CERITA TERBIASKAN
~LIFE IS LIKE FLOWERS~.TIBA MASA LAYU JUGA.
Saturday, May 23, 2015
Jika Kau Menyangka
hebat hidup mu tak butuh sesiapa
maka pergi
pergi mengejar cita mu tanpa bantuan sesiapa
Jika kau menyangka
Matang kau tak perlu nasihat mereka
maka silakan
silakan melaku apa yang kau mahu
Jika kau menyangka
Sepi itu indah tanpa suara
maka kejar
kejar kesepian yang kau dambakan..
Silakan
jika itu sangkaan mu.
Wednesday, May 20, 2015
Allahu
Allah
Sesungguhnya
Hidup dan matiku hanya untukMu
Engkaulah sebaik-baik perancang
Allah
Setiap pengharapan
Harus aku letak terus padaMu
Tidak akan Engkau uji
Jika aku tak mampu
Dekatkan aku denganMu
Dengan caraMu..
Allahu...
Friday, May 8, 2015
PENGALAMAN
Siapa yang tak belajar dari pengalaman ?
Sekali pun ia terlalu indah
Sekali pun ia terlalu manis
Walau ia terlalu pahit
Walau ia terlalu luka
Setiap manusia yang ada
Belajar darinya !!
Aku pun sama
Aku pun belajar dari sana
Indah manis pahit dan luka
yang menjadikan aku dewasa dan berani
Dari sana aku mulakan langkah lebih gagah
Dari pengalaman . . .
Wednesday, April 15, 2015
Mencari Diri Yang Hilang
masih diri aku yang dulu
Mana langsung bebas masalah,kosong tekanan, tenang minda
Tapi, manusia membesar
belajar dari pengalaman hidup
mengambil pelajaran dari suka duka perjalanan lalu
Andai mampu aku cari
diri yang telah hilang lama
Aku mahu !!
Aku mahu tinggalkan hidup penuh kelam ini
Aku mahu kembali ke zaman dulu kala
Ada sinar walau terluka
Ada tenang walau kecewa
Dimana lagi mampu aku cari
diri yang telah lama hilang
Tunduk , lesu
Tak mungkin aku temui diri yang telah jauh hilang
Diam........
Masih aku mencari
diri yang telah lama hilang tak ketemui .....
Sunday, March 8, 2015
Bawa Aku Sama
Dalam gelap gelita,aku tak mampu berjalan sendiri
Pimpin hati aku
Mencari redhaMu
Dalam gelak tawa,aku selalu hanyut
Hala jiwa aku
Mengejar kasih cintaMu
Biar tenang yang didamba menjadi sahabat
Biar resah tak guna pergi
Biar gila-gila fikir aku tak ada
Biar jahilnya aku dalam mencari hilang
Tuntunlah aku kesana
Bukakanlah mata hati
Biar aku nampak jalan ke pintu yang Kau buka
Biar aku ke jalan putih
Jangan biar sampai aku hanyut dengan tanpa renang
Jangan biar gelap itu terus mengaburi mata
Sampai aku lupa
Tempat yang harus aku ada
Tuntunlah aku bersama.
Wednesday, February 18, 2015
Seorang AKU
Dari pesisir jalan gelap
Terhenti aku sejenak
Memandang lesu wajah silam
Terpana !
Allahu, tak tersedar rupanya ..
Dalam mencari rupanya tersesat
Dalam mengharap rupanya terluka
Tapi katanya
Jalan masih panjang
Jalanlah. .
Teruskanlah melangkah walau pernah rebah
Ada sinar di akhir hari
Ada cahaya di penghujung hidup
Dan katanya
Asal aku tak mengalah
Asal aku terus mengatur hidup mengikutNya
Lalu seorang aku
Bagai tersedar
Meneriak sendiri
Masih ada jalan untuk aku
Katanya
Jangan.jangan.jangan mengalah. .
Saturday, February 7, 2015
Sendiri
Akhirnya
Aku kembali sendiri
Sepi . . .
Kerana
Berapa kali mencuba
Rasa itu tetap tidak ada
Dan terus sepi . .
Sendiri . .