngan boys,,tapi,when boys mengata kat dia,she will cry..Aku lah yang selalu jadi tukang pujuk...(hehe,,macam lah aku terer bab memujuk)..And,i also yang tolong setelkan budak-budak tu..Walau pon i look slow outside,,ahem2,,ganazz ugak nie...Hahaha..Lynie..I call her lynie..Kami close together,,tapi selalu gak gaduh..Benda kecik pon boley jadi big problem..But,when i'm sad,,she will help me..And,when she gotta problem,i will be side her..
   2003...I will never ever forget this....Kami gaduh masa kelas malam..Tak ingat becoz of what,,bertekak,,and,,she cry,,,,First-first,i dont care..Let her..Padan muka..Nak gaduh sangat..But,xsampai hati,,so aku gak pegi pujuk dia..(nasib baik aku nie baik,,selalu je mengalah..hehe)...Satu lagi pergaduhan,,masa time usual class..Dalam classroom kami ni duk menyebelah...Satu hari kami gaduh..Masing-masing tak nak mengalah...Meja pon kami jarakkan..Kengkawan tanya nape jarak,,dia cakap,,xleh,,nnt meja nie terbakar...Hahahaha,,xley blah betul..Meja bertemu meja ley terbakar ke????Lawak kot...
   The next day,,our classroom sir,cikgu Roslan,,asked us to make it like before,,but we said not..How dare we are..Cikgu pun tanya kengkawan whats happen..Mana taknya,,kami da maca rupa belangkas,,tiba-tiba gaduh..Mau tak pelik cikgu....And,,tanpa disangka-sangka,cikgu suruh kami bersalam n mintak maaf..Oh no..Mana boleh,,nanti tangan kami terbakar..Hahaha,,one more stupid reason..Setelah di pak sa-paksa,and we still taknak bersalaman,,cikgu ambil jalan mudah..Nak taw apa..????Dia pegang tangan lynie,and may hand,,dan salam kan kami..Dia cakap,,cepat mintak maaf,,kalau tak dia takkan lepas..Hahaha..Dengan nada meluak dan menyampahnya,,kami pon bemaafan..tu pon banyak kali ulangan..coz cikgu kata tak ikhlas..hahaha..Padan muka...Yang memang tak ley blah nya,,Masa rehat tu pergi rehat sekali..Aik,,dah kawan balik dah...
   Zaman budak-budak...Memang windu sangat,,but,we cant turn back the time..Sekarang pon kami masih kawan..but not so close like before..wE have gang at high school..Hehehe...Tak de pon gambar masa skola rendah,..Hilang..huhuhu...Tak lama lagi,dia dah nak jadi cikgu...Tu cita-cuta dia sejak dulu lagi..Semoga dia berjaya..Ok cayang..hehehe...Jauh dimata,dekat dihati...........
  

Maka jgnlah ditangisi apa yang bukan milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Monday, January 24, 2011

Dari Mata Turun Ke Hati

   Ramai yang bertanya,,"kenapa kamu minat nurse?","kenapa kamu jadi nurse?","tak letih ke jadi nurse?","gelinya jadi nurse"..Banyak yang diperkatakan tentang dunia nursing.Kebaikak,kelebihan malah tak kurang juga yang menghulurkan kejian dan umpatan.Ramai juga yang berminat dengan dunia ini,mana tak nya,uniform cantik,baju body shaped dan berjumpa pula dengan orang ramai..Tapi,,majoriti orang ramai menganggap dunia nursing merosakkan akhlak..Bebas dalam pergaulan,walhal,hanya segelintir yang bersikap seperti itu.Namun,,seluruh dunia nursing tercemar namanya..Nursing itu indah..Terlalu indah...Mulia dan terlalu mulia..Tinggi martabatnya disisi pencipta..Mengapa harus di rendah-rendahkan martabat jururawat.Duhai hati,tak kenal maka tak cinta..Terjunan tanpa sengaja membuka mata dan hatiku yang selama ini tertutup rapat tentang dunia ini nursing ini.
   Aku???Bukanlah peminat nursing yang azali.Aku benci semuanya tentang perubatan.Doktor yang tak mampu menyelamatkan nenek yang paling aku sayang,nurses yang suka marah-marah bila aku masuk wad tengok ayah chik aku(masa skola rendah),MA kat klinik yang just tanya sakit kat mana dan terus preskrip ubat tanpa memahami sakit yang terpaksa dirasai..Aku benci semuanya...Namun,bila mendapat offer dalam bidang ni(berjaya dalam temuduga walau aku tak pernah pergi interview untuk nursing),terpaksa aku terima.Satu bidang yang aku langkah masuk apabila mendapat petunjuk melalui solat sunat isytikarah.Bantuan dari keluarga,cikgu fizik dan cikgu kaunselor..Mungkin ini adalah yang terbaik buat aku..
   Tahun pertama bagaikan satu kesakitan.Pedih dan perit..Melakukan sesuatu yang tidak pernah di impikan.Melihat pesakit yang terbaring tidak berdaya,melihat kematian yang setiap hari berlaku,melihat bagaimana pengorbanan seorang ibu,,,menjadikan aku seorang gadis yang sangat bertuah.Mampu melihat kebesaran Yang Maha Esa di depan mata sendiri..Yang sakit tenat boleh sembuh kembali dan yang sihat kembali kepada penciptanya..Aku bangga,teramat bangga dapat membantu mereka yang di dalam kesusahan.Mata mereka yang penuh sinar pengharapan untuk sembuh dan bibir mereka yang mengucapkan terima kasih mencairkan hati ku..Hilang sudah segala kepenatan yang dirasai,,yang ada rasa tenang,puas dan damai..
   Persepsi pertama tentang nursing berubah 90 peratus.Nursing adalah bidang yang terlalu indah dan mulia,suci dan bersih,,sebersih warna uniformnya...Bangga aku di sini..Pilihanku tak salah mungkin..Ini ketentuannya,,..Dari mata dulunya,,rasa sayang pada kerjaya ini mula menular kedalam hati...Nursing duniaku kini...........:-)semoga aku bisa menjadi nurse muslimah yang tidak akan pernah lupa padaNya.....

Sunday, January 23, 2011

ciPta pemBahAruAn

   Huh!!!Cipta pembaharuan..Thats what i wanna make start from today..AQ???He has fall in love with somebody,the person that i dont know who..I must forget all about him,,everything..Lupakan semua yang aku penah rasa..Sayang itu kan bermaksud merelakan..Relakan dirinya bahagia,pasti make me bahagia too.Aku,,gadis yang hatinya senipis kulit bawang,hatinya yang mudah terpengaruh,terikut,tertawan,tertarik..Tapi tidak bermakna akan mudah terkoyak..
   Duhai hati,,kuatkanlah imanmu,teguhkan lah pendirianmu..Ada Yang Maha Esa lebih mengetahui apa yang baik buatmu,Ada Yang Maha Pengasih,yang akan memberimu sesuatu yang lebih baik dari yang kau harapkan.. Duhai hati,pandang lah di satu sudut yang tajam,tersembunyi lahiriahnya,namun,hanya yang tahu akan mmengetahuinya..Cubalah mencipta kekuatan,menerima segala ketentuan,mohon dan mintalah pada yang selayaknya..
   Aku,,pasti akan terus berdiri,,teguh...takkan mengalah..Perasaan ini masih terlalu rapuh,pasti ia akan patah nanti,semuanya terpulang pada aku untuk mencipta perubahan..Menukar luahan hati tentang perasaan sebodoh ini kepada luahan hati yang lebih bermakna..Aku,,takkan mengalah dengan mudah,,takkan terjatuh seperti suatu ketika dulu..Kecewa dengan perasaan sendiri lantaran kebodohan yang menguasai diri..
   Opss,,,terlebih sudah,,kalau ada jodoh,akan aada juga..Bak kata omputeh,'if its meant to be,its meant to be'..kan3???Kata pepatah melayu juga ada,,,'tak kan lari gunung di kejar'(tp aku bukan kejar gunung pon kan..hehehe)..Bila Allah swt kata,,'kunfayakun',maka jadi lah..Ala,,ape nak fikir,,dunia je ni kan..Betul tak..Cari cinta pencipta,sebelum cari cinta yang di cipta...
   I luv it...cipta satu perubahan...bina pembaharuan..Buka buku baru,,tutup diari lama..He's the one....Macam lagu nie.......

Thursday, January 20, 2011

"Aku Ada Kerana Kau Ada!!"

Aku ada kerana kau ada,kau yang selalu menyemarakkan semangat dalam diam,kau yang menasihati kala putus asaku menguasai fikiran,kau yang membantutika aku dalam kesulitan,kau yang tersenyum kala aku kebahagiaan..Hanya engkau yang disisi waktu air mata menitis ke pipi,sewaktu mutiara ini menjadi murah dan terlalu murah,kau yang menyambutnya,mengangkat darjah titisan mutiara.Memandang tanpa lemah,menemani tanpa bosan..Aku ada kerana kau ada..Kau yang sentiasa tersenyum walau hati penuh duka.Menyembunyikan keresahan,menyorok segala kepiluan.Maafkanku kerana lalai..Aku cinta kau sepenuh nyawa,aku cinta kau selamanya.Cuma terkadang kelu untuk menyatakan,malu untuk meluahkan.Sungguh kau segalanya bagi aku..Tanpamu siapalah aku..!!!!!Luv u mom and dad..U are mine....forever..ever and after...

Tuesday, January 18, 2011

   1st time aku sign up for this blog,tujuan just 1,i just wanna type everything in my mind..My isi hati.Coz,kat sini,kedah,aku tak taw nak luah kat sape.Memang lame da berkira-kira nak sign up,but,kemalasan nk menulis itu ada.So,aku postponed until last year.But its ok,kemalasan tu da change to kerajinan.Why ek.?.Uiks,,cik ayu,,bahasa omputeh rojak yang tunggang langgang..But did i care??Suka hati lah,ni my blog,whatever i wanna do with it,the others didnt need to care.Hahaha..Huh!!actually i dont know what to write,i try to see stars at the sky,but i dont see any thing..Only darkness..Like my heart.........huhuhu..Miss him lah...But i need to forget him..ok ayue,...chaiyyok..U can do it...Emmmxx..Henfonhenfonhenfon..Jarang lah henfon aku bunyi..Hehehe,,just sometimes my bff kol me,my family,,ask for my condition..Kot-kot sakit ler..ngeeee~~.
   I,me,saya,aku or apa-apa je lah..I cant wait for CNY,rasa cam skang je nak fly blik kampung..Padahal kat kampung buka ada apa pon,,Just release windu aku kat family je pon...Si H,lama tak dengar khabar dia,,he's not message me pon..on9 pon tak chat dengan aku..Opsss,,si H ni,1st boy aku..zaman skola-skola dulu,the time of kebodohan menguasai diri aku..Orang ada balak,aku nak jugak..Tapi lame dah clash,,kapel pon jap je..Xpernah dating pon..(alhamdulillah)at least,tak ada lah dosa dating,,.By the way,,all the memories were came into my  mind,,tyme primary school,high school,sports,prefect,club and all the kegilaan that i'd made with my members when i was studied..Best giler(tp,kami tak giler lah)..hehehe
   Miss memories of clinical posting at baling and sik...Sik?????hahaha,,so naughty gurl..apelah ayu..Layan jiwang le plak..Memang aku jiwang pe??wakakaaka..Ok lah,,Its hard to forget someone that we liked or loved...After so many years,i still have a feeling with my ex boy,,and abou AQ,oh nope..he's still newin my life and i hope that i can throw this feeling away...Friend is enough if he still want to befriend with me,.Lagipon,aku muda lag,,so young bebeh...hehehe...ramai lagi laki yang aku akan jumpa after this...kankankan.....:-)