CERITA TERBIASKAN

~LIFE IS LIKE FLOWERS~
.TIBA MASA LAYU JUGA.

Monday, June 16, 2014

Selamat Hari Bapa

Ungkapan yang semacam apa harus aku ucap
Mahalnya harga pengorbanan abah
Tak terbayar sampai mati
Tulisan yang semacam apa boleh aku taip
Dalamnya kasih abah
Tak terselam sampai bila
Lukisan yang semacam apa boleh aku lakar
Indah cinta abah
Tak terjumpa sampai ke dasar laut..

Dalam diam dilayarnya kasih buat anak
Perit pedih pengorbanan tak terasa
Melihat anak membesar depan mata
Dalam senyum bundar mata
Penat tak di ucap.letih tak di lafaz

Walau ketiduran penat anak seharian main-main
Abah yang berjaga sebelum ku terjaga
Abah yang melelap mata selepas aku terkenyang lena

Abah
Tak terganti
Budi tak terbayar sampai mati
Semoga syurga milikmu nanti

#sayangabahduniaakhirat

Saturday, June 14, 2014

BuKti

Mau yang macam mana ingin aku ceritakan
Mau yang macam mana untuk aku hebahkan
Terpinga-pinga lagi mencari diri
Terpisat-pisat lagi mengukuh hati
Teraba-raba lagi mencari cahaya

Mau yang macam mana lagi mampu aku luahkan
Lemahnya aku dengan godaan
Tak tetap sungguh terkadang pendirian
Tertewas-tewas di telan masa

Mau yang macam mana lagi
Ingin aku buktikan
Tapi jelas tak terbuktikan
Buka mata wahai diri
Buka hati wahai diri
Allah ada
Allah ada
ALLAH ADA..
Dalam setiap keluhku
Dalam setiap resahku
Dalam setiap tangisku
Dalam setiap raguku
Dalam setiap tawaku
Dalam setiap bahagiaku
Tak ternafikan
ALLAH ADA..

Wednesday, June 11, 2014

CAKAP !

Cakap mau hebat je
Cakap mau betol je
Cakap mau di depan je
Sana sini
Pung pang pung pang berbahas
Fakta auta dah campak tepi
Janji bertempias
Kau dengar kau percaya
Kau was-was?
Argh percaya jugak
Cari sebab bikin kau percaya

Kadang
Dia cakap main tembak
Kadang
Dia cakap main sumbat
Kadang
Satu huruf dia gubah jadi sejuta ayat
Kita??
Ia kan je..

Tapi ada jugak kadang
Yang betol kau tidakkan
Yang ia kau nafikan
Dengar hakikat kau ubah jadi cerita
Panjang-panjang tak berpenghujung

Kau memang begitu
Aku pun sama.
Yang kadang gagah jadi pencakap tak berhenti
Aku pun sama..
Yang kadang lemah jadi pendengar yang jauh lari dari realiti..

Hakikatnya ..
Kita sama.

PeRnaH

Sebab nya kita pernah merasa
Sakitnya pernah mencucuk-cucuk jiwa kita
Lukanya dah mengalir-ngalir darah dari hati kita
Kita pernah rasa
Sehingga buat kita rasa tak nak orang lain rasa
"Cukup aku,cukup aku,jangan mereka"

Sebab nya air mata pernah jatuh juga
Di pijak henyak bagai tak de maruah
Di sepak buang bagai xde harga
Allah,ngadu kita
Nangis yang berhari-hari xyah kata
Pedih..
Sakit..
Kita rasa
Kita faham dia yang tengah alami
Kita faham kenapa mata dia membengkak
Semua sebab kita pernah
Kita PERNAH rasa.
Kita PERNAH terluka..
PERNAH...

Dulu Dan Sekarang

Bagi aku,

Betapa untungnya dilahirkan tahun 90-an
Rotan, lidi , penyapu
Dah jadi makanan hari-hari

Memang..
Dulu-dulu
ada gak rasa nak memberontak
Ada gak rasa betapa tak disayangi
Ada gak rasa di pilih kasihkan

Tapi,
Tu lah yang menjadikan aku orang
Tu lah yang buat aku terus hidup  berdisiplin

Sekarang..

Disiplin tak tau lah tercampak kemana
Semua benda dah terbalik
Yang muda kat atas
Yang tua terpijak-pijak kebawah

Dan sekarang..

Segala dah berbeza

Autokratik parents di zaman dulu kala
Mengesankan banyak.

Banyak sangat..

Tuesday, May 6, 2014

Suara malam

Assalamualaikum..

Dalam sepi yang tak terucap satu rasa
Bagai Dia menagih janji yang aku lafazkan
Bagai Dia tak nak aku jatuh lagi
Dan ya.
Tak ingin aku terduduk sekali lagi
Berjalan di landasanNya
Aku mahu..
Hati oh hati
Duhai hati
Wahai hati
Istiqamahkan
Tolonglah istiqamahkan
Dah jauh kau tersasar
Dah jauh kau menyimpang
Jalan lurus terbentang luas
Kenapa mahu lagi kau masuk simpang kecik tak berlampu jalannya..

Dalam sepi yang tak terungkap sunyinya
Bagai Dia tarik aku bangun
Jangan pejam mata selagi kau tak tunaikan janjimu
Jangan bersenang selagi kau tak langsaikan hutangmu
Bangkit aku
Menyempurnakan apa yang aku minta dengan bantuan Dia
Allah.Allah.Allah
Engkau Ar Rahman
Engkau Ar Rahim
Semua tahu
Dan tanpa walau sedikit pun penafian
Engkau Maha Sempurna

Syukran syukran
Alhamdulillah..
Semoga aku biar ia jadi kebiasaan
Semoga aku tak tersungkur lagi
Semoga tak luka dan berdarah lagi
Engkau Ada
Engkau Ada
Tiada pernah keyakinanku hilang
Apalagi untuk berkata Kau memilih hamba
Kami sama
Sama selagi amalan kami Engkau redha dan terima..

Thursday, May 1, 2014

Dataran Putrajaya

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lalu,my dearest mother with my counsin's wife and her son datang KL. Untuk ambik my cousin daripada thailand yang tinggal kat rumah my brother sempena dia cuti sekolah. It just only for 4days 3 night. Kebetulan I got owing for my hk,so,dapatla join depa untuk 2hari 2 malam coz 29 da masuk keje malam. Tak dapat nak melepak ke mana mana because siang hari hujan lebat. Dengan airnya takde disebabkan catuan air. How hard it was..even xde la hard sangat sebenarnya..
Masa mula-mula balik ampang balik,ya Allah,sayu sangat rasa. Dah sunyi balik dah . Housemate lak keje tak sama syif.. Jadi lone ranger jap. Then,airmata keep running over. Balik keje pagi je lena dalam tangisan. Bangun bangun mata da bengkak. Nasib baik keje malam. Boleh jugak jadi excuse. Then bila habis keje malam ,hati lak ragu ragu nak balik rumah my bro kat subang. Dah la cuti 3 hari, tak pernah rasanya rasa berbagi hati nak balik. But at last balik subang gak. Taoi,rasa sunyi lain macam. Sebelum ni ada my cousin yang akan lepak lepak sekali. Mengemas sekali. Tengok tv sekali. Masak masak sekali. Pastu mesti ada yang ajak pegi kedai runcit semata mata nka beli roti gardenia. Then malam je mesti ajak pegi karaoke. Kononnya nak dengar kakak kakal sepupu ni nyanyi. Oh, I really miss that. Rasa nak balik kampung and ajak my mum balik thai. Menikmati hubungan dengan saudara mara kat sana.. huhhh.. crazy miss... Thailand,wait for me. I will come to you again...