CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Thursday, April 10, 2014

SUPERHERO

Abah,
Selalu aku terlupakanmu
Terlupakan untuk mendengar suaramu
Terlupakan untuk berkongsi masalah denganmu
Ma yang lebih aku cari bila hati dan jiwa aku kacau
Tapi Abah
Kau superhero dalam hidupku
Engkau sentiasa ada saat aku terkapai dalam masalah kewangan
Engkau sentiasa ada saat aku merengek inginkan sesuatu
Engkau sentiasa tak sanggup melihat susah anak2mu biar engkau sendiri dalam kesusahan
Engkau tak sanggup melihat sakit anak2mu biar engkau sendiri dalam kesusahan
Engkau tak sanggup melihat anak2mu menangis lapar biar engkau sendiri menahan kelaparan

Abah
Engkau superhero hati kami
Siapa pun di dunia ini takkan mampu menjadi engkau
Siapqpun didunia ini takkan sanggup menjadi seperti engkau
Siapapun yang mengaku sayangkan kami takkan terganti dengan kasih sayangmu

Abah
Memang tak pernah terucap oleh bibirmu sayang kepada kami
Tapi perlakuanmu cukup membuktikan
Pertama kali engkau lepaskan anakmu pergi mencari ilmu jauh
Engkau menangis
Sayangnya mu abah pada kami

Abah
Engkau superhero tak terungkap kami
Siapa dan seberjaya mana pun kami
Takkan terbalas jasamu pengorbananmu
Sayang kami pada mu takkan terucap jua abah
Tapi percayalah
Engkau segala galanya buat kami
Satu tak terganti..
Abah,superhero yang kekal selalu.

Monday, April 7, 2014

A.C.W

Bismillahirrahmanirrahim..

Demi Allah,kesunyian malam betul-betul mengingatkan aku pada Ct dan Wawa a.k.a C and W. Rindu aku pada kenangan kami. Rindu aku ingin berkongsi cerita. Rindu aku ingin meluahkan rasa. Rindu alu untuk melepak dan keluar bersama. Sungguh rasa ini memenuhi ruang dada. Gelisah dan resah. Aku mahu kami yang dulu. Namun mana mungkin. Masing-masing sedang sibuk membina masa depan.

Ingin saja ku alirkan airmata dari tubir tak bermaya. Biar berkurang rasa itu. Tapi tidak mungkin. Allah,semoga Engkau menyampaikan rindu tulusku buat mereka. Biar mereka rasa. Biar mereka terusik merinduiku. Panjangkan ikhuwah kami,ukhuwah suci yang terbina keranaMu. Jika masa tidak mengizinkan lagi pertemuan kami,semoga Engkau menitipkan segala rasa yang aku ada buat mereka.

Tenanglah sahabat.
Rasakan angin rinduku
Rasakan tulus rindu ku dari hatomu
Bertemu kita kerana Dia
Berpisah jua kita keranaNya.
Semoga Dia redha..

Sunday, March 2, 2014

Suara tatihan janji

Assalamualaikum..
Bertatih masih aku dalam mencari redhaNya.. Mencuba masih aku untuk menguatkan diri dalam menunaikan janjiku padaNya.. Konon aku terkapai dalam ketidaktahuan,walhal aku yang menutup mata. Berpura-pura minda kosong,sedang aku tahu apa yang perlu.Sedang aku tahu,janji aku sematkan akan Dia tuntut.. Tapi masih lagi aku terbuai dalam asyiknya dunia ciptaan terindah,masih jua aku terbuai dalam nyanyian hidup yang pasti berpenghujung, jua masih aku terkapai kelemasan dalam janji duniawi lalu sampai teralpakan janji ku sendiri.
Allahurabbi,betapa tiada syukurnya aku padaMu. Betapa aku seringkali mengeluh dengan perancangan Mu. Sedangkan,Engkau tahu apa yang terbaik untuk kehidupanku. Memohon aku dariMu satu kekuatan. Kuatkan aku berjalan kearahMu.Tuntunlah aku mencari redhaMu. Suluhlah cahaya terang ke dalam hatiku. Supaya tak lagi aku lupa perjanjianku denganMu. Supaya tak lagi aku lupa qada dan qadarMu. Supaya aku sentiasa ingat,perancanganku tak seindah dan sesempurna perancanganMu. Berikan aku peluang menjadi yang lebih baik dari semalam. Berikan aku peluang menjadi apa yang seharusnya aku jadikan.

Tuesday, February 25, 2014

MENCARI CINTA

Assalamualaikum..
Allahuakbar. Cinta aku padaNya pun masih macam ombak. Sekejap naik sekejap turun. Mampu ke aku nak jaga cinta pada manusia,sedang cinta aku pada Pencipta pun aku tak mampu nak istiqamah. Sekejap tinggi terbang macam burung. Sekejap menjunam macam roket kertas. Mahu..Mana mungkin hati menolak terus cinta manusia yang menyempurnakan kekurangan,yang melengkapkan fittah seorang insan,yang memenuhi segala tanggungjawab pada Dia. Tapi dalam hati yang masih tak istiqamah,pasti cinta itu tak terjaga.
Menyelongkar kealpaan diri,jelas yang baik tentang hidup itu dari Allah. Yang jadi buruknya bila kita tak berjalan di atas landasan sebagai khalifah bumi. Yang jadi masalahnya bila kita terpelecok jatuh daru landasan yang dah sememangnya lurus. Allahuakbar,selurus-lurus jalan Allah swt pun kita tergelincir. Doakan lah agar di istiqamahkan hati tentang hidup. Di tetapkan pendirian tentang hidayah yg diterima. Berdoa dalam dalam sujud.pohon di kurniakan yang terbaik. Cinta manusia yang hilang,insyaAllah,jika telah tertulis di luh mahfuz nama kita di atas sehelai daun yang sama,akan tetap bersama jua kita. Terpisahlah walau seribu tahun..
#ingatwahaidiri

Saturday, February 22, 2014

DIA YANG TAK PERNAH TIADA

Assalamualaikum..

Meniti hari penuh liku.penuh dugaan.penuh cubaan.penuh cabaran.kadangkala membuat aku ingin menyerah kalah. Membiarkan sahaja masa menentukan semuanya. Tapi,Allah takkan memberi sesuatu tanpa usaha hambaNya. At least kita berusaha. Kadangkala,mengikut kata hati,ingin aku ke pesisir pantai,berlari dan menangis. Mengadu pada ombak tentang luka hati aku. Menulis pada pasir tentang lara jiwa aku. Meluahkan pada alam apa yang aku tak inginkan. Allahuakbar.. Dalam tak sedar. Aku terlupa. Untuk apa ke pantai jika sejadah itu dekat sahaja. Untuk apa berlari jika Allah hanya minta kita bersujud padaNya. Untuk apa mengadu pada alam yang tak mampu melakukan apa-apa. Sedang Allah swt lah yang selayak nya kuta mengadu segala kelukaan,kelaraan dan meminta apa yang kita inginkan.
Hidup ni mudah. Kita yang merumitkan. Hidup ni indah. Kita yang merosakkab. Allah swt mencipta penuh kesempurnaan dengan cintaNya. Sedangkan kita merancang dengan cita-cita yang entah kemana halanya.
Allahu.. untuk apa aku mengejar cinta manusia,jika cintaMu pun masih aku terkapai nak menghargai. Biarlah aku mencari cintaMu sebelum menemui imam yang selayaknya untuk aku. Semoga Engkau redha dengan kami..

Sunday, February 16, 2014

Reminder

Assalamualaikum..

Lama sudah tidak dijengah ruangan ini.Banyak cerita berterbangan melayang layang di udara minda.Mau mencoretkan semua rasanya tak termampu.atau cerita itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.Biar lah kiranya cerita-cerita itu berlegar terus di ruangan imaginasi.Biarlah ia menjadi rahsia tak terungkap.Segar mekar dalam ingatan.Tumbuh subur menjadi kenangan.Biar yang pahit itu kekal menjadi pengajaran.Biar yang manis itu kekal menjadi memori indah tak terlupakan.
Yang pasti,kepahitan dan kesukaran hidup menjadikan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan.kepahitan itu akan mengajar kita supaya lebih tabah menghadapi ujian hidup.Kepahitan itu juga akan membuat kita sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaanNya.Yang manis tak terlupakan,jangan sampai menjadikan kita lupa padaNya.Jangan sampai megah dan riak.Jangan sampai tak teringatkan hakikat kehidupan yang roda tu bulat.Atas tak kan terkekalkan.Bawah pasti.Cuma masa yang akan menentukan.Jadikan manis tu perencah kebahagiaan.

Jujurnya,kalau tidak difahami.jangan faham.Bacalah sampai tak faham.Ini ingatan untuk aku.insan biasa yang selalu terlupakan.Gadis lemah yang macam ombak imannya..Semoga Allah swt redha.Semoga tidak ditarik hidayah indah kepunyaanNya dari aku.Aku mau.Aku perlu.Dan masih PERLU.. sampai bila pun..

Saturday, September 21, 2013

maaf

Begitu mudah mengucap lafaz
Begitu mudah mengungkap maaf
Hati menanggung pernah kalian lihat?
Jiwa menangis pernah kalian tatap?

Tersedu bahu mengikut rentak
Mengalir jernih air di tubir mata
Pernah kalian datang memegang?
Pernah kalian datang mengelap?

Bila puas melontar amarah
Bila puas mengguris luka
Menyendeng datang mahu mengira
Hampir untuk memohon bicara

Maaf
Berjuta kali dia mendengar
Tangan
Berjuta kali kalian pegang
Motifnya hanya untuk kepentingan sendiri
Apa kira kalian dia tidak bernyawa?
Apa fikir kalian dia sekadar boneka?
Datang kalian saat dia memberi kepentingan
Sudah puas di guna
Lalu di buang dia merata

Jangan..
Dia manusia
Tercalar sedikit pun sudah mampu menjadi luka
Berdarah yang akhirnya menjadi parut tak tersembuh
Jangan
Dia punya hati
Harus menangis saat disakiti
Walau bibirnya tersenyum dengan lafaz "tak mengapa" berkali-kali.